18.7.17

Nota Syukur 22: Sibuk



Lama tak share gambo makanan kan. Sebelum ni tak menyempat ambik gambo. Hari ni ada sikit rajin, nah akak share menu lunch akak sekeluarga hari ni.

Anak sulung request nak sup. Jadi akak buatkan sup pucuk atau tauhu kering tu dengan dihumban sekali cebisan ayam, ubi kentang, suun, lobak merah, kucai. Lepas tu buat ayam tumis black pepper kicap.




Asalnya nak buat ayam black pepper tapi sosnya tak ada. Sos tiram pun tak ada. Humbanlah kicap manis. Tabur black pepper blend kasar sikit. Boleh la.

Kat dapur ni ada pisang berangan yang agak masak dah maka sedap pulak kalau dibuat cekodok ni. Kentang pun banyak, hari tu gigih beli seguni kecik. Kahkah. Ada potensi nak buat bergedil. Mudah-mudahan.

Dalam kepala asyik makanan je pikir. Keroje banyok menunggu ni camnooooooo wehhhh?

Tulis artikel. Editing. Tulis buku kerja sains.

Akan datang proofreading term paper student Master. Nangisss tapi syukur alhamdulillah rezeki.

Semoga Allah bagi kesihatan yang baik dan kesempatan siapkan semuanyaaaaa. Amin amin.

16.7.17

Nota Syukur 21: Harapan

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Akak kalut!



Pepagi dinihari cousin mesej pasal kerja proofreading yang dia bagi akak. Mujo akak memang terbangun solat Isyak. Tak jadi tido balik. Hahahhaa bagussss

Mencabar ni keja ni. Sebab kena edit benda bukan bidang akak. Tapi #siscuba lah. Besor harapan cousin katanyaaaa. Aduh.

Ahad tak Ahad. Keja freelance mana kira hari, dik non.

Apapun syukur alhamdulillah. Ada keja maksudnya ada duit, insya Allah.

Semoga dipermudahkan urusan ini.

Selamat ber-open house la u ols hari ini ye.

12.7.17

Nota Syukur 20: Tanah



Selama ni dok rumah yang takde tanah atau sikit benor tanahnya, kali ni Allah bagi rezeki dok rumah yang ada tanah tepi yang agak luas jugakla.

Masa mula duduk, memang excited la nak bercucuk tanam la gitu la gini la. Dah duduk, menternak semak je jadinya! Hohoooo

Actually pokok daun kari, daun pandan, serai, kelapa, orkid -- memang dah ada. Tuan rumah dulu tinggalkan. Tinggal nak jaga tapi akak kadang tak terjaga. Kahkah

Mujur yang semak ni bukan lalang, tapi rumput, daun pegaga hiasan tak boleh makan, daun-daun herba apa ke namanya yang tidaklah akak ketahui. Ikut hati memang la nak suruh Abangla potong, tapi dia caj RM40 wuwuwuuuuu. Sebab akak rasa macam maheiii dan akak terbayang boleh dapat 1 -2 pek pampers anak dengan amaun tu, maka dengan gigihnya akak ngan suami membanting tulang trim dan potong sendiri semak samun tu guna cutter (gunting besor).

Pecah peluh jugaklah bak kata orang kampung akak.

Dah clear sikit tu mata pun taklah sakit sangat. Haha

Semalam jugak seronok nampak ada anak pokok betik naik. Waaaaaa ingatkan tak hidup dah. Biji betik hari tu akak lempor je atas tanah tu. Memang redho je, untung dia hidup kita jaga. Tak hidup kita sambung redho dan cuba tanam pokok lain pulak.

Gambar betik nanti akak tepek sini. Belum ambik gambar semalam.

Subur jugak tanah ni. Memang seronok berkebun. Cuma rajin ke idak ajelah.

Semalam rasa lega keluar peluh. Lega tengok satu bahagian dah clear. Boleh la dijadikan aktiviti riadah pepetang hari. Anak pun suka dok main rumput, buah kelapa tua, cangkerang siput ehhh. Back to nature sangat haaaa. Gitulah anak-anak mak yang graduate degree Environment. Kikiki