26.5.17

Nota Syukur 9: Puasa

Teks: Zaila Hafni
Imej: Prayer Times Dubai

Insya Allah, jika dipanjangkan umur akan bertemu Ramadan esok. Kali ni Ramadan yang ke-35 dah.



Kali ni puasa memang suasana beza lah sebab kat tempat baru. Rasa-rasa macam meriah, sebab masjid dekat je ngan rumah. Dah tu, senarai program masjid sepanjang bulan puasa pun tengok kemain full. Happening betui!

Alhamdulillah dibagi peluang rasa suasana macam ni. Tazzabar jugak.

Semoga Ramadan tahun ni jadi yang lagi baik berbanding tahun-tahun lepas.

Akak nak bersederhana saja. Dan minta Allah bagi kekuatan dan tenaga nak harungi puasa sambi menyusu dan jaga tiga orang askar kat rumah ni. Haaaaaa

Selamat berpuasa ya.

Ahlan Wa Sahlan ya Ramadan!

23.5.17

Nota Syukur 8: Bukan Kuasa Kita

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google


Walaupun kita mohon lain, tapi Allah bagi lain, itulah sebenarnya yang paling baik buat kita.

Mungkin ia nampak teruk atau buruk pada mulanya tapi itu jualah yang terbaik pada pandangan Allah. Betapa terbatasnya pandangan kita.

Mula-mula kita mungkin tak nampak atau tak boleh hadam, tapi bila dah boleh terima baru kita faham hikmahnya.

Kuasa Allah siapa pun takleh lawan kan.

Doa saya dulu, dah belajar tinggi, kerja pejabat dan membina karier.

Jadi suri rumah bukan pilihan.

Tapi Allah tak makbul doa yang tu, malah bertukar terus profesion saya.

Convert kepada full time house wife, mula bisnes kecil-kecilan, belajar menjual walaupun dulu tak pernah suka. Berada di rumah, jaga anak sendiri.

Bekerja di rumah yang saya bayangkan saya buat bila dah pencen, nampaknya Allah awalkan.

Begitulah aturan Allah.

Salam pagi Selasa, semoga hari ini semua indah saja.

22.5.17

Nota Syukur 7: Ujian

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google



Kita rasa ujian kita berat, sebenarnya ada orang diuji lebih berat lagi.

Kita rasa kita tak kuat, tapi Allah tetap menguji.

Kita rasa kita tak mampu tanggung, tapi akhirnya kita survive juga kerana Allah bagi ujian yang setara dengan kemampuan hambaNya.

Tadi dengar di radio, cerita pasal gratitude. Belajar bersyukur dalam apa jua keadaan. Fikir positif. Kadang-kadang memanglah kita akan rasa 'easier said than done' tapi boleh cuba.

Saya sendiri pun ada masa lost, blur dan stres juga dengan ujian-ujian yang Allah bagi, tapi itulah hidup.

Adalah sebabnya Allah uji semua tu. Sama ada dia nak ajar kita jadi lebih tabah dan kuat atau asbab dosa-dosa kita yang terdahulu. Kadang hikmahnya tak nampak sekarang, nanti-nanti kita akan syukur dengan ujian yang Allah bagi ni.

Semoga Allah bagi kekuatan, kesabaran dan ketahanan untuk kita lalui segala ujian. Mesti ada sesuatu yang Allah nak ingatkan tu. Kita ni kan banyak lalai dan lupa.