22.5.17

Nota Syukur 7: Ujian

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google



Kita rasa ujian kita berat, sebenarnya ada orang diuji lebih berat lagi.

Kita rasa kita tak kuat, tapi Allah tetap menguji.

Kita rasa kita tak mampu tanggung, tapi akhirnya kita survive juga kerana Allah bagi ujian yang setara dengan kemampuan hambaNya.

Tadi dengar di radio, cerita pasal gratitude. Belajar bersyukur dalam apa jua keadaan. Fikir positif. Kadang-kadang memanglah kita akan rasa 'easier said than done' tapi boleh cuba.

Saya sendiri pun ada masa lost, blur dan stres juga dengan ujian-ujian yang Allah bagi, tapi itulah hidup.

Adalah sebabnya Allah uji semua tu. Sama ada dia nak ajar kita jadi lebih tabah dan kuat atau asbab dosa-dosa kita yang terdahulu. Kadang hikmahnya tak nampak sekarang, nanti-nanti kita akan syukur dengan ujian yang Allah bagi ni.

Semoga Allah bagi kekuatan, kesabaran dan ketahanan untuk kita lalui segala ujian. Mesti ada sesuatu yang Allah nak ingatkan tu. Kita ni kan banyak lalai dan lupa.

18.5.17

Nota Syukur 6: Hujan

Teks: Zaila Hafni
Imej: Global Liputan6.com

Tersedar pukul 5 pagi tadi, dengar bunyi hujan kat luar. Alhamdulillah.



Dah banyak hari jugak tak hujan ni. Boleh kata panas la jugak. Sebelum ni dok mendung je tapi tak hujan-hujan.

Syok hujan pagi ni.

---

Dulu masa kerja, hujan pagi ni mula la risau. Nak angkut anak masuk keta, nak hantar pi taska, dengan jalan yang harus jem dah ni. Mau sampai opis tu dah peluh jeruk dah.

Dulu la. Dulu. Kenangan.

Hujan ni jugak selalu bagi banyak ilham. Bunyi hujan, bau hujan, angin sebab hujan, air hujan yang turun tu buatkan otak akak banyak fikir. Haha jangan tanya apa yang dipikirin ler!

Apapun, walau dalam hujan, semoga menginspirasikan. Selamat bekerja!



17.5.17

Nota Syukur 5: Sihat

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Paling risau bila anak-anak tak sihat. Paling tak boleh lupa jugak masa Aad kecik, kerap jugak keluar masuk wad.

Sebelum umur dia 2 tahun, ada gak la beberapa kali warded. Selalunya bila demam panas sangat. Rupanya sebab tonsil bengkak. Pernah sekali tu sebab croup (macam tonsil bengkak jugak tapi disebabkan virus kot).

Beza dengan adik-adik, alhamdulillah setakat ni, depa baik-baik saja. Pi klinik pun last sebab alergik kat kulit saja. Baik anak no 2 ataupun no 3. Setakat ni tak pernah lagi lah depa dua ni warded. Mintak2 sihat sentiasalah.

Budak kecik kalau sakit, kesian. Dan kita sebagai mak ni pun memang tak boleh nak buat apa lah, most of the time depa mesti jadi more clingy and cranky. Dengan berkampung kat hospitalnya, kalau keja dok nak kena EL, tido tak cukup, rehat kurang. Selalu bila anak dah sihat, maknya pulak yang tumbang. Huhu



Kalau boleh takmau dah episod-episod kena warded ni. Semoga anak-anak semua kekal sihat.

Insya Allah. Amin.