17.5.17

Nota Syukur 5: Sihat

Teks: Zaila Hafni
Imej: Google

Paling risau bila anak-anak tak sihat. Paling tak boleh lupa jugak masa Aad kecik, kerap jugak keluar masuk wad.

Sebelum umur dia 2 tahun, ada gak la beberapa kali warded. Selalunya bila demam panas sangat. Rupanya sebab tonsil bengkak. Pernah sekali tu sebab croup (macam tonsil bengkak jugak tapi disebabkan virus kot).

Beza dengan adik-adik, alhamdulillah setakat ni, depa baik-baik saja. Pi klinik pun last sebab alergik kat kulit saja. Baik anak no 2 ataupun no 3. Setakat ni tak pernah lagi lah depa dua ni warded. Mintak2 sihat sentiasalah.

Budak kecik kalau sakit, kesian. Dan kita sebagai mak ni pun memang tak boleh nak buat apa lah, most of the time depa mesti jadi more clingy and cranky. Dengan berkampung kat hospitalnya, kalau keja dok nak kena EL, tido tak cukup, rehat kurang. Selalu bila anak dah sihat, maknya pulak yang tumbang. Huhu



Kalau boleh takmau dah episod-episod kena warded ni. Semoga anak-anak semua kekal sihat.

Insya Allah. Amin.



16.5.17

Nota Syukur 4: Mak

Teks: Zaila Hafni
Imej: Wales Online

Menjadi seorang anak kepada seorang guru, saya kira boleh la saya wish sekaligus --

Happy (Belated) Mother's Day and Happy Teachers Day to my late mother.



Ok although she's not here, but her soul still here in my heart.

Saya sempat hidup ngan mak saya selama 12 tahun saja. Itu pun alhamdulillah diberi pinjam pada saya walaupun sat sangat. Dalam tempoh tu, walaupun singkat, ada jugaklah momen mahai saya dengan mak yang saya ingat sampai sekarang.

Mak saya, cikgu English. Kira panggil Teacher la kan. Ngajar sekolah rendah. Tapi lepas tu jadi cikgu Pendidikan Seni jugak sat. Sebelum mak meninggal, mak dapat tukaq ngajar kat sekolah saya. Sempat jugaklah merasa jadi anak cikgu khennnn.

Mak saya, tangan dia memang berseni. Dia pandai lukis. Tulisan tangan pun cantik. Tulis yang sambung-sambung tu. Pernah juga mak lukis potret saya. Tapi adik saya yang cerdik sangat tu pi conteng seterusnya terkoyak-koyak dah potret tu. Hangin betui.

Mak saya, kreatif. Pernah belajar menjahit asas, bila jahit baju raya saya dan baju dia, pesen-pesen yang tak terfikir tu keluar.

Mak saya, anak tunggal. Anak yatim piatu juga. Mujur ada tok sedara ramai yang jaga kebajikan dan ambil tahu pasai dia. Alhamdulillah juga ditemukan jodoh dengan arwah ayah saya, yang jaga dia sampai hujung nyawa.

Mak saya, cikgu saya. Ajar English memang biasa saja di rumah walaupun tak secara formal. Sebenarnya banyak yang saya belajar dari mak, semua secara tak langsung. Betui la kan, anak ikut apa yang mak bapak buat lebih daripada apa yang mak bapak dok suruh buat kan.

Mak saya, rajin baca. Tak kiralah apa jenis bahan bacaan pun. Mak jugak rajin mengaji. Mak ada satu Quran nala punya besaq warna merah. Seronok tengok mak baca. Saya baring kat sebelah je dengaq mak ngaji. Lepas tu lena. Haha.

Mak saya, masak sedap. Gulai ikan, sambal ikan bilis, nasi lemak. Sayang saya tak sempat nak belajar banyak-banyak masakan mak.

Mak saya, a fighter hingga akhir hayatnya. Walaupun macam-macam penyakit Allah bagi padanya, dia lawan dan bertahan hingga akhirnya Allah jemput pulang pada umurnya belum 50 tahun lagi.

Ok. Dah tak boleh nak sambung dah. Dok berasa ada ayaq hangat kat tubir mata. Got to go.

Selamat Hari Ibu dan Hari Guru untuk semua!



30.4.17

Nota Syukur 3: Econsave



Kenapa akak bersyukur dengan Econsave?

Sumber: seriouseats.com

Haa. Syukur sebab rumah dengan Econsave ni dekatnya lahai. Masa kat rumah lama dulu pun dekat juga. Jadinya kami ni memang berjodoh kuat la ngan supermarket ni. Haha

Bertambah syukur sebab ES sini lagi besor. Lagi banyak barang. Lagi syiok. Segala mak nenek ada. Cili giling yang kitorang biasa guna pun ada kat sini. Hehe. Ke cili giling pulak pergi dia. Bukan apa, hasben akak memang payah nak berkenan ngan cili giling segera ni. Tapi dek suka makan sambal dan bini dia sokmo tak sempat nak buat cili mesin sendiri, terpaksalah beralah dengan cili giling siap. Ni cili giling mai Terengganu. So far hok ni lah paling sedap akak pernah guna. Tapi tak banyak tempat ada. Tak kisah la. Janji ada kat ES. Kikiki

Tak mengapalah takde Giant ke Tesco ke. Apa lagi Aeon. Akak dah merasa dah dok kat bandor yang serba serbi ada. Kali ni biaq kita dok tempat yang bertenang sikit. Manfaatkan apa yang ada. Itu pun dah cukup dah. Alhamdulillah.