4.8.16

Cendol Sedap di Shah Alam

Ahad lepas, husband teringin cendol. Selalunya dia beli cendol area Seksyen 7 dekat-dekat Pharmaniaga tu. Nak dekat ke Bukit Raja dah pun lah. Tapi malangnya hari tu tak buka pulak.

Jadi, try shoot ke Seksyen 16, ke gerai cendol yang lejen dan famous kat Shah Alam ni.

Cendol Pak Ayob.

Lokasi dia kat Seksyen 16, depan masjid. Diorang meniaga kat tepi bus stand. Ada lori pick up jual rojak jugak. So kalau makan cendol, boleh la try rojak sekali. Cuma bagi akak, rojak dia tak berapa kena pada selera saya.

Rojak yang akak suka kat sini, ada satu di Taman Sri Muda, Seksyen 25. Kat simpang 3, nak dekat sempadan dah Seksyen 25-Kemuning Utama. Satu lagi rojak (tak ingat nama) yang ada kat Seksyen 9 Shah Alam. Berniaga belakang Concorde Hotel, kalau masih ada lagi sekarang lah.

Berbalik kepada cendol, kat gerai Pak Ayob ni, ada cendol biasa dan pulut. Takde fancy-fancy macam kat Cendol Bakar tu. Sini cendol dia simple je. Tak ingat pulak kalau ada cendol tapai. Dan cendol dia memang original je.

Cendol, santan fresh (sedap gila), kacang merah. Yang biasa, RM1.50 je semangkuk.

Kitorang minum kat situ, ikutkan hati semangkuk memang tak cukup. Tak puas. Husband tapau sebungkus besar, RM6. Boleh jamu satu keluarga tu punya banyak. Ada rezeki mak mentua rasa sebab diorang datang rumah petang tu.

Yang bestnya, bila dah bungkus bawak balik pun, masih sedap lagi. Tak macam ada sesetengah cendol bila bawak balik dah tak sedap. Dah cair, rasa dah berubah. Yang ni, masih maintain. Memang pandai diorang jaga kualiti.

Memang rekemen sangat cendol ni. Kalau ada peluang, singgah lah rasa. Tak rugi.


Cendol Pak Ayob
Seksyen 16, Shah Alam

27.7.16

Kuih Raya Sedap Tak Boleh Tahan



Semalam, pegi ambik kuih raya yang dah siap. Ada pulak yang teringin nak makan lagi lepas raya ni.

Mujur akak kuih ambik order lagi.

Tak dinafikan memang kuih-kuih raya dia sedap-sedap. Saya sebagai pembeli sejak 2009 memang mengaku kuih raya dia tak berubah rasa. Memang maintain.

Selain harga yang berpatutan, kuih dia pun tahan lasak, tak senang hancur, rasa dah memang sedap. Secukup rasa. Kalau sekali rasa pun memang terasa dah sedap dia. Cewah.

Nak mencari rumah akak kuih ni, kemain pusing-pusing kitorang walaupun sebenarnya tak jauh mana pun. Tapi sebab tak biasa. Guna Waze, Google Map semacam hampeh sebab line internet tak kuat. Dok searching GPS je. Grrr.

Tapi last last husband jumpa jugaklah rumahnye. Memang dekat saja pun kalau guna jalan satu lagi. Kahkahkah.

Lepas tu bergegas pulak nak beli susu anak. Mujur Econsave tutup lambat. Dan nak jadi rezeki, memang tinggal satu je pun. Kalau tak, mana pulak nak gagau susu tu. Dah la licin terus dah susu kat rumah. Agagagaga.

Sekian kegiatan malam semalam. Bisnes kecik-kecik macam tu lah. Hehe.

26.7.16

Pentingnya Bangun Awal Pagi


Sedar ke tidak, kalau kita terlajak tidur hingga terlepas Subuh atau sempat Subuh gajah, satu hari rasa bengong semacam.

Serba tak kena.
Pening.
Tak boleh fokus.

Waktu pagi waktu paling produktif. Kalau bangun pagi dengan positif, siapkan kerja-kerja yang susah dulu, sebab tenaga masih banyak. Fokus pun tak lari.

Nak baca Quran pun, waktu pagi lepas Subuh tu yang paling baik. Nak study, kerja-kerja yang perlu tumpuan pun elok dibuat pagi-pagi. Suri rumah elok juga siapkan kerja-kerja rumah awal pagi sebelum anak-anak bangun. Taklah terkejar-kejar. Tenaga pun masih ada.

Waktu pagi juga berkat. Murah rezeki.

Jangan lupa baca doa pagi juga!

Jom berpagi-pagi. Semoga kita beroleh rezeki dan keberkatan hari ini.