3.6.16

Kak Hassanah dan Budak Mat Salleh

Sehari dua ini viral kisah #kakhassanah yang berjaya tenangkan sorang budak 'mat salleh' yang meragam kuat dalam flight dengan berselawat di ubun-ubun budak tu.

Lepas tu muncul pula parents budak tersebut yang claim tak berlaku pun insiden seperti yang Kak Hassanah ni cerita.

Semua ni kat FB lah.

Saya bila terbaca posting Kak Hassanah tu, insof jugaklah sebab kadang anak menangis, tak teringat jugak nak buat macam gitu. Kiranya dari satu segi, apa yang nak dikongsi tentang kebaikan selawat tu memang bagus.

Tetapi bila dicampur aduk pulak dengan fakta yang tak berapa nak betul, dah tentu la kita sebagai readers ni akan fikir Kak Hassanah tu buat posting yang mereka-reka cerita dan menipu. Yang pentingnya mengaitkan dengan agama. Tu yang orang pertikaikan.

Kalau tak didedahkan flight no dan details perjalanan tu rasanya tak jadi masalah pun. Kalau tak silap, memang siap up gambar family 'mat salleh' tu sekali masa posting tu. Tak ke dah mengundang macam-macam persepsi.

Dari segi mak budak tu, yang kata posting tu fictional - betui jugak kot sebab ada sebahagian cerita tak seperti yang berlaku sebenarnya, tapi ditokok tambah bagi sedapkan cerita. Kak Hassanah nak highlight kebaikan selawat tu no problem tapi bila buat posting macam kisah sebenar dengan all the flight details, tapi sebenarnya kisah tak benar - memang orang akan anggap posting tu semata nak naikkan likes dan shares lah, malangnya dengan menggunakan agama.

Saya sendiri pun tak tahu la pihak mana yang betul sebenarnya, kita yang follow isu di FB pun sekadar membaca. Tak kenal mana-mana pihak pun.

Cuma yang pasti, tindakan yang bagus jugak oleh ibu budak mat salleh tu, yang tampil cerita hal sebenar.

Haaa pasal mat salleh pun satu, betapa mudah kita label orang tu bangsa apa berdasarkan pemerhatian kita dan senangnya kita buat anggapan dan andaian.

Apapun, tertunggu jugak respon Kak Hassanah pasal isu ni tapi nampaknya belum ada lagi. Haha sibuk pulak nak follow isu ni.

30.5.16

My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam

Dah lama teringin nak singgah cafe ni. Selalu lalu aje, tak tersinggah. Semalam ada rezeki singgah makan, mujur buka lagi.

Kitorang sampai dalam pukul 9.15 malam gitu, takut gak tutup pukul 10 ke, kot makanan dah habis. Tapi tengok kat pintu masuknye tulis OPEN, dan kat dalam kafe pun tengok meriah je dengan customer, so kitorang masuk ajelah. Bila tanya kat kaunter, katanya tutup pukul 11 malam.

Sesampai depan pintu masuk, disapa oleh agaknya tuan kedai, jemput kitorang masuk. Oh, kafe ni tokey dia melayu. Milik bumiputera 100%.

Kitorang masuk dan duduk. Anak dah nampak ada sudut mainan, terus terpa ke sana je lah. Dengan ada budak-budak lain lagi kat situ, seronok dia main.

Cara nak place order kat sini, lepas kita duduk, waiter akan datang bagi menu. Then kita pilih la nak menu apa. Lepas tu pegi kat kaunter, order dan terus bayar. Ala senang cerita macam kita makan kat restoran fast food. Dah bayar, balik ke meja dan tunggu order sampai.

Menu yang kitorang order:
- Mexicana Fried Rice
- Mac N Cheese (Kid's menu)
- Carbonara Vege
- Green Apple Juice
- Calamansi Juice

Fried rice tu husband punya, saya tumpang rasa, sedap jugak. Ada filet ayam goreng sekeping perap rempah apa saya tak pasti ok jugak la rasanya. Ada jugak keropok 2 keping. Ada salsa juga mungkin epal kot. Tapi rasa nasi goreng sedap.

Mac n cheese pun ok. Anak makan tak berhenti. Nganga aje mintak suap. Not too creamy or muak.

Carbonara vege pulak, I was expected spaghetti dengan kuah krim putih dengan sayur-sayuran. Sebab setahu saya carbonara tu kuah krim (atau anggapan saya salah huhu). Yang datang macam spaghetti olio (goreng). Sayur ada button mushroom, peas, tomatoes. Toppingnye suun goreng which I found unique and rare. Cuma masa mula-mula makan suun tu ok sebab crunchy but after a while dah jadi liat sikit sebab dah exposed kan. But it is a good idea. As a whole, the taste quite delicious. Licin jugak saya makan.

Sedikit komen saya, bagus juga kalau pada menu diletakkan juga gambar menu sekali baru customer lebih yakin nak pilih dan dapat gambaran what the menu looks like. 

So kalau nak mencuba menu western yang pastinya halal, boleh la datang ke kafe ni.

Ada menu lunch buffet juga. Dengar kata ada ayam grill. Dan sebenarnya kat kafe ni jugak ada menu seafood ala Shell Out -  'Jari Comot' boleh makan ramai-ramai ikut pakej. Lupa pulak nak snap gambar menu semalam.

Ada wifi juga tapi semalam kitorang nak try akses tak dapat pulak. Heee.

Oklah, ni alamat kafe:

My Story Cafe
No 8, Jalan Anggerik Vanilla Y31/Y, Kota Kemuning,
40460 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

Tel:
018.777.1468
03.5131.0452

Waze to "My Story Cafe Official"

*****************************
GPS: 3.004773, 101.536410
*****************************

Landmark terhampir:
Belakang RHB Bank Kota Kemuning. Bertentangan kedai mamak Asiba Restoran.

Waktu operasi:
12 tengah hari - 11 malam

Facebook:
My Story Cafe Kota Kemuning

Instagram:
@mystorycafekk


*Kedai ni dah tak beroperasi dah. Huhu





27.5.16

Hargai Mak Selagi Ada


Memang tajuk clichè, tapi itulah hakikatnya yang kadang-kadang anak terlepas pandang.

Mak ni, makin berumur makin sensitif. Makin tersentuh jiwa, makin cepat terasa. Benda kecik pada anak, tapi besar pada mak.

Bila dah masuk umur-umur emas ni, mak selalunya nak anak ambik berat je. Duit tu, pandai-pandailah hulur sendiri. Mak memang payah nak mintak walaupun dia perlu. Atau dia jadi tawar hati nak minta walau seringgit dua setelah lalui pengalaman pahit mintak duit kat anak tapi dapat jawapan yang kecewa.

Mak ni, kalau tak bercakap, dia rasa sesak dada, pendam. Kalau bercakap, serba salah pulak. Banyak dilema jadi mak ni kan, dek nak jaga hati anak-anak. Tapi... adakah anak-anak jaga hati mak?

Saya juga mak. Bezanya anak-anak saya kecik lagi. Masih clingy dengan saya, perlukan saya sepanjang masa. Mak-mak ni kalau rasa anak tak perlukan dia, memang sedih ya amat. Atau hanya cari mak masa nak mintak tolong je - boleh mengundang rasa kecik hati...

Hati mak yang menginjak umur tua ni makin hari makin rapuh. Ada hati mak yang hanya ingin anak call (pun dah cukup), ada hati mak yang ingin anak datang ziarah. Benda mudah saja pun tapi anak bila dah sibuk ni, takde masa (iktibar untuk saya).

Sebenarnya kita tak boleh set takde masa untuk mak. Terpaksa luangkan masa. Curi-curi masa ke. At least cubalah kan. Atau mintak kat Allah, mudahkan urusan kita dengan mak, diberi ruang dan masa, kesempatan walaupun busy. Kita kalau buat apa pun, mak tak redho ni... payah jugak sebenarnya.

Jangan hanya mak je doa yang baik-baik untuk anak, anak tak ingat pun kat mak. Kadang kita tak sedar nikmat dan rezeki yang kita dapat asbab doa mak. Kalau mak dah takde esok, hilang dah satu doa makbul untuk kita.

Pengalaman saya sendiri, doa ayah saya. Saya tak pasti cuma saya rasa lepas ayah saya tak ada, saya tak macam saya yang dulu yang sentiasa yakin dan tenang nak buat apa-apa perkara. Macam ada ruang kosong tapi saya tak reti nak explain. Mungkin sebab dah tak ada doa ayah.

Sama lah kes dengan doa mak pun.

Janganlah sampai mak terlalu kecewa dengan kita, mak sampai tahap tak kuasa nak ambil tahu pasal kita, mak tak kesah kita nak jadi apa - sebab itu semacam menjerumus kita jadi anak tak kenang budi je (pendapat peribadi saya je).

Dan jangan sampai mak sebut, jangan menyesal esok kalau mak dah takde.

Errrr...

Sentap tak kalau mak cakap macam tu?

Tak terlambat pun nak berubah dan ambil hati mak. Mak cuma nak orang ambik tahu, ambik berat je.

Saya sendiri dah takde mak, hanya ada mak mentua untuk menumpang. Sama lah jugak taraf dengan mak sendiri jugak. Kita semua pernah buat salah dan silap dengan mak kita, baikilah silap tu. Mohon Allah jadikan kita anak yang berbuat baik dengan mak ayah. Dengan itu anak-anak kita esok pun harapnya berbuat baik dengan kita jugak.

Wallahua'lam.

Sekian luahan random pasal mak di hari Jumaat.