9.4.15

44 Days: Tukang Urut dan Jururawat Masyarakat


Semalam, masa tengah diurut, nurse datang melawat. Kalau sebelum ni, nurse yang datang yang muda2... tapi semalam yang dah agak senior. Tu pun sorang-sorang dia je. Sebelum ni mesti datang 2 org.

Nak jadi cerita, tukang urut saya kenal rapat pulak dengan nurse tu. Haha. What a small world.

Maka berboraklah mereka. Dengan saya dan mak mertua sekali lah. Meriah tiba-tiba. Haha.

Tapi antara yang best dalam perbualan semalam:

- Bila bawak anak ke klinik, tak payah la nak pakaikan anak dengan baju yang fancy sangat. Nak timbang dan ukur boleh ambik masa lama sebab hegeh2 nak tanggal dan sarung baju anak. Tak masuk yang pakai hair band ke apa lagi tu. Nurse tu kata...menunggu kamu ni dah boleh siap 2 orang baby dah. Hoho. Sentaps. Moral of the story, pakaikan anak baju yang paling senang nak diuruskan. Macam romper ke.

- Saya inform nurse kaki anak macam naik bintik gatal. Dia dengan tak tengok pun terus kata ruam panas tu. Pakai baju nipis2 je. Hehh. Sebelum ni bagitau nurse lain dan2 terus suruh bawak pi klinik. Hoho. Tapi memang bila bawak pi jumpa dokter pun memang ruam panas katanya. Hek. Saya cuma sapu olive oil kat bahagian ruam tu lepas mandi dan pakaikan anak dengan romper atau baju lubang2 bagi dia selesa. Kalau dah besar sikit boleh sapu Herbal Blend.

- Nurse tu bagitau ada patient yang komplen kata apa lama sangat nak kena tunggu giliran jumpa dokter. Kalau kat klinik c*** ni dah balik dah tak payah tunggu lama. Dia sound la kata ni klinik kerajaan memang ramai. Nak cepat tak payah la datang sini. Common sense kot kan. Jangan nak compare klinik gomen dengan private. Klinik gomen free. Jadi bersabar. Kalau jenis yang tak sabar, pi telan B Complex. Bagi lega urat-urat saraf dan bagi bertenang.

- Saya bagitau nurse tu saya check up mengandung di KKIA Seksyen 19. Dia kata kalau klinik kat Shah Alam patient sehari cecah 900 ke 1000 orang! Wah. KK yang dekat rumah MIL saya ni patient dalam 300 ke 400 orang je sehari. KK kat Bangi tu tukang urut saya kata siap extend hours ke malam punya ramai patient. Jadi kita tak payah nak demand sangat la atau komplen macam2. Kalau tak sanggup tunggu, pegi klinik lain.

- Ada yang mengandung 3 minggu dah buka buku merah. Wahh... saya sebolehnya selambat yang boleh nak buka buku merah :P Dia kata budak sekarang kan moden, check mengandung sendiri pakai alat. Belum miss period pun dah check positif. Huhu. Tak pe lah bagus jugak buka buku awal.. apa2 hal boleh pantau dari mula.

Gitu la serba sedikit. Seronok juga lah bersembang. Lama juga la dia kat rumah. Ter'pause' sesi mengurut saya kejap. Hihi.

Nurse walaupun nampak macam takde apa tapi besar fungsi diorang. Penat oo jadi nurse. Kena sabar banyak pulak tu. Orang kadang2 ambik mudah je kat nurse. Tapi kalau yang memang mean tu takleh nak kata apa lah. Tapi mintak dijauhkan laaa. Huhu. So far saya berurusan dengan nurse yang ok baik di klinik baik di hospital. Alhamdulillah.

8.4.15

44 Days: Urutan Lepas Bersalin. Penting Ke?


Preparation menyambut ahli keluarga baru ni boleh kata agak kelam kabut bagi saya. Dengan shopping last minute, tu pun mujur banyak juga barang dan baju serta kelengkapan lain yang masih elok sejak anak sulung tak perlu dibeli baru. Tapi itu lah, sayu pulak tengok si adik baby ni pakai baju-baju lama si abang. Hehe. Ada jugak baju baru dia. Takde la tak beli langsung.

Sama lah kes dengan tukang urut. Sebenarnya dah lama cari. Tapi biasa lah ada kekangan di sana sini. Kos pun antara satu faktor. Mahal atau murah, biarlah sesuai dengan pakej ye tak.

Saya mintak biras tolong carikan, ada lah sorang. Tapi macam agak mahal dengan pakej yang dia tawarkan. Maka out. Alternatif lain, tukang urut yang biasa urut saya masa bersalin dulu. Tapi saya yang nak kena pergi ke rumah dia. Dan khabarnya makcik tu pun makin sukar dihubungi. Buatnya dah sampai depan rumah dia, dia tak ada. Sesia dan buang masa sahaja. Maka sekali lagi...out.

Alternatif satu lagi. Nasib baik mak mertua saya teringat jiran sebelah baru habis berpantang beberapa bulan sebelum. Haa mesti dia ada contact mana-mana tukang urut. Betul rezeki. Dia recommend tukang urut dia dan bila dihubungi, mudah terus buat appointment. Harga ok lah sesuai dengan pakej. Lagipun ini urut bersalin... bukan urut badan gitu-gitu je.

Kak Tie nama tukang urut saya. 3 hari berturut-turut berurut dengan beliau. Dia datang dalam jam 8 pagi, lepas tu terus start mengurut.

Lepas dah siap mengurut, saya akan mandi dengan air rebusan daun-daun herba yang Kak Tie dah bawa. Kak Tie bawa daun-daun tu aje, rebus buat sendiri lah. Hehe.

Sementara saya mandi, Kak Tie akan mandikan baby. Selesai kami berdua mandi, dia akan mula bertungku. Satu badan ditungkunya. Sedap rasa. Tungku Kak Tie pun comel je, bebola besi. Tapi sedap.

Selesai bertungku, dipakaikan saya bengkung. Then settle.

Alhamdulillah. Dah settle 3 hari urut. Hilang tegang urat semua. Dan paling penting, pengaliran susu badan makin lancar. Kalau tak, tukang urut saya incik suami lah. Mujur la beliau pandai mengurut. Hehe.

Kak Tie banyak share tips dengan petua untuk ibu bersalin dan pantang. Kongsi pengalaman macam-macam. Tapi yang paling best, dia share teknik kemutan yang waaahh menarik! Haha. Dengar cam lawak tapi serius best sampai biras dengan mak mertua saya pun join sekaki. Hehe.

Kalau nak tau, kena mai jumpa saya lah  nanti saya share yer hihi.

Orang tengah pantang jangan tak mengurut tau. Macam-macam masalah pulak nanti. Badan kita nak pakai lama. Maka dengan gigihnya saya hari ini bertungku dan ikat bengkung sendiri. Eh.

9 bulan hasben tengok bini perut ke depan kottt. Haha.


7.4.15

44 Days: Jaundis


Ok. Nampaknya tak terlepas juga anak kena jaundis atau sakit kuning. Tapi, alhamdulillah bukan sampai tahap kena warded.

Yang sulung, memang umur 2-3 hari dah masuk wad duduk bawah lampu. Dan masa tu pulak saya memang hopeless dan macam depressed gila. Hasben yang uruskan. Saya nak jalan pun tak selesa. Luka jahitan sakit sangat. Anak saja di wad, saya dan hasben bermalam di hotel berhampiran sebab wad penuh. Maka anak memang dapat susu formula. Double sedih masa tu.

Tapi alhamdulillah warded 1 malam je, dan kuning dia dah ok.

Yang no 2 ni, jaundis baru nak start. Detect di muka dan dada, berdasarkan pemerhatian nurse klinik yang datang melawat. Nebes jugak takut kuning naik, tapi kali ni saya ngan hasben memang usaha lebih untuk pastikan tak sampai warded. Bacaan pertama 192. Masih tinggi sebab normal bacaan TSB kena bawah 150. Tapi tak perlu warded melainkan melepasi 225 (untuk baby usia 4-5 hari tak silap saya). Kalau umur lebih daripada tu, kena warded kalau bacaan TSB 300.

Tapi alhamdulillah 2nd reading turun 188. Abah dia nak gi keje pun senang hati sikit.

Dan sekarang ni misi menambah susu badan dan menghasilkan susu badan yang berkualiti. Sebelum ni baby banyak kencing, kurang berak agaknya sebab dia banyak dapat foremilk atau memang susu badan saya sedikit cair. Maka dia hilang haus tapi tak cukup kenyang. Sebab tu susah nak berak. Tapi alhamdulillah hari ni dah berak.

Saya tak pasti yang mana satu saya makan yang membantu melancarkan pengaliran susu cuma saya pastikan saya tak masuk angin. Jadi saya akan makan kerap dan top up dengan suplemen juga. Selain mengurut.

Saya saspek bila badan dah diurut, pengaliran susu makin lancar. Dan urat2 susu semua mula berfungsi lebih baik. Selain tu, saya ambik multivitamin dengan zat besi (Vitalea), B Complex, Vitamin C, pil kalsium (Ostematrix), protein shake (Energizing Soy Protein) dan pil herba Alfalfa.

Saya jugak usahakan minum susu kambing, horlicks, nestum oat dan minuman suam yang lain. Di samping air putih yang banyak. Lagipun panas wooo cuaca skarang ni.

Misi sekarang untuk turunkan lagi kuning dia ke paras bawah 150. Kena repeat ambik darah this Friday. Insya Allah.

Saya takkan mengalah macam tu aje. Saya dah taknak buat kesilapan yang sama macam dulu. Semoga Allah permudahkan. Ye, ada juga bisikan untuk start susu formula sementelah kesian kat baby. Takpe. I have my milk to feed my son. Let me work on it and what I need is THE SUPPORT.

Thanks a lot to Mr Husband. Even though he's away but I know his support is there.