9.10.14

Start Bright Series #12 -- I am Coming!

Teks: Zaila Hafni

Bulan ni, alhamdulillah... tak tahu daripada datang kekuatan dan keberanian - insya Allah saya akan join 2 training Shaklee. 1 training oleh group upline saya (Master Puteri) dan 1 lagi training oleh Shaklee Malaysia (New Distributor Training).

Sebelum ni, ada juga daftar tapi last minute tak kesampaian. Ada hal dan kurang bersedia. Mungkin juga masa tu push factor tak cukup kuat. Dan kadang-kadang ada kekangan keluarga, biasalah hujung minggu. Tapi untuk beberapa bulan ini, saya akan cuba selitkan aktiviti hujung minggu saya dengan training atau workshop sekali sekala - untuk tambah ilmu baru dan kembangkan idea. Selain tu, nak belajar. Apa juga bisnes yang kita buat kena ada mentor dan guru. Kalau seorang diri, susah nak berkembang dan tetap di takuk lama. Lepas tu hairan kenapa kita masih berbisnes dan beriklan tapi sales tak naik. Haa dush kena batang hidung sendiri.

Selain meningkatkan hubungan dengan Maha Pemberi Rezeki, kena juga berusaha cari ilmu teknikal. Gabungkan kedua-duanya untuk lebih berjaya.

Start Bright Series #12 dianjurkan oleh group di bawah naungan Puteri and Friends (http://puteriandrichfriends.blogspot.com) -- upline upline saya.

Pengguna Shaklee pun boleh hadir untuk lebih tahu tentang produk Shaklee. Kalau yang bercita-cita nak buat bisnes dengan Shaklee pun boleh hadir. Kalau nak join, boleh pm saya



Sebarang pertanyaan atau pembelian produk Shaklee, hubungi:

Zaila Hafni 
PM / Whatsapp: 019-4603094
Emel: hifzaila.hafni@gmail.com
SID Kota Kemuning, Seksyen 19-20 Shah Alam

30.9.14

Seronoknya Blog!

Teks: Zaila Hafni

Hari ni seronok blogwalking. Banyak info yang saya dapat, dan bagaimana satu-satu blog tu menarik pembaca untuk terus membaca daripada satu entri ke satu entri. Memang bukan semua penulis blog ada kemahiran atau bakat begitu, tapi skill tu boleh diasah dan jika dilakukan dengan konsisten, lama-lama kita akan biasa. Jadi teruskan membaca blog-blog yang penuh info dan perkongsian dan di update selalu!

Dengan membaca di blog, kita menambah ilmu dan pengetahuan. Kita tahu perkara yang sebelum ini kita tak tahu. Kita dapat memotivasi diri bila baca kisah kejayaan orang lain, dan berkongsi pengalaman yang sama. Siapa kata tulis blog benda yang tak ada faedah? Kalau menulis benda yang sia-sia dan buang masa - itu yelah. Tapi kalau kita cerita pengalaman kita yang baik untuk orang lain tahu, kita pun dapat pahala berkongsi perkara yang baik. Tapi jangan lah sampai riak pulak. Banyak benda boleh tulis. Tak ada idea? Banyakkan membaca dan blogwalking. Jangan asyik baca gosip hiburan jerrrrr. Ops.

Alahai dah sampai ke penghujung September sudah. Today's closing day! Ye saya mengaku hari ini bukanlah closing day terbaik untuk saya tapi lebih baik daripada bulan sebelumnya. Dan berlaku perkara-perkara magik yang saya tidak jangkakan. Maka bergantung haraplah pada Maha Pemberi Rezeki. Sesungguhnya kita tak tahu rezeki akan datang bagaimana caranya.

Sesiapa yang berniat nak apa-apa produk Shaklee yang awesome ni, masih sempat saya tolong belikan hari ni. Kita mulakan hari esok dengan hidup yang lebih sihat dan kekal bertenaga dan cergas. Semuanya masih belum terlambat dan yang penting mula daripada sekarang!

Zaila Hafni
019.460.3094
hifzaila.hafni@gmail.com