17.9.14

Khasiat Peria Katak untuk Pesakit Kencing Manis dan Darah Tinggi


Imej: Carian Google

Mengenali Peria Katak dan Khasiatnya

1. Macamana rupa peria katak?
Saiznya lebih kecil dan pendek berbanding peria biasa. Berwarna hijau macam ni. Jangan confuse dengan petola pulak tau. Petola and peria is totally different.


Kat pasar tani atau pasar malam selalu ada. Tak susah sangat nak mencarinya ni.

2. Apa yang bagus sangat peria katak ni?
Manfaat yang diketahui umum - menurunkan tekanan darah tinggi dan mengawal tahap glukosa pesakit kencing manis. Rasa peria ni kan pahit. Pahit kan ubat.

3. Apa lagi khasiat peria katak?
Saya baca di blog Dr Malinda, yang pernah buat kajian tesis tentang peria katak ni. Yang beliau kongsikan, peria katak ni:

- berkalori rendah, sesuai untuk yang ingin menurunkan berat badan
- tinggi fiber, mineral dan anti-oksidan
- mengandungi phyto-nutrient, polipeptida-P dan charatin untuk kawal gula dalam darah (bagus untuk pesakit diabetes)
- tinggi kandungan vitamin C, karotin, leutine dan zea-xanthin (anti-oksidan yang baik untuk anti-penuaan dan anti-kanser)
- membantu turunkan kolesterol
- mencegah jangkitan
- bantu atasi sembelit


4. Cara makan/minum peria katak?
- blend, minum jus (buang biji dahulu)
- blend, campur dengan jus epal hijau (untuk kurangkan pahit)
- rebus, minum air rebusan
- hiris nipis, dimakan mentah sebagai ulam
- hiris, kacau goreng (boleh tambah lobak merah dan dipecahkan telur)

Selamat mencuba!



16.9.14

Makanan yang Perlu Dielakkan Ketika Hamil



Disahkan hamil, dah pasti setiap pasangan teruja menerima rezeki yang Allah kurniakan, betul?

Ada yang sukar hamil walaupun setelah pelbagai usaha dilakukan. Masih belum rezeki. Berusaha lagi, mungkin Allah dah tetapkan rezeki, cuma lambat atau cepat disamping usaha yang berterusan.

Bila dah hamil, tengok ada 2 line kat UPT (Urine Pregnancy Test) memang tentu-tentu gembira sangat. Mula lah lepas tu datang kawan-kawan serangkainya - loya, pening, mual, kurang selera makan, cepat letih dan kurang bertenaga.

Simptom biasa ibu hamil di trimester pertama. Trimester pertama adalah tempoh dari bulan pertama hingga bulan ketiga; yang mana sangat kritikal dan perlu dijaga rapi. Ibu perlu berhati-hati kerana kandungan masih awal dan berhadapan pelbagai risiko. Jadi, penting sangat jaga kesihatan semasa tempoh ini.

Yang mencabarnya, ketika inilah anak dalam kandungan berkembang pesat dan memerlukan segala nutrien baik untuk perkembangan yang sihat dan kuat tetapi si ibu seringkali berperang dengan selera makan dan mood swing. Walaupun dalam keadaan kurang selera, ibu masih perlu makan untuk menyalurkan nutrien kepada anak. Cubalah untuk cari makanan yang boleh 'ditelan' walaupun kita kurang berselera. Dan perlu juga tangani mood kerana emosi ibu boleh mempengaruhi emosi anak juga.

Dengar macam susah, kan. Yang pernah alami, faham lah bagaimana kan. Tapi itulah pengorbanan ibu.

Ibu hamil kena usahakan untuk dapat segala nutrien tak kiralah dalam bentuk apa pun. Yang pasti, tidak membahayakan atau bagi mudarat. Dalam trimester pertama, jangan sebarangan makan.

Antara makanan yang perlu dielakkan:

* Makanan laut yang tinggi merkuri (swordfish, yu, king mackerel)
Perlu dielakkan kerana risiko kandungan merkuri yang tinggi. Tuna atau tuna dalam tin boleh dimakan, juga dalam kuantiti kecil/sederhana saja. Sama juga dengan makanan laut lain (udang, ikan pollock, ikan bilis, ikan salmon) masih boleh diambil dalam kuantiti sederhana. Makanan laut lain seperti kerang, saya cuba elak sebab faktor kebersihan. Sotong atau ketam pun boleh tetapi pastikan bersih dan dimasak sempurna (elok masak sendiri lah)

* Keju dari jenis brie, feta, blue
Melainkan ada tulis 'dipasteurkan' pada pek, tapi kalau was-was, tak payah makan lah kan. Keju jenis lain ada lagi :)

* Makanan rapu, jajan, makanan segera
Kerana kandungan perasa dan pewarna yang tinggi tidak baik untuk kesihatan ibu dan bayi

* Minuman berkafein
Boleh diambil dalam kadar minimum (contohnya tak lebih 2 cawan sehari) tetapi meninggalkan terus lebih baik sepanjang tempoh hamil

* Makanan sejuk dan berangin
Dalam trimester pertama, ibu kerap kembung/angin, jadi kurangkan makanan berunsur ini. Contohnya sayur tauge, kobis, kangkung dan legum (kacang panjang, buncis). Cempedak pun angin. Kalau nak makan cempedak goreng tu, agak-agak lah ya. Maklum la musim cempedak meriah skarang kan.

* Teh herba
Melainkan arahan doktor. Tapi macam ada juga teh herba untuk ibu hamil, cuma saya tak pasti lah boleh beli di mana.

* Alkohol
A big no. In fact masa keadaan sihat pun memang tak boleh minum kan. Harammmmm.

* Buah atau sayuran yang tidak dibasuh
Basuh bersih dulu sebelum makan. Kadang-kadang ada bakteria penyebab penyakit kat situ.

* Daging, makanan tenusu atau telur yang tidak dimasak
Boleh bagi keracunan makanan kalau ada bakteria penyebabnya. Anak yang dikandung boleh kena kesan kalau ibu keracunan makanan. Mintak simpang.

Berhati-hati pilih makanan ye. Tak jadi apa pun kalau tak makan ni. Kena sabar kejap ye. Berbaloi pantang makan ni. Ibu sihat, mak pun sihat.






15.9.14

Makan Malam yang Tak Menggemukkan

Teks: Zaila Hafni
Foto: freeimages.com

Selamat Hari Isnin! Bekerja hari ini, esok cuti...yayyyy! Selamat Hari Malaysia in advance :D

Nak kongsi cerita pasal makan lewat malam. Selalu tak rasa craving tengah malam atau sebelum tidur? Kadang tu ada masa rasa nak mengunyah je. Kadang nak diet tapi salah percaturan, lapar pulak tengah malam tapi nak makan kang lagi la gemuk.

Oh dilema...dilema.

Ada rahsia dan cara nak makan lewat malam aka sebelum tidur. Yang pasti, kena pilih cara yang betul. Bukan makan burger ayam atau pizza. Ops!

Kalau kita terasa sangat nak mengunyah atau nak makan sesuatu, muslihatnya adalah dengan memilih makanan yang takkan meningkatkan tahap glukosa darah, takkan meningkatkan lagi selera sekaligus menaikkan berat badan.

Pilihan kombo snek berikut ringkas dan ringan tetapi cukup kenyang untuk anda lalui malam tanpa perut berkeroncong. Insya Allah.



Pilihan 1: Sebiji pisang saiz sederhana + 1 sudu besar mentega badam (nanti Google mana nak cari mentega badam nih).

Pilihan 2: Sebiji epal saiz sederhana + 1 oz keju rendah lemak (oz, oz ni macam buat susu anak pulak hehe)

Pilihan 3: Suku cawan kacang hitam + 1 cawan kecil tortilla jagung (pilihan yang sangat asing tapi boleh dicuba oleh orang yang gemar kelainan)

Pilihan 4: Secawan bluberi + 6-8 oz yogurt tanpa lemak (salad bluberi gitu)

Pilihan 5: Secawan jejari lobak merah + 3 sudu besar hummus (pilihan yang agak biasa dan boleh diamalkan ni)

Dah tentu la nampak pelik dengan variasi snek macam ni, maklumlah dapat inspirasi ni daripada orang bukan Malaysia. Ni cadangan saja, kita boleh sesuaikan dengan snek sihat yang kita ada. 

Jangan la pi makan roti canai kedai mamak plak ye. Hehe.

Makan malam tak ada salah pun. Tapi dengan cara dan pilih makanan yang betul. 

Nak kurus dengan sihat dan tahan lama 'kekurusan' itu, boleh PM saya untuk tahu cara :D

Zaila
019-4603094