Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2015

Ingat Pesan Mak yang Satu Ni

Semalam, sembang2 dengan mak. Oh saya kat rumah mertua sekarang ni. Balik sini sebab husband out station 3 hari. Biasalah hantar bini balik rumah mak. Hehe. Satu keselesaan menjadi wahm atau berbisnes sendiri - masa yang fleksibel. Nak balik rumah mak bila-bila pun boleh. Dan hanya perlu ikut jadual husband. Saya ok je. Maka semalam, sambil dok siapkan anak untuk tido, sembang-sembang dengan mak. 'Macamana mak jaga semua anak mak yang setahun sorang ni?' Husband saya ada 8 adik beradik. Umur rapat-rapat. 'Ok je. Alhamdulillah la semua takde buat perangai apa. Elok je semua' Tengok statement tu. Walaupun anak ramai, takde pembantu, abah keje bomba dan part time jadi driving instructor, mak tak keje - Allah bagi kemudahan kat mak ngan abah dengan anak-anak yang mudah dijaga. 8 orang tau. Saya yang baru 2 ni pun rasa macam mengah dah nak handle. Lepas tu, perbincangan kami adalah topik suami buat kerja rumah. Haa ala-ala Semanis Kurma gitu kan. Haha! Mak cerita,...

Tip Berpantang Sendiri: Ambil Masa untuk Rehat

Memang tak dinafikan, susah nak berehat bila beranak kecil. Tambahan pula bila ada anak yang sudah besar. Tapi, mahu tak mahu kena lah berehat. Kena curi-curi masa dan dapat rehat sekejap pun tak apa dah kan. Kalau tak, mahu pening kepala satu hari. Dah tentu tidur malam dah terganggu sebab berjaga anak nak menyusu dan tukar lampin. Tu tak termasuk kalau baby meragam lagi. Jadinya, bila baby tidur, kita pun tidurlah sekali. Dapat lelap mata sekejap pun tak mengapa. Orang tua pun selalu pesan macam tu. Tidur sekejap masa anak tidur. Kalau tak, sampai ke sudah pun kita tak sempat tidur dan berehat. Walaupun rumah bersepah, biarkan dulu sekejap. Tutup mata lah orang kata. Bila cukup rehat, badan dan minda pun cergas sikit. Penting ni untuk kurangkan tekanan perasaan terhadap perubahan suasana baru. Kalau tak, mahu kelam-kabut dan mengundang palbagai masalah lain hingga tak dapat dikawal macam kemurungan. Emosi kena jaga, sebab tu kena cukup rehat. Posted via Blogaway

Resipi Sambal Tumis Tanpa Guna Cili Giling atau Cili Kisar

Pernah tak rasa nak makan sambal tumis tapi takde stok cili giling atau tak sempat nak blend cili kering kat dapur? Saya pernah. Tapi kes saya sebenarnya cari cili giling siap kat kedai tapi tak ada. Jadi dapatlah idea lain. Nak jugak masak sambal sebab masa tu dah janji dengan husband. Pusing punya pusing 1 Speedmart tu tak ada satu pun cili giling. Macamana ni...saya dah tak kuasa nak pi kedai lain. Tup tup ternampak serbuk cili. Agaknya boleh guna ni kot. Tengok kat belakang peket ada resipi sambal tumis ikan bilis.   Gambar hiasan Boleh ke ni? Rembat ajelah dulu. Nak cuba. Mana tau sedap ke. Maka balik rumah saya cuba masak. Tak yakin mulanya. Mesti tak sedap ni. Hah punya lah negatif. Saya ikut aje resipi macam yang dicadangkan. Sampailah akhirnya...eh. Nampak ok macam sambal biasa. Rasa pun sedap jugak. Yay! Berjaya buat sambal tumis akhirnya. Dan boleh je masak sambal tumis tak payah guna cili giling atau cili kisar. Haaa. Apakah lagi alasan yang membuatkan kita tak p...

44 Days: Tamat Akhirnya

Hari ke 45. Alhamdulillah tamat sudah pantang kali ini. Satu pengalaman yang baru dan mencabar. Berpantang sendiri dan dalam masa yang sama menguruskan keluarga. Kalau tak tahan dugaan ni, memang boleh kemurungan ni. Saya hanya berpantang 3 minggu sahaja di rumah mak mertua. Selain kesian kat suami nak kena ulang alik selang 3-4 hari (jauh jugaklah Shah Alam-Sepang), saya juga tak mahu menyusahkan mak mertua saya yang juga mengasuh cucu. Jadi, kami ambil keputusan balik ke rumah lebih awal dan saya teruskan berpantang sendiri selepas meyakinkan suami yang saya boleh buat. Alhamdulillah. Habis juga akhirnya. Satu perkara yang saya sangat bersyukur sebab luka jahitan tak banyak. Luka pulih dalam seminggu dan saya agak bertenaga nak urus diri, anak dan baby. Kalau dulu, luka jahitan besar. Lama saya berpantang di rumah mak mertua. Beza sungguh pantang dulu dengan sekarang. Dan yang pastinya saya tak tinggal semua vitamin saya. Ibu berpantang dan menyusu, jangan abaikan pengambilan ...