Skip to main content

Posts

Jangan Henti Jadi Baik

Nak ubah diri jadi lebih baik memang banyak cabaran.  Itu yang kebanyakan orang mampu mula tapi tak mampu kekalkan atau tergelincir di tengah jalan. Itu jugaklah sebabnya kena ada orang alim ulama, bijak pandai macam ni respon kepada isu dan konflik seumpama ini. Baru terang dan lebih faham dengan hala tuju hidup. Tak mengalah nak terus jadi baik. Terima kasih Fedtri Yahya. Penjelasan yang jelas dan padat. #selfreminder #refleksihidup

Cara Ajar Anak Buat Mufin Mudah

Kalau nak ajak anak sama-sama ke dapur, rasanya yang baking baking macam ni paling mudah dan anak seronok kot. Anak Akak beli 1 peket premix mufin brand Noraini's kat Eco, nak buatnya senang sangat. Eloklah Akak pun hanya ada 1 oven toaster (kecik aje), so bolehlah anak belajar bakar mufin. Cara akak ajar anak bakar mufin mini: 1. Panaskan oven toaster (suhu 170'C) selama 10 minit. Suruh anak pusingkan tombol suhu.  2. Sediakan 1 mangkuk besar atau besen. Minta anak sukat minyak masak/butter cair dan gula (ikut sukatan pada paket premix tepung) - anak dapat belajar asas matematik 3. Ajar anak pecahkan telur di bekas lain (untuk check telur ok ke tak) kemudian masukkan dalam mangkuk yang ada minyak dan gula tadi. 4. Bagi anak senduk atau pemukul untuk gaul 3 bahan tadi sampai sebati. Anak belajar untuk kawal ramuan supaya tak tumpah keluar, belajar gaul semua bahan. 5. Minta anak masukkan tepung premix sikit demi sikit. Gaul lagi hingga sebati. 6. Sediakan loyang kecil, suruh an...

Sup Ayam Sihat

Apa yang best tentang sup? Akak suka sup sebab boleh pelbagaikan rasa dan ramuan. Nak buat one-pot meal pun boleh, jimat masa dan tenaga. Seluruh keluarga boleh makan, yang anak hingga dewasa dan orang tua. Sup mesra perut dan kaya khasiat melainkan pegi humban cili padi dan perasa banyak-banyak! Haha awasssss *tapi Akak suka sup kedai tomyam yang pedas-pedas masam tu... tiberrrr Sup ayam sihat macam ni memang kerap la Akak buat sebab senang kan. Lately Akak tak tumis rempah 4 sekawan pun, cukup letak bunjut sup je. Kalau tak, Akak mesti letak untuk bagi wangi. Tapi kadang tu dia jadi pahit, agaknya terhangit kot. Sup kali ni, masak je ayam dan sayur sekali, dah tak payah nak masak banyak-banyak menu. Sup ayam sihat cara Akak: 1. Tumis bawang putih dan halia sampai naik bau.  *Minyak sikit je. Nak sedap pakai minyak zaitun.* 2. Tumis bawang merah. 3. Masukkan batang sawi, kacau jap. 4. Masukkan air, ayam, carrot. 5. Biarkan mendidih. Kecilkan api. Masukkan daun sawi. 6. Tambah gara...

Dobi Anak Asrama

Selain anak, mak ayah pun ada pengalaman baru jugak bila anak ke asrama. Jadi sama-sama belajar, sama-sama adjust dan arrange banyak benda. Lagilah kalau ditempatkan kat kawasan yang kita tak biasa. Awal dulu, sebab tak biasa, merata ceruk cari kedai dobi. Kadang tu memang penuh sebab pekan/bandar tu ada jugak boarding school lain jadi mak ayah semua pun sama je busy angkut baju busuk anak nak didobikan. Haha Dobi pun kalau sabun wangi ke tak ke, mesin pun agak uzur ke janji boleh basuh, kering - on je lahhh Masa minggu orientasi, dan sebulan dua pertama, anak memang agak struggle nak urus laundry sebab kebanyakan bukannya pandai lagi.  Ada maktab/sekolah mesinnya pun bukan semua berfungsi baik atau belum ready untuk digunakan. Basuh tangan bolehlah tapi nak cari masa tu belum reti lagi. Kalau parents yang dekat memang biasanya akan kerap visit. Tujuan utama memang mendobilah hehe Parents boleh ajar anak dulu, lama-lama dia akan biasa. Pandailah dia uruskan laundry tu, kadang tu be...

Tahniah MRSM BP Cougars! Juara Super Schools Rugby 2025

Semalam telah berlangsung suatu kejohanan ragbi antara sekolah menengah elit di Malaysia. Kiranya sekolah yang layak masuk ni memang hebatlah. Sebelum ni, banyak juara dalam kalangan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), sebab culture ragbi ni memang dah lama di sekolah premier macam ni.  Tapi lately MRSM pun dah mula aktif dan agresif join ragbi dan buat julung kalinya, tahun ni MRSM Balik Pulau jadi JUARA! Mak tumpang bangga jap jadi parents students MRSM. Hehe MRSM BP menentang Victoria Institution (VI) pada final di Putrajaya, Ahad lepas. VI (VI Blues) adalah juara Super Schools Rugby sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2017 dan 2023. MRSM BP (MRSMBP Cougars) adalah MRSM pertama yang menjuarai SSR. Juara bertahan, SEMASHUR (SM Sains Hulu Selangor) juara tahun lepas 2024 dan 2019. Hebat gila weiiiiiii Kita boleh kata menang atau kalah tipis. Beza 1 mata saja! Tahun sebelum ni, paling sengit pun tahun 2017, beza 2 mata bila VI Blues menang dengan MCKK All Blacks (10-8). Memang mendebarkan ...

Kenapa Tak Berjaya Tanam Pokok Terung dan Limau Kasturi?

Rumit ke tanam pokok limau kasturi ni? Entahlah haha tapi Akak tak berjaya sangat, mudah sangat kena penyakit dan bunganya cepat gugur tak sempat membesar jadi buah yang boleh dituai. Ini pun beli anak pokok, banyaknya hilang lepas tu, tak pastilah burung ke apa ke yang berkenan sangat. Huhu Seronok tengok masa ni, cuma sayang tak sempat membesar dan dituai. Nak kena belajar lagi pasal penjagaan (pembajaan, penyakit). Pokok buah memang beza sikit banding herba daun... mudah ancaman serangga dan haiwan lain kalau tak silap Akak. Ginilah keluar putik bunga tapi tak survive. Sedihhhh Nanti boleh rujuk video nilah kalau nak cuba tanam semula limau kasturi ni. Satu lagi, daripada Dr Abas Mazni, pakar agroteknologi, kalau nak tanam limau, pilih limau yang elok dan cantik, ambil biji dan semai. Baru pokok yang tumbuh pun akan berkualiti lebih baik. Yang berkulat-kulat kat kulit luar tu, tak elok. Elak ambil biji limau yang kulitnya tak cantik. Excited betul masa tengok bunga terung ni muncul....

Khasiat Daun Kari untuk Yang Ada Masalah Diabetes, Pencernaan dan Uban, Bagus untuk Wanita Hamil Juga

Korang panggil daun ni apa? Daun kari ke daun karapole? Akak membesar dengan karapole tapi sejak dok area Selatan ni jadilah daun kari. Hehe Karapole tu sebutan orang Utara. Daun yang kita selaluuuu sangat jumpa. Dan bau dia sangatlaaaaaah sedap! Rupa-rupanya selain sebagai penambah aroma dalam kari, daun kari juga sangat banyak khasiat yang mungkin sebahagian kita tak perasan. Jadi yang menanam pokok kari tu, untung sangat tau. Ni kenangan zaman dulu kala. Nak masak kari, ayam goreng berempah, Akak petik je dalam pasu sendiri kat Kebun Koridor. Sekarang pun pokoknya ada lagi, masih tumbuh berdiri cuma banyak penyakit dan kurang zat sebab lama terabai. Daun-daun bertompok-tompok, warna keperangan entah penyakit apa. Akak kurang motivasi nak berkebun lepas episod kucing melepaskan tinja dalam pasu... tapi tengok dia ni masih hidup, mungkin Akak akan jaga dia balik. Ni gambar masa membesar sihat. Daun pun tak berhenti keluar. Wangi jeee ===================================================...