Skip to main content

Posts

Khasiat Daun Kari untuk Yang Ada Masalah Diabetes, Pencernaan dan Uban, Bagus untuk Wanita Hamil Juga

Korang panggil daun ni apa? Daun kari ke daun karapole? Akak membesar dengan karapole tapi sejak dok area Selatan ni jadilah daun kari. Hehe Karapole tu sebutan orang Utara. Daun yang kita selaluuuu sangat jumpa. Dan bau dia sangatlaaaaaah sedap! Rupa-rupanya selain sebagai penambah aroma dalam kari, daun kari juga sangat banyak khasiat yang mungkin sebahagian kita tak perasan. Jadi yang menanam pokok kari tu, untung sangat tau. Ni kenangan zaman dulu kala. Nak masak kari, ayam goreng berempah, Akak petik je dalam pasu sendiri kat Kebun Koridor. Sekarang pun pokoknya ada lagi, masih tumbuh berdiri cuma banyak penyakit dan kurang zat sebab lama terabai. Daun-daun bertompok-tompok, warna keperangan entah penyakit apa. Akak kurang motivasi nak berkebun lepas episod kucing melepaskan tinja dalam pasu... tapi tengok dia ni masih hidup, mungkin Akak akan jaga dia balik. Ni gambar masa membesar sihat. Daun pun tak berhenti keluar. Wangi jeee ===================================================...

Projek Sains Tahun 6, Pengawetan Makanan (Mengawet Cili dan Ikan)

Throwback projek Abang Besar masa Tahun 6 dulu - tajuk Pengawetan Makanan.  Cikgu Sainsnya minta awetkan cili dan ikan, jadi kami sama-sama pegi shopping cili dan ikan gelama. Kaedah pengawetan pertama: Pengeringan Akak letak je atas tray macam ni untuk dikeringkan. Kena jemur tengah panas, tapi masa ni musim hujan dan banyak mendung. Kalau ada matahari terik tu, baru bawak keluar jemur bagi cepat kering. Kaedah ni dah tentulah nak hasilkan cili kering. Kaedah pengawetan kedua: Penjerukan Hiris cili, masukkan dalam bekas yang boleh ditutup. Tambah cuka, gula dan garam, pastikan cili terendam. Hasilnya cili jeruk. Sedap makan kuetiau goreng hehe Cuka 1 cawan kot (anggaran) Garam 1 sudu  Gula 2 sudu Cili (kalau hijau lagi sedap) 2-3 batang Kaedah pengawetan ketiga: Pembekuan Isikan cili dalam plastik. Simpan dalam peti sejuk beku.  Bagus juga kaedah ni. Cili tahan lebih lama, cuma kalau nak guna, untuk hiris-hiris dia mudah hancur melainkan dihiris masa beku. Kalau dah defr...

Secret Recipe Tetap Pilihan Menu Western Sedap, Berbaloi dan Halal

Tak sangka bertahan selama berbelas tahun menu Secret Recipe yang satu ni. Menu lain pun ada juga yang SR kekalkan tapi yang paling nostalgic, banyak kenangan dan unik di SR, antaranya ini -- Pan-grilled Fish with Lobster Sauce. Akak biasa order ni sejak zaman bujang lagi, time gaji sesekali pegi makan ngan kawan-kawan. Memang sejak dulu Akak suka sebab lobster sauce tu sedappppp! Sekarang boleh add on sauce... kotlah tak cukup kan. Memang ya pun sebenarnya, kalau add on ni lagi puas hati makan. Hehe Husband order chicken chop, oklah sodap juge. Aglio olio seafood. Ada mussel, udang, shimeji mushroom, sotong, tomato ceri. Agak pedas, untuk dewasa boleh. Untuk anak-anak yang tak makan pedas, kurang sesuai. Ni pun Akak suka. Tak berminyak sangat dan seafoodnya tak overcooked. Ni anak punya selera. Buttermilk pasta. Tak ingat sama ada salted egg ke tidak. Dengan ayam crispy. Ala menu fusion ni. Not bad juga gravy buttermilk tu. Tapi Akak kurang minat, Akak cepat rasa muak makan benda crea...

Menu Western Style Kampung, Ayam Goreng Crispy Panas-Panas di Pizza Dapur Fatisa, Puchong

Mula dengan gerai di food court, sekarang dah ada kedai sendiri! Bermula dengan jual pizza kemudian dessert, sekarang dah ada banyak menu dah. Pizza Dapur Fatisa ni, Akak dah biasa pegi sejak dia meniaga di Bistari Street lagi. Masa tu anak-anak balik mengaji, selalu jugak singgah sini nak makan pizza.  Pizza dia jenis roti lembut, topping pun sedap. Anak-anak selalu pilih Pizza All Cheese, alhamdulillah puas hati makan, cheesenya banyak. Lepas dah pindah keluar, kedai ni buka kedai di Kg Seri Aman, tak jauh pun dari tapak asal tu. Tapi kat kedai ni, Akak tak pernah singgah, sampailah dia pindah lagi sekali ke kedai yang lebih besar seberang jalan je daripada kedai sebelum tu. Setakat ni dah 2 kali singgah, lepas anak balik sekolah, lunch kat sini. Sekarang dah tambah menu, selain pizza, ada set western dan nasi. Nak kupi-kupi pun boleh. Kalau yang nak lepak-lepak, dessert pun ada. Akak dengan husband yang tekak Melayu ni, order nasi ayam crispy dengan sambal penyet. Sambal dia bol...

Diet Diabetes di Hospital, Boleh Ikut Portion Macam Ni

Kisahnya 3 minggu lepas, abah Akak jatuh terduduk dan patah tulang paha. Kenalah admit wad dan operate masukkan skru. Sebab abah kencing manis, jadi menu yang dapat adalah ikut diet rendah kalori, kurang gula dan rendah kolesterol. Senang kan makanan dipek macam ni. Lebih bersih dan mudah diurus. Nasi beras perang 1 cup Sup ayam Pakchoi tumis air Tempe goreng dengan sayur Buah tembikai susu Complete meal, kan? Patutnya kita pun makan macam tu. Kurang karbo (secukupnya saja), lebih protein dan fiber.  Dibagi juga 1 botol kecik air mineral Spritzer (250 ml), sudu, garpu plastik, tisu. Ni kat Hospital Putrajaya. Makanan dibagi on time, lunch dalam jam 12 lebih dah sampai. Nanti dia datang collect tray je. Kalau makan tak habis, boleh simpan sendiri. Ni pulak ada: Nasi perang 1 cup Ikan dori sweet sour/tomato Lobak putih dan carrot masak bening Tempe goreng dgn sayur Buah epal merah Tapi buah selalunya abah tak makan pun, lagi-lagi kalau epal. Keras, giginya bukan kuat sangat nak mengu...

Almost is No Fun

Lebih 5 bulan dah sejak Abang Besar (AB) mendaftar kat MRSM. Dah lepas dah Exam Semester 1, baru dapat result. Alkisahnya, dia kurang puas hati result ni, yang katanya sipi-sipi je lagi nak layak Anugerah Penghormatan Pengetua (APP).  Almost is no fun . Betui sangat sebab lagi sikit je nak dapat tapi pada dasarnya tak dapat. Huhuuuu Down dah member. Mak yang jauh ni pun mampu nak layan kesedihan dia on the phone jelah. Itupun pinjam phone kawan, charger phone dia hilang. Huhu Begitulah kan. Kita rasa kita dah usaha sehabis usaha dah, tapi kenapa hasil tak menyebelahi kita. Masa tu, datanglah rasa jealous kat kawan-kawan yang nampak tak berusaha sangat pun tapi skor, kawan-kawan yang study biasa biasa je tapi result power - lumrah kita nak rasa down sebab kita dah usaha tapi result tak seperti yang kita dah harapkan. Menjadi pelajar yang average, Akak sebenarnya dah cukup bangga dengan result yang dia dapat tu. Pada Akak, bagus sangat dah memandangkan dia memang bukanlah yang top sc...

Berapa Banyak Protein yang Diperlukan oleh Badan dalam Sehari?

Doktor pernah nasihatkan Akak, masa sarapan, kurangkan karbo, lebihkan protein dan sayur. Kita ni yang dah terbiasa nasi lemaklah, nasi kerabulah, nasi gorenglah -- nak tukar rutin tu terkial-kial juga sebab tak biasa kan. Tapi, untuk kesihatan terpaksalah akur. Nak sihat, makan kena jaga. Lagilah dah kena darah tinggi ni, tak bolehlah nak makan sebarangan ikut suka sangat. Akak search menu-menu sarapan yang high protein dan berapa banyak protein kita perlu sehari sebenarnya, supaya mudah Akak nak plan menu. Terbaca post coach Qurus Rangers, setiap kali makan perlu ambil 20-30 g protein, dalam sehari kita perlu dalam 100 g. Karbo taklah kena tinggal terus, tetap diambik tapi dalam portion yang terkawal untuk bekalan tenaga. Protein yang kena pastikan cukup. Kredit foto: Ziana Che Saad (Cookpad) Daripada post Kevin Zahri pulak, dia kongsikan macamana rupa satu hidangan 20 g protein tu, maksudnya sekali makan berapa banyak. Ni ha panduannya. Protein yang agak mudah (lagi-lagi...