Skip to main content

Posts

Pia, Drama Ramadan Meruntun Jiwa

Kau anak yatim piatu. Hidup berdua dengan adik yang OKU. Kahwin dengan jejaka yang suka kau dari kecil. Mula-mula janji nak jaga adik sama-sama, rupanya slow slow suami dok atur adik duduk di rumah jagaan. Kau nak pilih suami atau adik? Aduhai. Akak mulanya malas nak layan drama ni. Alah mesti kisah biasalah, orang OKU dipinggirkan ke entahnya kan. Tapiiiii.... Drama PIA ni tersangkut pulak tengok. Setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3. Kalau diikutkan mungkin macam jalan cerita yang biasa kita tengok. Anak yatim piatu, mak bapak sedara jaga selepas mak ayah meninggal. Sepupu tak suka. Ada pulak adik yang kurang sihat mental, kerap sawan. Kakaklah yang menjaga dari kecil sampai besar. Kakaklah segala-galanya. Sampailah si kakak bertemu jodoh. Jodohnya pun bukan orang lain, kawan diorang sejak kecil juga, yang sedia maklum keadaan adiknya. Yang boleh terima seadanya mereka berdua yang dah tak ada siapa-siapa. Kahwinlah mereka tapi tanpa restu ke...

Tanah Aina Cafè Shah Alam

Dua hari sebelum puasa, kami berpeluang sarapan di Tanah Aina Cafe, Shah Alam. Saja ambil angin cuba tempat baharu. Tak pernah sampai ke sini. Lokasinya hampir dengan Stesen KTM Batu Tiga Shah Alam, tepi Lebuh Raya Persekutuan. Masa kami sampai tu, belum ada pun orang, nasi lemak pun belum siap masak lagi! Punya awal kan. Mungkin kami ni pelanggan pertama kot. Stafnya masih mengemas dan sapu di koridor. Order ala carte tengok menu. Kami order roti canai, burger daging, chicken chop, western breakfast, mi kari, Turkish coffee dan green tea. Menariknya bersama air tu dibagi sekali sekeping biskut. Biskut coklat kacang gajus sedap gila! Sampai hasben beli setin biskut tu, mujur ada jual.  Pandaikan promosi gitu. Biskut tu namanya Afgan cookies ye, in case teringin nak rasa. Makanan semua memang sedap.  Environment pun selesa dan cantik. Harga standard macam hotel sikitlah. Portion pun besar. Tapi dari segi rasa memang sedap dan puas makan. ...

Follow-up dengan Dr Khoo Phaik Choo di SJMC

Hari ni, berpagian keluar sebab ada follow up dengan dokter di SJMC, rentetan kes anak kena rotavirus infection tu. Mula-mula pi ke kaunter refund dulu untuk ambik balik deposit. Around 9.30 am, naik ke level 6, untuk register dan ambik giliran. Kaunter start buka jam 9.00 am. Cer teka kami dapat no berapa? 14! Tu dia orang no 1 agaknya pukul berapa sampai kat kaunter... huhu. Dokter hanya akan masuk klinik jam 11.00 am. Jadi based on no kami, nurse yang incharge tu kata boleh datang balik around 1 pm. Tu diaaaaa.... Mati kutu jugak nak pi mana. Ronda di bawah, lepak di kafe to kill time. Anak-anak lah cepat bosan, jenuh nak control bila depa dah mula jemu nak duduk setempat. Naik semula ke level 6, ramai jugak yang menunggu. Kami sampai around 12 something, baru org ke-6. Bertabahlah. Betullah baca review orang yang nak jumpa Dr Khoo ni kena datang awal dan kalau lambat memang kena tunggu agak lama. Macam kat KK jugak dah ni. Jumpa dokter sekejap saja...

Pengalaman Masuk Wad di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) Part 2

Bersambung kisah berkampung di SJMC. Ok, anak akak kemudian disahkan kena jangkitan rotavirus selepas dibuat ujian ke atas sampel najis. Macamana diorang ambik sampel? Haa pampers anak kena simpan jangan ditongsampahkan dulu. Kalau anak berak, nanti nurse akan kikis sikit najis tu dengan menggunakan spatula kecik yang bersambung dengan penutup botol sampel. Sikit saja diperlukan. Dan ujian untuk sahkan rotavirus tu pun biasanya dalam 2-3 jam dah selesai. Ujian ni dibuat sebab nak confirm sama ada anak cirit-birit biasa atau tak. Bila confirm rotavirus, kena berjaga-jaga lebih sikit sebab mudah berjangkit. Macamana boleh berjangkit? Kalau kongsi toilet dan cuci tak bersih, kuman tu boleh kena orang lain melalui situ. Tangan pun kena cuci selalu. Cuci dengan air sabun atau paling kurang dengan hand sanitiser. Setiap kali keluar bilik air, balik super market. Sebelum dan selepas makan pun kena cuci betul-betul celah jari semua. Ok berbalik kepada kehidupan di wad, alhamdulillah okey....

Pengalaman Masuk Wad di Subang Jaya Medical Centre (SJMC) Part 1

Rentetan kisah anak-anak akak cirit-birit dan muntah sampai letih lesu, akhirnya akak dan hasben decide untuk refer hospital. Kesian, makan minum semua tak jalan. Muntah lagi dan lagi. Tenaga pun dah tak ada. Dokter klinik pun dah bagi surat refer hospital in case anak dok muntah, cirit non stop. Kena ingat ya, anak kecik yang muntah, cirit-birit ni mudah dehydrate. Dehydrate ni kurang air dalam badan. Bila dehydrate teruk, boleh affect otak kalau tak salah akak. Sebab tu kena cepat bawak ke hospital untuk rawatan. Kami ke Columbia Asia Bandar Puteri Puchong tapi wadnya dah penuh. Terus call ejen insurans, dia cuba tanya SJMC kalau ada wad kosong. Alhamdulillah masih ada katil untuk 2 ketul kesayangan akak ni. Ya 2 adik beradik ni berjemaah muntah cirit semua. Uwaaaa! SJMC yang akak selalu nampak dari tepi highway je. Sekali masuk dalam tu dia cantik betul. Macam hotel pun ada. Orang sakit pun jadi cepat sihat gitu. Bahagian kecemasan dan wad terletak di 2 bangunan berbeza yang d...

Tak Pernah Selesai

Urusan rumah memang sejenis yang takkan selesai dan kena ulang hari-hari. Tadi dah set dah nak tidur sebelum pukul 10, nak bangun awal nak buat kerja translation dan mengedit e-book. Anak bertiga pun dah lena semuanya. Terasa aman dan tenang kejap. Jenguk ke dapur. Singki penuh. Aduhai. Sakit pulak mata. Nak dibasuh esok karang ambik banyak masa. Basuh la kejap pinggan mangkuk yang penuh dalam singki tu. Selesai basuh, tengok atas meja ada lebihan lauk. Banyak lagi bihun goreng ni. Ada baki lagi nasi lemak, sambal, ikan bilis, ikan kering. Baik simpan elok-elok dalam peti ais esok boleh panaskan. Sambung basuh pinggan lagi. Tup tup 10.30 malam dah ha. Selesai Isyak, menulis ni pulak, tetiba. Haha Nak katanya, niat di hati kalau mengantuk tu nak tidoq sedia dah tapi mengenangkan dapur yang tak berkemas ni akan menyusahkan urusan pagi esok. Mana nak Subuhnya, prepare breakfast, dok kena kejut anak yang takdenye sekali panggil terus bangun tu. Awal pagi memang mak-mak sebok. Mak...

Kenapa Lidah Rasa Gatal, Kurang Peka Rasa?

Seminggu dua ni, masak pun entahlah rasa apa, makan pun telan ajelah dek kurangnya kepekaan rasa kat lidah ni. Lidah ni rasa macam licin, hujung lidah rasa gatal, tekak pun sama rasa kering dan gatal. Yang akak rasa, pedas, masam. Manis masin tak berapa. Maka hari ni akak google la sikit. Banyak result yang keluar semua web Indonesia. Waduh waduh. Katanya mungkin sebab alahan terhadap makanan atau habuk. Tak puas hati, google 'itchy tongue' pulak. Baca di Health Line, lebih kurang sama jugalah tapi lebih konfiden nak percaya gitu. Haha Terjadinya lidah gatal-gatal, kurang sensasi rasa ni kemungkinan besar sebab alahan/alergi terhadap sesuatu makanan. Buah ke, sayur ke. Seafood ke. Habuk debu pun boleh jadi. Kalau kes yang teruk alahan ni boleh sesak nafas dan kematian. Phew. Kena top up vitamin C intake, dan kena makan sayur yang dimasak sempurna, buah pun kena basuh bersih. Iyalah tu lama dah akak tak ambik tablet vitamin C, buah pun sat makan sat tak makan ikut ...