Skip to main content

Posts

Nota Syukur 3: Econsave

Kenapa akak bersyukur dengan Econsave? Sumber: seriouseats.com Haa. Syukur sebab rumah dengan Econsave ni dekatnya lahai. Masa kat rumah lama dulu pun dekat juga. Jadinya kami ni memang berjodoh kuat la ngan supermarket ni. Haha Bertambah syukur sebab ES sini lagi besor. Lagi banyak barang. Lagi syiok. Segala mak nenek ada. Cili giling yang kitorang biasa guna pun ada kat sini. Hehe. Ke cili giling pulak pergi dia. Bukan apa, hasben akak memang payah nak berkenan ngan cili giling segera ni. Tapi dek suka makan sambal dan bini dia sokmo tak sempat nak buat cili mesin sendiri, terpaksalah beralah dengan cili giling siap. Ni cili giling mai Terengganu. So far hok ni lah paling sedap akak pernah guna. Tapi tak banyak tempat ada. Tak kisah la. Janji ada kat ES. Kikiki Tak mengapalah takde Giant ke Tesco ke. Apa lagi Aeon. Akak dah merasa dah dok kat bandor yang serba serbi ada. Kali ni biaq kita dok tempat yang bertenang sikit. Manfaatkan apa yang ada. Itu pun dah cukup dah. Al...

Nota Syukur 2: Edible Plants

Akak ni, ada juga cita-cita nak berkebun bandar. At least nak jugalah tanam pokok herba. Yang kita selalu dok guna kan. Ni takde lah nak guna sehelai dua daun kunyit, seketul dua halia -- semua nak kena beli segenggam kat kedai. Pernah nak buat tahun lepas. Tapi terkandas di tengah jalan. Bila akak dok mabuk pregnant anak no 3, akak tak lalu langsung nak siram atau nak boh baja bagai. Mati kekeringan daun limau dan daun kari akak. Huhu. Ni, Allah bagi peluang lagi. Pindah ke rumah yang ada tanah dan siap pokok lagi. Tinggal nak dijaga saja. Pokok pandan Pokok pegaga Rezeki. Syukur. Mintak-mintak Allah bagi kerajinan juga, nak jaga dan bela pokok-pokok yang sedia ada ni. Syok nya ada edible garden! Niat di hati nan suci, nak tanam halia, tomato dan daun kunyit. Kita tengoklah macamana dia punya pergi nanti.

Nota Syukur 1: Pindah

Alhamdulillah, akhirnya selesai urusan pindah rumah. Dah hampir seminggu dok rumah baru dan masih dalam fasa beradaptasi. Sumber: Rentlingo Setakat ni, ok lah nampaknya. Keja mengemas la yang tak pasti bila nak sudah. Pindah tidaklah jauh mana, masih di negeri yang sama cuma berbeza daerah. Kali ni tak pening sangat cari rumah sebab ikut hasben. Akak folo je mana dia nak duduk, yang penting dia selesa untuk ulang alik keja. Akak dok rumah mana pun, kerja akak still sama. Jual buku online. Menulis. Memana pun boleh janji ada line internet (kalau line laju tu bonus la). Anak-anak nampaknya ok juga. Masih dalam fasa adaptasi. Cuma seronok la depa bila ada ruang boleh nak berlari-larian. Akak pulak, seronok tengok ada pokok pandan, pokok nyok, serai, daun kari, mengkudu, pegaga tepi rumah ni. Hasben akak pun suka bila rumah ada tanah untuk berkebun bandar. Harapnya lama sikit dapat stay sini. Penat ooo pindah randah. Huhu.

Lawa Macam Nora

Teks: Zaila Hafni Uii lepas dok viral pasal #krimkilo hari tu,  akak pun tumpang sama la search hashtag tu nak tengok apa keberhasilan dia. Peh. Berlambak weh! Takut pun ada. Gila senang nak jadi 'founder' produk. Pek krim-krim tu masuk bekas, tampal stiker, juai le. Yang akak baru tau, lipstick matte tu pun bulih jadi oi. Yang jual bekas pun kemain lawa ha. Bekas yang nak krim tu la. Bukan seller nye haha.  Aduhai. Memang la orang mudah tertipah eh tertipu. Sepanjang hidop akak ni, tak pernah try lagi skincare or kosmetik yang hmm beli secara online gini. Tak berani. Tak yakin pun ya. Dan akak bukan la orang yang nak sangat sangat muka ploles, putih gebu tanpa mengira produk yang diguna. Tak banyak sikit memang la mau jugak muka lawa (yolah sapa yang nak muka huduh) tapi akak lebih percaya kepada konsep biar lambat asal selamat dan guna produk yang diyakini sajo. Contohnya produk yang dibeli di drugstore. Ni barang nak tepek kat muka oi. Elok muka cantik bersih be...

Terrible Two is Coming

Teks: Zaila Hafni Bujang nombor dua ni, sungguh-sungguh menguji dan mencabar kesabaran dan keimanan akak sebagai seorang mak yang cool dan tenang selama ni. Hari-hari ada saja benda yang dia explore yang membuatkan jantung akak nak gugur terhempas ke lantai dan mengundang suara halilintar dari mulut. Sumber: Kidspot Huhu kesian beliau. Sejak akhir-akhir ni, emosi akak sukar dikawal sikit. Dia dalam fasa Terrible Two gitu kaedahnya. Perangai budak yang umur 2 tahun ke atas, memang normalnya begitu. Dia punya exploration, tantrum -- hang memang kena sabaq banyakkkkkk sangat. Sumber: Google Bila dia mood ok, memang comel sangatlah. Mai mood nak tido, nak nenen, mengamok dengan abang dia - Allahurobbi. Jerit sampai terasa gegendang telinga bergetar tertampar berpuluh kali ganda. Dia punya clingy, hang nak berjalan pun payah dek dipeluk kaki kuat-kuat. Marah sangat, dia pi switch off standing fan (dia tau orang sangat annoyed sebab panas), dia cucuk-cucu...

Bahaya Jadi Bookseller

Imej: Bookstr "Buku baru ke ni?" pak encik tanya sambil tangan memangku buku Tarbiyatul Aulad Jilid 1. "Hehe. A ah." jawab akak terkulat-kulat. Masa tu tengah menyusu anak. Demi mengurangkan rasa bersalah akak, akak sambung lagi "Beli sebab buku ni cepat benor habih stoknya. Masa saya beli ni, tinggal 4 bijik je lagi" Pak encik selak-selak buku lepas tu letak. Tak lama lepas tu, pak encik masuk bilik. Tengok ada buku kuning hat bestseller tu -- How To Talk So Kids Will Listen & Listen So Kids Will Talk (aduh mengah betui nak sebut tajuk buku ni!), pak encik mengutarakan satu soalan lagi, "Aiiii, beli jugak ni?" "Ngeeeeee. Laku sangat la, cepat habis. Masa ada stok hari tu, beli la sebijik. Ni tengah reprint kali ketiga dah ni" "Hmmm" Alhamdulillah sebulan dua ni akak ada elaun lebih sikit, akak beli buku pakai duit sendiri je. Kalau tak kena kecek funding kat pak encik dan buku yang nak dibeli tu me...

Celcom Juga Lah!

Teks: Zaila Hafni Imej: Amanz Tahun lepas, akak tukar line telco dari Celcom ke Tune Talk. Tapi rupanya jodoh dengan TT tak panjang, awal tahun ni akak tukar ke Celcom semula sebab akak tak mampu nak top up bebanyak masa guna TT. Udah le akak bisnis online. Nak guna banyak data. Masa guna TT, terasa laju benor data habis. Udah le mahai. Habih komisen bisnis akak buat top up aje. Hasben masih tetap setia dengan Celcom dari dulu. Beliau la yang dok meracun akak dengan pelan-pelan data Celcom yang ohsem tu. Berbulu je akak tengok beliau melayari internet tanpa gusar. Nak tengok video, browse kat Google tak payah fikir data laju mengalir macam air sungai lepas hujan. Kalau akak, nak view video kat Pesbuk pun tak berani. Habih laaa data akak. Maka azam tahun ni pegi tukar line telco. Pergi hari Sabtu, kat Celcom branch di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Ramai gak orang tapi kaunter pun banyak buka walaupun hujung minggu. Best gila. Efisien efisien. Memula masuk, ada sorang brader sam...