Skip to main content

Posts

My Story Cafe Kota Kemuning Shah Alam

Dah lama teringin nak singgah cafe ni. Selalu lalu aje, tak tersinggah. Semalam ada rezeki singgah makan, mujur buka lagi. Kitorang sampai dalam pukul 9.15 malam gitu, takut gak tutup pukul 10 ke, kot makanan dah habis. Tapi tengok kat pintu masuknye tulis OPEN, dan kat dalam kafe pun tengok meriah je dengan customer, so kitorang masuk ajelah. Bila tanya kat kaunter, katanya tutup pukul 11 malam. Sesampai depan pintu masuk, disapa oleh agaknya tuan kedai, jemput kitorang masuk. Oh, kafe ni tokey dia melayu. Milik bumiputera 100%. Kitorang masuk dan duduk. Anak dah nampak ada sudut mainan, terus terpa ke sana je lah. Dengan ada budak-budak lain lagi kat situ, seronok dia main. Cara nak place order kat sini, lepas kita duduk, waiter akan datang bagi menu. Then kita pilih la nak menu apa. Lepas tu pegi kat kaunter, order dan terus bayar. Ala senang cerita macam kita makan kat restoran fast food. Dah bayar, balik ke meja dan tunggu order sampai. Menu yang kitorang order: - Mexicana F...

Hargai Mak Selagi Ada

Memang tajuk clichè, tapi itulah hakikatnya yang kadang-kadang anak terlepas pandang. Mak ni, makin berumur makin sensitif. Makin tersentuh jiwa, makin cepat terasa. Benda kecik pada anak, tapi besar pada mak. Bila dah masuk umur-umur emas ni, mak selalunya nak anak ambik berat je. Duit tu, pandai-pandailah hulur sendiri. Mak memang payah nak mintak walaupun dia perlu. Atau dia jadi tawar hati nak minta walau seringgit dua setelah lalui pengalaman pahit mintak duit kat anak tapi dapat jawapan yang kecewa. Mak ni, kalau tak bercakap, dia rasa sesak dada, pendam. Kalau bercakap, serba salah pulak. Banyak dilema jadi mak ni kan, dek nak jaga hati anak-anak. Tapi... adakah anak-anak jaga hati mak? Saya juga mak. Bezanya anak-anak saya kecik lagi. Masih clingy dengan saya, perlukan saya sepanjang masa. Mak-mak ni kalau rasa anak tak perlukan dia, memang sedih ya amat. Atau hanya cari mak masa nak mintak tolong je - boleh mengundang rasa kecik hati... Hati mak yang menginjak umur tua n...

Program CSV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang

Pagi ni, bangun awal masing-masing sebab nak ikut husband punya program company, CSV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Program macam CSR jugaklah, khidmat masyarakat. Husband excited nak bawak anak-anak sebab ada special appearance oleh Ultraman. Anak yang sulung tu memang peminat tegar, tu yang dia sendiri pun sanggup bangun awal nak ikut. Saya pun taklah tahu menahu sangat pasal program ni, saya pun join husband je. Tapi setakat pengetahuan saya, program ni kiranya inisiatif pihak swasta untuk bantu agensi kerajaan dalam kes ni, bantu hospital kerajaan. Diorang pilih wad kanak-kanak. Biasa lah kan, budak-budak sakit, kalau dapat happykan diorang pun dah cukup best. Yang saya perhatikan dan berdasarkan apa yang diborak dengan husband, pihak company bantu hospital dengan deco bilik permainan dan beri sumbangan permainan/buku kepada wad kanak-kanak tu. Selain tu, ada jugak sumbangan barangan (sponsorship). Dan kedatangan Ultraman tu sebagai menceriakan kanak-kanak. Itu...

Review Makan: Arang Ikan Bakar

Tengah hari tadi, langsung ke Arang Ikan Bakar, kedai makan yang diusahakan oleh kawan kitorang (kawan akak dan suami) setelah sekian lama nak pegi tapi tak pegi-pegi. Sebelum ni ada plan dengan best friend nak pegi tapi ada saja hal yang menghalang dan tertangguh-tangguh tu yang tak sampai-sampai. Tadi dengan spontannya kona pi guna Waze je. Alahai Waze pun nak kata beng*** masa mula tu ingat dah salah tempat dah. Rupanya betul. Haha kedainya ke belakang sikit, tak nampak dari jalan besar. Masa kitorang sampai, tak ramai sangat orang lagi, jadi senang nak parking dan nak makan pun senang dan selesa. Cari meja yang dekat dengan kipas, nasib baik tak terbang tudung. Hahahaha. Lokasi kedai berhampiran Seksyen 7. Dekat dengan area Pharmaniaga dan Tamco. Kalau yang familiar dengan area ni, haa kedai ni dekat dengan bengkel-bengkel kereta yang ada lori-lori kecik jual cendol dan laksa petang-petang tu. Haa area kedai yang bertentangan tu lah. Deret belakang. Kedai lot tepi. Refer alamat ...

Ujian Kecil Hikmah Besar

Malam semalam, tetiba datang sakit perut ya Allah punyalah memulas, bergelora rasa dalam perut. Hanya mampu baring dan menyusu anak je. Hal dapur hasben yang uruskan. Tak mampu sungguh dah semalam. Maka, terfikirlah apa sebab musababnya. Makan terung ke? Semalam masak terung cili. Makan pedas kot? Ke sebab makan kedondong? 7 biji sekali jalan cicah dengan garam. Ke pindang yang terlebih masam tu? Atau ikan yang tak fresh? Makan lewat kot sebenarnya... masuk angin, tu yang hangin satu badan. Saya selalunya sebelum maghrib dah makan malam. Sebab anak-anak pun memang makan time tu. Semalam ada orang datang rumah, saya dok sibuk masak saya terlupa nak makan. Tapi masa tu saya tak rasa lapar sangat pun. Bila tetamu dah balik, tak lama hasben pun balik. Bawak balik sate pulak tu. Lepas saya solat maghrib, terus capai sate. Kemain sedap lagi kaut kuah kacang. Makan makan makan lepas tu terduduk. Mengah dah masa tu. Sejam lebih lepas tu yang rasa perut tak sedap tu. Agaknya baru sedar peru...

Dilema Anak Dijaga Pengasuh

Pagi ini, semasa di klinik, sempat sembang-sembang dengan nurse sambil check up. Haa jangan kata nurse tak buat kerja pula dok sembang-sembang dengan patient ek. Tu sambil-sambil check tau. Mula-mula tu kecut perut juga nak cakap-cakap, nurse muka kedut je. Stres kot ye. Tapi lepas dia yang start cerita kita layankan sajalah. Ceritanya start bila saya mention saya suri rumah. Dia kata adik dia pun sama, resign sebab anaknya tak mahu langsung minum susu di rumah pengasuh sampai susut badan. Baru seminggu tu. Maka resign la adiknya daripada pekerjaan di bank M. Sayang jugak kan tapi tu lah pengorbanan sorang mak. Nurse tu pulak, suami dia ada juga suruh resign tapi dia keberatan. Dia suka kerja, ada duit sendiri. Faham, saya kata. Saya pun dulunya macam tu juga. Dia ada juga share kebimbangan bila bagi anak yang baru beberapa bulan ke pengasuh. Dia kata dia hanya hantar ke pengasuh bila anak dah 2 tahun. Sebelum tu mintak tolong maknya jagakan. Alhamdulillah ada mak boleh tengokkan cu...

The Lost World of Mimaland

Malam tadi, tak semena-mena dok search pasal Mimaland. Ternampak ada orang share kat FB, dah lama nak search pasal kisah Mimaland kena tutup tapi sampai ke sudah tak search pun hinggalah malam ni. Mula baca blog-blog orang. Banyak entry blog sekitar tahun 2012-2013. Kebanyakan blog ayat sama je pasal sejarah Mimaland tu, copy from somewhere rasanya. Then jumpa jugak blog yang ada orang cerita pengalaman sendiri, pegi ke taman tema terbesar di Asia tu yang kini dah terbiar. Yang banyak semua pakat cerita hantu dengan seram belaka. Maklum la tempat tinggalan, dah jadi hutan, dan pernah dikisahkan ada berlaku beberapa insiden kematian jugak kat situ. Lepas tu, macam tak puas hati baca kat blog, search kat FB. Nak-nak pulak memang ada fanpage MIMALAND (boleh search kat Fb), banyak la info boleh dapat. Kat page tu banyak share gambar-gambar pengunjung yang penah datang dulu. Dari gambar-gambar tu dapatlah kita bayangkan cemana keadaan Mimaland masa tu. Yang paling glamer, replika haiwan ...