29.8.18

Singa Lapar



Anak-anak dah tido semuanya. Baru terasa tenang, aman, nyaman, damai malam ini. Dingin pulak tu, tengah hujan. Alhamdulillah.

Tadinya, dengan hiruk pikuk depa berlari sana sini. Kejap kejap nak makan. Kejap kejap kejar kejar. 

Mainan bersepah-sepah. Baju tersusun tinggi yang akak lipat nak masukkan ke rak baju, roboh. Ambik plastik tepi pintu depa koyak-koyakkan dan tinggal.

Kejap kejap nak minum air. Nak susu. Berebut botol air. Abang ketuk kepala adik, adik balas. Adik cucuk mata abang, abang nangis.

Akak suapkan makan, diluek-luek. Nak makan sendiri. Buka peti ais, sebiji sebiji anggur diambik lepas tu bergolek atas lantai. Nampak cheese, nak cheese pulak.

Akak memang dah serabut gila. Lepas susun semua baju, akak tutup lampu, terus baring atas katil. Depa diam kejap abahnya bagi tengok telepon.

Tak lama dengaq dah sora meraung-raung nak tepon. Tu tandanya abah dah ambik balik dan off henpon la tu. 

Akak bangun dan angkat depa masuk bilik. 10 minit diam terus. Dah memang mengantok tapi dilawan. Ehhhh!

Minggu ni banyak juga akak menyinga. Tahap singa lapar gitu. Maroh aje kejenya. 

Geram wei. Penat kot kemaih mainan berulang kali. Kotak besar penuh mainan tu dah 2 hari berturut dituang semua isinya. Disuruh simpan boleh cakap tak nak.

Geram jugak. Sehari entah berapa kali sapu sisa makanan sepah merata ceruk. Suruh duduk makan dendiam kat dapo, masing masing buat dek. Haihhhh

Geram lagi satu. Tak boleh langsung on tv sebab anak sorang tu takut kalau iklan Awang Khenit keluar. Jadi semua orang takleh tengok tv. Tutup tutup. Bawak lari remote. Ehhhh hang ni anak oiiii

Akak rasa macam nak berendam dalam bath tub isi ayaq ais ja tadi untuk memadam api kegeraman dan kemarahan. Syaitonnn betui mengapi-api akak supaya maroh maroh maroh!

Itulah. Kurang istighfar jugak gamaknya ni. Hormon tak stabil lak tu.

Harapnya esok akak dah kembali normal lah.


Dah kenapa pisang plak ni?

Lapoooo. Haha





28.8.18

Mamee Monster Biskidz Sedap




Anak akak terpengaruh dengan iklan Ejen Ali yang sedap mengunyah Mamee Monster Biskidz.

Hari tu cari di 99 Speedmart tak ada. Mujur jumpa di Tesco. Terubat kecewa dia. Laju masing-masing makan. Zup zap habis 8 mini packs.

Biskut ni memang sedap pun. Nipis dan rangup. Kena handle with care sikitlah sebab senang hancur.

Yang anak makan ni perisa susu. Ada juga perisa coklat.

Cubalah. Mak budak pun suka ni. Ngeeee.


20.7.18

Susu yang Rasa 'Lembu' Sangat

Semalam akak saja nak try breakfast cornflakes dengan susu, dah lama tak makan. Bubuhlah sesenduk cornflakes ke dalam mangkuk, lalu tuang susu segar dalam 3/4 cawan gitu.

Sudukan ke mulut. Adalah dalam dua suap, lepas tu dok terfikir-fikir nak habiskan ke tidak.

Apsal susu ni rasa pelik. Rasa terlalu 'lembu'. Haa gitu.

Sumber: ohbulan


Senang citer macam susu lembu fresh baru perah gitu lah. Huish kembang tekak akak tak boleh nak telan. Berlalu sahajalah semangkuk cornflakes tu. Anak bujang pun takleh telan, tak sedap katanya. Anak bujang nombor 2, boleh minum tapi tak habis, dia pun rasa pelik.

Akak bagitau kat hasben, pelik rasa susu ni. Dia kata, okey je.

Okey je? Huhhhhh dia boleh telan la tu. Dan dia pun kata memang ginilah rasa susu fresh ni.

Aaaaaa fine. Nampaknya susu tu biaq hasben akak je lah habiskan. We ols tak sanggup wei.

Jadi semalam agak tunggang langgang breakfast akak, dan tahu tak effect dia memang sepanjang hari. Well, without power breakfast, kucar kacir hidupmu. Akan rasa kejap-kejap lapar, asyik nak makan mengunyah dan habih timing lari.

Beza sangat dengan hari akak ambik breakfast yang (sedikit) berkualiti, tenaga pun tak sama level. Semalam buleh mengantuk yakmat pepagi tu lantas lepas Subuh, reyup terus dengan anak-anak. Adudududu

Entah semalam apsal tenaga habih masuk ke longkang. Aerobik pun cuti semalam. Tapi petang tu, ikut hasben pi kedai buku dan-dan cerah bercahaya hidup akak setelah berjaya beli novel Pulang dan majalah Nona kaver anak-anak Anwar Ibrahim. Keh!

Jadi, pastikan u ols ambik power breakfast supaya kelangsungan hari yang lebih cemerlang. Ewah.


16.7.18

Power Breakfast

Pagi ni, akak korek balik buku panduan pemakanan diabetes akak yang dapat masa mengandung dulu. Bukan apa akak nak revise balik cara dan portion makan yang betul, bukan sekadar suku suku separuh je. 

Dalam pamflet panduan tu, agak lengkap dan mudah faham untuk akak ikut. Ada keterangan sukatan yang betul dan saiz hidangan yang sesuai untuk orang diabetes tapi yang takde diabetes pun boleh je ikut.

Akak tak kata akak ada diabetes tapi risau tu ada juga sebab chances nak dapat memang agak tinggi since masa mengandung tiga orang ni, memang akak ada GDM (gestational diabetes mellitus). Dok rasa letih lesu sangat ni risau jugaklah kot gula darah tinggi ka lagu mana. Berat badan pun naik ni.

Hari tu check BP pun agak tinggi 132/90. Jadi elok sangatlah makan dengan cara yang betul bukan ikut nafsu je. Huhu walaupun susah tapi terpaksalah.

Sarapan tadi, roti bakar dua keping, sikit garlic spread, keju cheddar sekeping, daun salad sehelai, telur hancur dua biji, kacang panggang. Air, teh hijau suam.

Semoga mampu istiqomah lah.

15.7.18

Kurus dan Sihat

Nak turunkan berat badan sikit, masa puasa hari tu nampaknya kurang menjadi. Lagi masa raya memang jangan harap.

Akak dah masuk fasa eh nyampah tengok imej sendiri kat cermin, dek kerana lelemak terbonjol sana sini dan its quite annoying sebab baju dan seluar makin mengecil (eh) dan kena beli yang one size bigger. Aduhhhh

Sebelum ni takde full body mirror, jadi syok sendiri lah dok ingat badan okey padahal...

Sumber: merdeka.com


Maka dengan itu, walaupun klise, nak turunkan berat dan fit, kena lah jaga makan especially with the portion, types of food (less oily, fried foods), and most importantly no late night dinner.

Buat masa ni, masih juga fail but I try every day. Huhu

Exercise pun termasuk eh untuk percepatkan berat turun and to be fit.

So far akak hanya mampu terima aerobik, akak follow Teacherobik. Lain-lain akak rasa boring. Kahkah

I did my aerobics routine every morning, before the three kenits wake up. Dapat at least 30 minutes, peluh-peluh semua keluar, then ahh lega rasa.

Lepas tu nak fokus ke flat belly and toned arms work out.

Let's do this!

27.6.18

Kerepek Pisang Mak Cik Gayah


Kerepek pisang yang dibuat sendiri oleh emak kepada kawan serumah, Kak Midi, memang feveret akak.

Akak tak tahulah memang pisang dia jenis sedap ke, cara goreng dia ke yang membuatkan kerepek tu marvellous ke atau entahlah apa benda yang membuatkan kerepek tu yummylicious sangat sampai akak teringat-ingat.

Yang pasti setelah bertahun-tahun tak dapat rasa kerepek Mak Cik Gayah, tahun ni masa gi hantar kuih raya kat Kak Midi, dapatlah kerepek tu dalam 2 balang.

Yay sangat rasa hehe

Gitulah kan. Walaupun hanya kerepek, tetap mampu menggembirakan akak. Sebalang tu berdesup sekejap je habis punya ralit makan.

Semoga Allah murahkan rezeki Kak Midi dan keluarganya. Semoga akak diberikan rezeki untuk rasa kerepek pisang Mak Cik Gayah lagi.

23.6.18

Menu Wajib Raya


Sejak kahwin ni, biasanya akak memang akan sambut raya pertama kat rumah mak mentua. Iyalah, mak dengan ayah akak dah tak ada, adik beradik pun semua dok area Klang Valley ni aje. Jadi kalau nak balik kampung akak nun, paling awal petang raya pertama.

Tapi lately bila adik akak dah kahwin, kami balik kampung akak kemudian sikit.

Maka, rindu rinduan lah akak pada hidangan raya macam ketupat palas, rendang ayam, serunding, nasi minyak, mi kuah daging yang biasa sedara mara akak jamu di 1, 2, 3 hari raya.

Akak kahwin dengan anak Jawa, jadinya menu raya we ols kalau ke rumah saudara mara adalah pecal dan soto. Tapi hidangan wajib di rumah mentua akak lain sikit.

Tiap-tiap tahun wajib ada: rendang ayam, lemang, nasi himpit, kuah kacang, daging masam manis dan ayam masak merah. Kadang-kadang mak buat kuah lodeh.

Biasanya hidangan dah siap sehari sebelum raya. Kami memang dah siap berbuka dengan menu-menu ni pada hari akhir puasa. Esoknya pagi raya, makan lagi. Dua tiga hari jugaklah menatap menu yang sama sampai akhirnya lepas tu teringin ikan tiga rasa, tomyam atau sambal sardin sebab dah muak dengan ayam daging.

Apa menu wajib u ols pagi raya?

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post