8.2.17

WORQ


Beberapa minggu lepas, akak hadir satu taklimat yang diadakan di WORQ, Glo Damansara.

Redah aje pergi walaupun tak familiar langsung kawasan tu. Bila google, katanya shopping mall. Tak boleh nak hadam macamana taklimat dibuat di mall. Ada unit ofis ke macamana, serius akak tak boleh bayangkan.

Pagi Ahad tu, gerak saja dengan husband dan anak-anak, dengan cuaca pun mendung redup aje. Perjalanan alhamdulillah smooth. Mujurlah Ahad, jadi kawasan tu agak lengang. Kalau hari kerja, sibuk juga tu.

Kami ikutkan saja Waze. Sampailah masuk ke Glo Damansara Shopping Mall tu.

Dah park kereta, keluar. Termangu juga tak tahu mana entrance. Betul ke tidak entah. Seorang manusia pun tak nampak lalu lalang tapi mujur jugak banyak kereta parking, maksudnya adalah orang dalam bangunan ni. Yakinkan diri aje, berkali-kali tengok alamat.

Sampailah kat satu pintu, ada direction untuk ke WORQ tu. Barulah bertambah yakin kami di jalan yang benar, ha gitu.

Follow aje sampai kat satu area tu nampak happening sikit. Sebelum dari tu kagum juga tengok ada kedai dobi kemain lawa tak semacam dobi pun haha. Ada gimnasium, ada tempat simpan barang. Agak eksklusif la tempat ni. Memula tu seram gaklah kan. Betul je tidak, betul ke tidak dok pikir.

Sampailah kat tempat yang dituju, besor besor ada tulis WORQ tu. Dan agaknya sebab muka terpinga-pinga, sorang yang dok jaga kat pintu tu pun tegur,

"Taklimat freelancer?"
"Aah, ye"
"Jalan sini, kak. Bilik taklimat depan tu"
"Ok terima kasih"

Kagum. Memang akak kagum. Cantik gila tempat ni. Very the exclusive pun ya. Syok oi buat kerja kat tempat selesa macam ni.

22.1.17

Rezeki Jenahak

Teks: Zaila Hafni

Pagi Ahad ni, husband ada program memancing. Program ofis dia. Memang tiap-tiap tahun ada dan tiap-tiap kali itu jugalah dapat rezeki ikan besar, segar seekor.

Ni tahun ketiga, tiga kali dapat ikan jenahak. Dapat saja, sebab husband AJK program. Hihi.

Pehhhh sedap tau ikan ni. Ahkak memang suka.

Dok terpikir-pikir dah nak buat masak apa dengan ikan ni.

Kepala ikan sedap ni kalau buat gulai ke sup ke. Adui lama tak makan kepala ikan.

Lain-lain part, rasanya banyak goreng atau masak pedas ke sambal ke. Dah itu je yang orang dalam rumah ni nak makan.

Cik abang sayang tak makan ikan berkuah sangat kecuali asam pedas ikan pari. Ikan-ikan lain tak payah la masuk dalam kuah. Tak dimakannya der.

Jadinya ikan tu kena goreng asing. Kuah buat asing.

Moh ler berjenahak seminggu!

5.1.17

Ipoh Glamour

Teks: Zaila Hafni

Baru semalam saya tahu pasal isu Ipoh tu. Punyalah ketinggalan keretapi, dah hampir seminggu baru tau apa yang berlaku. Haha

Sebenarnya dah nampak berita tu dalam The Sunday Star. Husband dok baca, kita intai-intai je. Niatnya nak baca tapi lupa dah lepas tu. Dek kalut dengan kanak-kanak ribena.

Rupanya ada 1 group ni rajin dok pi panjat signboard Ipoh tu ye. Panjat satu hal, selfie kat atas tu satu hal lagi. Perempuan pakai tudung belaka yang berani-berani tu. Kalah ahkak memang mampu tengok daripada jauh je laaaaa.

Well... signboard tu memang best. Ahkak suka. Tiap kali balik Penang, excited bila lalu situ. Yelah kita ni IC Perak. Dah memamg mak beranakkan ahkak pun kat Ipoh. Tu yang sentimental sikit.

Pasal diorang panjat tu, ahkak agak kurang setuju juga.

Bahaya tu.

Tapi dari segi lain, tahniah la sebab berani.

Apapun, lain kali pikir la dulu keselamatan. Walaupun katanya berpengalaman luas tapi better safe than sorry.

3.1.17

2017 Dah Tiba


Haa dah masuk tahun baru dah, hari ni masing-masing dah kembali bekerja dan anak-anak pun dah balik ke sekolah dah.

Saya, masih diam kat rumah. Maklumlah anak belum pi sekolah lagi. Jadi belum lagi nak kalut macam mak ayah lain on the first day of school. Kekeke.

Tahun ni, alhamdulillah. Sudah bertambah ahli keluarga. Tanggung jawab juga bertambah. Tanggungan pun bertambah jugalah.

Walaupun ada ketika struggle juga nak hidup kat bandar ni tapi kita tetap usahakan mana yang boleh. Kena kerja lebih lah. Selebihnya biar Allah yang uruskan.

Tahun ni, tak set beria-ia pun azam tahun baru. Dan takmau juga awal-awal tahun beria semangat lepas tu down. Saya lebih kepada membuat perkara yang saya suka dan minat dan dapatkan pendapatan daripada itu.

Sedang menuju ke arah itu dan nampaknya alhamdulillah, dapat peluang seperti mana yang diimpikan dan sekarang hanya perlu fokus dan jalan terus.

Tiada resolusi yang mustahil dicapai tahun ini, semuanya yang realistik dan insha Allah sesuai dengan kemampuan.

Dengan tiga anak kecik ni, memang ada kekangan sikit tetapi alah bisa tegal biasa yedok.

Apapun harapannya tahun ni lebih bersinar cemerlang dan lebih berjaya. Insha Allah!

Selamat Tahun Baru 2017.

30.12.16

Habis Pantang


Alhamdulillah, habis pantang sudah. Walaupun rasa macam sebelum 44 hari tu dah tak pantang sangat tapi akhirnya survive jugalah. Hehe.

Misi kali ni nak berpantang dengan sempurna kurang tercapai jugak. Tough jugaklah bila pantang sendiri ni. Dengan anak dah tiga, memang kelam kelibut hang jadinya!

Apapun, alhamdulillah setakat hampir 2 bulan ni baby sihat walafiat. Mudah-mudahan berterusan begitulah.

Menyusu pun ok, siap berebut dengan abang. Abang nangis, dia pun sama nangis. Bila dia nangis pun, abangnya pun sama naik. Memang naik jugaklah stres ummi haaaa.

Lagi 2 hari dah nak 2017.

Moh la kita berazam baru belaka. Kihkihkih

17.12.16

Cerita Pantang Hari ke 38


Aman dan tenangnya rasa bila tiga-tiga askar dah lena.

Sebelum tu kemain nak pecah rumah dah gayanya dengan perangai sorang-sorang. Masing-masing buat perangai bila dah ngantuk.

Yang sulung tadi nangis-nangis dok kira 1 sampai 10 sebab tu syarat abah dia nak bagi tengok video Ultraman. Dia kira tak betul, dia pulak yang marah-marah. Padahal bukan tak reti tapi agaknya dah lama tak monitor, dia lupa. Hakak pun kalut dengan baby tak sempat nak cara ke situ. Dan lama tak pasang video education. Balik-balik Upin Ipin ngan Oddbods je. Huhuhu.

Yang nombor 2, panjat sana sini, rabat katil nak usik adik baby dia tido. Abang dia baring, dia sibuk tarik baju, tarik rambut. Hangin la orang tu dah la mood tak baik sebab gagal kira 1 sampai 10 tadi. Yang ni punya ligat sampai tahap kena wrestling dengan dia ni. Tu lah aktiviti dia sebelum tido. Alih-alih penat, mai cari nenen. Mujur adik baby dah tido. Boleh la dia nenen ngan aman.

Yang nombor 3, biasa pukul 9 lebih dia lelap dah sampaiiiii la few hours pulak baru nangis nak nenen. Jenis tido malam, siang jaga anak dara ni. Alhamdulillah setakat ni ok saja dia, cuma volume ja cepat naik. Hoho kaluit ummi dia.

Abahnya, pun dah terlena kepenatan tadi kerja. Maka jangan diganggu boss tido.

Ummi pun ngantuk tapi belum solat Isyak lagi. Sebelum tido kena lapik perut dulu. Nak bancuh Horlicks dengan makan biskut sikit untuk milk booster malam.

Gitulah berlalunya satu hari pejam celik sat saja. Pantang pun dah masuk hari ke 38. Tinggal 6 hari lagi.

Sikittttt lagi. Hehe.

7.12.16

Mak Borek Anak Rintik


Mulut ni!

Kadang senang sangat keluar perkataan-perkataan marah kat anak-anak. Masa ada anak sorang dulu, masih boleh kawal. Sesungguhnya kawal amarah, kawal emosi. Sebolehnya tak tunjuk semua tu depan anak.

Maklumlah anak kan mesin fotostat, boleh copy semua kata dan perbuatan kita. Sangat berjaga-jaga.

Masuk anak yang kedua, makin menipis dah kesabaran dan kawalan emosi tapi dalam fasa terkawal jugak lagi. Tahan je mulut kalau nak terkeluar apa-apa.

Masuk yang ketiga ni memang hampir tak boleh nak kawal. Dengan 2 orang anak yang membesar ni, macam-macam kerenah, perangai dan amukan, rasa tak boleh nak kawal kesabaran.

Dari mak yang cool jadi mak yang garang. Mak yang senyap kepada yang banyak leter.

Ohai, mak beranak tiga sudah berubah karakter.

Mula-mula tak perasan juga sampailah yang sulung copy ayat kita bila cakap dengan adiknya. Cara dia bercakap pun macam kita (part marah).

Aduhai.

Baru lah nak terkena batang hidung sendiri. Kan anak dah copy.

Betullah, besar sungguh tanggungjawab jadi mak bapak. Kadang tu macam tak sanggup pun ada. Tapi gitulah kan. Allah uji dengan hadirnya anak.

Mudah-mudahan dapat bertabah dan mengawal diri. Lagi-lagi mak dok rumah, segala dia belajar tu dapat daripada mak dia. Alahaiiiiii.

Bye 2025, Hai 2026!

Syukur direzekikan jumpa lagi tahun baharu, Allah bagi peluang untuk jadi lebih baik dan baiki diri. Kredit: FB Introvert Hari pertama tahun...

Popular Post