Drama Korea, Daily Dose of Sunshine ni pada Akak, sangat membantu Akak belajar dan cakna dengan kesihatan mental sendiri dan juga orang di sekeliling. Drama Korea ini berkisar kehidupan jururawat dan doktor di Unit Psikiatri, Hospital Universiti Myungshin. Kisahnya, bagaimana jururawat Unit Psikiatri sendiri tiba-tiba didiagnos kemurungan (depression) dan kena masuk hospital bahagia (hospital mental) akibat terlalu terkesan dengan kes bunuh diri salah seorang pesakitnya. Jururawat tu, namanya Jung Da-eun, luaran nampak normal je. Dan dia memang ceria, layan pesakit semua baik dan lembut. Awal-awal episod, kita pun terbawa-bawa dengan vibe positif dia. Tahan sabar je dengan kerenah pesakit mental yang macam-macam. Sampailah satu ketika, dia tengah release tension karok dengan kawan dia, Song Yu-chan, tiba-tiba dia terlepas mic dan menangis kaw-kaw. Dah lah tengah layan lagu gembira. Terkejut si Yu-chan ni dah kenapa kawannya tetiba jadi lain macam. Yu-chan ni lelaki, kawan baik Da-eun d...
Everything worth sharing, it's here.