28.6.19

Sardine Roll untuk Jamuan Raya Sekolah Anak

Sardine roll untuk juadah jamuan raya kat sekolah anak hari ni.



Tak sediakan kuih raya pun, mainstream sangat. Heh. Itupun mula mula niat nak suruh dia bawak kerepek je tapi dia buat muka tak paham. Hmmm.

Semalam kemain plan nak buat kek lah, puding rotilah, sandwic telur lah, nah nin dia sekali semua tak jadi.

Konon nak cuba kek bakar guna kuali leper je. Tapi tak berkeyakinan tinggi juga sebab pertama kali. Puding roti pernah buat tapi taklah menjadi sangat dulu. Hek. Sandwic telur kunun kunun nak prep semalam siap, pagi ni tinggal nak sapu atas roti je tapi malas pulak. Lagipun nak handling susah. Nak alas sandwic tu paper cup tak cukup.

Maka sardine roll menjadi pilihan.

Mula jam 5 pagi, siap sejam kemudian.

Tumis bawang putih dengan bawang besar sikit, masukkan ikan sardin tanpa kuah tomato. Akak saja tak masukkan sebab tak nak intinya berair nanti. Lenyek-lenyek ikan sardin biar sebati dengan bebawang. Bubuh la garam dan lada sulah sikit. Biar sejuk kejap.

Ambik roti, gelek dengan gelas. Kalau ada roller lagi senang la. Tapi akak belum ada sebab tak nampak keperluan beli walaupun dalam hati teringin juga nak memudahkan kerja. Nantilah. Leceh jugak gelas yang dianggap roller. Ater memang bukan fungsi dia punnnnn...

Sudukan sikit inti ke atas roti. Gulung rapat-rapat. Kita taknak nanti roti terbuka dan inti terburai. Jadi kena gulung kemas-kemas.

Pecahkan telur, kacau. Masukkan garam sikit. Campur dengan tepung beras juga sikit. Akak nak bagi ada unsur rangup di situ selain nak kurangkan risiko gulungan terbuka. 

Harapannya dengn kehadiran tepung beras tu dapat mengekalkan bentuk roll banding celup telur sahaja.

Dapat ilham salutan gitu daripada gerai sarapan yang akak selalu singgah dulu. Dia memang salut dengan tepung aje. Keras jugaklah tapi entah akak suka je beli. Hahaha

Tapi salutan yang akak buat telur + tepung beras tu takdelah keras sangat. Percubaan tadi nampaknya okey. 

Alhamdulillah.

Rupanya tidaklah cun sangat tapi sedaplah jugak. Hehe. Semoga mau la anak-anak makan selain nasi ayam, kek, buah yang cikgunya dah order.

27.6.19

Bila Pemakanan Sihat Nak Kembali ke Pangkal Jalan?

Sejak puasa sampai ke musim puasa enam ni, akak nampaknya belum cukup keinsafan kembali ke pangkal jalan dalam menjaga diet akak.

Mula puasa hari tu, melepek sebab tak berapa sihat. Mujur jugak top up dengan suplemen kot tak lagi flat. Makin ke hujung puasa, alhamdulillah okey. Mai ke raya memang okey la buleh makan siang. Haha tapi dok monitor berat still 69-70 kg. Jangan lebih daripada tu sudah.

Ni makin menjadi diet kembali ke zaman jahiliah yang tak ikut time, tak ikut portion. Lagi kalau mai angin sedap masak yang minyak berlinang. Hadowwww. Resipi Rizalman sedap tauuuuu. Haip jangan salahkan menu orang. Yang hang pi balun makan banyak buat apa! Hohoho

Maka misi ke 60 kg belum berhasil. Kita buat misi 65 kg dulu.

Sat nak pi baca balik buku Cabaran Kurus Langsing 21 Hari tu. Boring-boring tengok buku lain pulak. Sajian Sihat Lazat Chef Sue Arukin. Anti-Aging buku ITBM. Hoh!

16.5.19

Pia, Drama Ramadan Meruntun Jiwa



Kau anak yatim piatu. Hidup berdua dengan adik yang OKU. Kahwin dengan jejaka yang suka kau dari kecil. Mula-mula janji nak jaga adik sama-sama, rupanya slow slow suami dok atur adik duduk di rumah jagaan.

Kau nak pilih suami atau adik?

Aduhai. Akak mulanya malas nak layan drama ni. Alah mesti kisah biasalah, orang OKU dipinggirkan ke entahnya kan. Tapiiiii....

Drama PIA ni tersangkut pulak tengok.
Setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3.


Kalau diikutkan mungkin macam jalan cerita yang biasa kita tengok. Anak yatim piatu, mak bapak sedara jaga selepas mak ayah meninggal. Sepupu tak suka. Ada pulak adik yang kurang sihat mental, kerap sawan. Kakaklah yang menjaga dari kecil sampai besar. Kakaklah segala-galanya. Sampailah si kakak bertemu jodoh.

Jodohnya pun bukan orang lain, kawan diorang sejak kecil juga, yang sedia maklum keadaan adiknya. Yang boleh terima seadanya mereka berdua yang dah tak ada siapa-siapa.

Kahwinlah mereka tapi tanpa restu keluarga jejaka. Ayah dan mak ngahnya yang sudah dianggap seperti mak sendiri, tak berkenan dengan pilihannya.

Kita dok sangka okeylah suami tu baik dan sanggup nak jaga adik OKU, sekali minggu pertama kahwin dah diaturnya macam-macam tanpa pengetahuan isteri.

Isteri dah mula rasa serba salah. Antara amanah jaga adik, antara tanggungjawab baru, belajar mengikut kata suami.

Suami dah mula tunjuk bunga-bunga bosan bila isteri dok lebih utamakan adik ipar. Tup tup terjumpa pulak gelfren lama yang tak boleh lupakan dia. Hmmmm.

Akak yang konon tak mau layan drama ni, terjebak dan tazzabar tunggu episod baru. Sekeluarga kami suka tengok. Haihhh

Pelakon best-best. Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel, Sheila Rusly. Jiwa kacau akak jadinya!

Dah korang kalau nak tengok, boleh tengok di TV3 atau live streaming di tonton.my.

Pia. Menitik juga sebutir dua air mata malam ini. Huhuhu.