20.3.16

Cara Mengawal Penggunaan Smartphone pada Anak


Zaman sekarang ni, nak tak nak memang kena terima budak-budak kecik pun dah pandai guna handphone. Eh bukan setakat tu, smartphone. Pandai klik guna internet. Budak sekarang dah lain zaman. Memang tak boleh nak anggap macam zaman kita dulu yang hidup dengan 3310 pun rasa punya hebat dah.

Tapi pada saya yang penting kena KAWAL. Mak bapak sendiri pun kena kawal jugak, barulah namanya kepimpinan melalui teladan.

Saya bagi juga anak main handphone saya, tapi saya kawal apa yang dia boleh buat. Saya cuma bagi dia guna apps yang bersifat EDUCATING sahaja contohnya sorting, puzzle, matching pictures dan belajar nombor dan huruf. Sebarang bentuk GAMES tak pernah diajar atau dibiasakan. Setakat main Talking Tom sahaja.

Selain tu, sewaktu bagi anak guna handphone, saya akan OFF WIFI/DATA. Jadi kalau dia nak klik Youtube memang error. Satu lagi untuk elak dia tertekan apa-apa yang seterusnya redirect ke mana-mana site atau apps yang tidak sepatutnya. Dan selalu bila takde internet, dia guna handphone sekejap saja. Bosan agaknya.

Pernah sekali, anak no 2, dok beria gigit handphone. Maklum budak tengah tumbuh gigi, drooling habis melekat air liur. Sejurus lepas tu saya perasan handphone saya TAK BOLEH DICAJ. Oh, tempat charger tu rosak! Mungkin ya, mungkin tak penyebabnya air liur anak tapi saya syak tu sebab utama. Sejak tu memang perhatikan je kalau dia dok gigit handphone tu. Nak tukar part tu dekat RM160 tau. Hati-hati bila bagi anak main handphone. Mungkin nak jadi sebab la tu kan.

Lagi satu, anak cenderung jadi KASAR bila lama sangat belek handphone. Terbawak-bawak dan terpengaruh la tu. Even tengok kartun pun tapi yang ada aksi lawan-lawan, cakap kasar-kasar memang bagi efek. Kena counter balik dengan bagi dia tengok budak mengaji ke, rancangan budak yang ilmiah sikit ke. Aqil Story, Upin Ipin, Didi & Friends tu ok la pada saya. Yang superhero tu kena kurangkan sikit.

Dari segi teknikal, budak bila pegang handphone, main klik je mana dia suka. Kes suami saya, anak kami pernah TERDELETE gallery album. Habih hilang semua. Handphone saya, anak REARRANGE menu di skrin. Entah ke mana-mana dia drag. Kes mak mertua saya, cucu tekan apa tak tahu sampai kena BLOCK. Katanya nak beli/install game. Jenuh juga orang tua macam mak ayah kita nak buat. Manalah diorang tahu. Tup-tup bil data banyak je padahal bukan diorang yang guna pun. Aduhai.

Memang teknologi banyak bantu tapi kalau disalah guna takde maknanya juga. Gunalah sebaiknya sama ada kita sendiri atau keluarga.

13.3.16

Nasi Ayam Pasar Malam Seksyen 19, Shah Alam


Kerja gila malam tadi. Pukul 10 malam anak lapar minta nasik. Alamak, kat rumah tak ada pula nasi standby, maka abahnya kata jom pi beli nasi ayam kat Tam Nasi Ayam Seksyen 23 yang famous amos tu.

Tak pernahnya kami anak beranak keluar malam selewat tu, maklumlah selama ni ada baby kecik tu takkan nak keluar malam-malam. Tapi dia dah hampir setahun ni, baru berani bawak keluar jalan. Dan lagi, bila nak bawak keluar je, kemain dia tersenyum manis. Agaknya jemu dah dok dalam rumah. Kesian anak ummi.

Maka, bergeraklah kami ke sana. Baru seminit gerak, si adik dah terlentok mengeroh (berdengkur). Dah time tidur dia, duduk pulak dalam aircond, memang terus lena la dia.

Sesampai di Tam, alamak ramainya orang. Masa tu pukul 10 malam lebih dah tau. Wah betapa ramai orang dok makan lewat macam ni ek (termasuk kitorang). Jenuh la obesiti! Ehhh.

Suami saya ni jenis yang tak berapa rajin nak menunggu. Lagi pun anak tengah lapar kan. Jadi kami buat keputusan ke Tat Nasi Ayam pulak, di Seksyen 19. Tapi sesampai di di situ, terlajak terus ke pasar malam pulak.

Ya pasar malam Seksyen 19 memang hari Sabtu. Masa kami sampai peniaga semua tengah berkemas, lori-lori angkut sampah pun dah tiba. Tapi suami kata, mana tau ada orang meniaga lagi. Jadi sudahnya ada rezeki kami anak beranak, masih ada orang berniaga, dapatlah juga kami makan nasi ayam.

Suami beli 2 bungkus nasi ayam dan 1 nasi tomato tapi dapat free 1 bungkus bihun goreng. Alhamdulillah.

Balik tu, pakat pulun makan. Alhamdulillah sedap belaka. Nasi ayam tu, ayamnya besar. Nasinya banyak. Sayurnya cukup daun salad, timun dan tomato. Sup, kicap dan cili pun sedap. Nasi tomato pun sama. Bihun goreng tu walaupun hanya digoreng kosong dengan kicap sahaja pun masih terasa.

Semoga Allah murahkan rezeki peniaga tadi. Sedap dan kenyang kami sekeluarga. Walaupun dah lewat, masih ada rezeki. Bukan apa, kami ni dah lama juga tak makan nasi ayam... sekali makan, sedap pula. Alhamdulillah.

Gitu lah ceritanya. Ok dah tido. Jangan amalkan makan lewat malam. Kes saya ni kes terpencil. Jangan jadi macam saya tau.

12.3.16

Aeon Mall Shah Alam Kini Dibuka


Akhirnya Khamis lalu, 10 Mac 2016, Aeon Mall Shah Alam dah dibuka secara rasmi. Jika sebelum ni, orang-orang Shah Alam kalau nak ke Aeon, kena pegi Bukit Raja atau Bukit Tinggi di Klang, sekarang ni dah ada yang dekat dah.

Tapi, kalau dari rumah saya, ke Bukit Tinggi lagi dekat. Hehe.

Dengan excited nya, tengah hari tadi nak join la the crowd memenuhkan Aeon Mall baru tu. Tapi dek pusing-pusing entah berapa round, tak ada rezeki juga dapat parking. Rooftop pun penuh!

Maka, incik suami kata lain kali ajalah datang. Bukannya tak boleh datang lagi. Maka kami pun keluar balik dan singgah Tesco aja 

Aeon Mall Shah Alam berada di lokasi yang memang strategik pada saya. Kat Seksyen 13 tu memang compete sungguh la dengan Tesco Extra, Giant Hypermarket. Jadi kalau gaya Aeon Mall tu sesak sangat, pi lah tang lain kot.

Yang rumahnya area D'Kayangan tu, memang syoklah dekat gila dengan Aeon. Macam dulu saya duduk Bandar Botanic, dekat dengan Aeon Bukit Tinggi. Hari-hari pegi. In fact nak beli barang basah pun ke sana. Lepas tu dah tak lalu nak pegi dah. Cemuih, orang Utara kata.

Mall ni kadang-kadang kita nak pi cuci mata je atau bahasa omputehnya window shopping. Jalan-jalan dalam aircond, tambah dalam cuaca panas lit lit camni kan. Duduk Klang Valley ni, pilih sajalah mall mana yang nak pegi. Berlambak sungguh.

Anyway, Aeon Sale berlangsung hingga 31 Mac ye. Hujung bulan ni pi la shopping. Hihi.

Sekian cerita daripada orang yang melawat kawasan parking Aeon Mall hari ini.