11.1.25

Review Filem: Architecture of Love (Indonesia)

Review Filem: Architecture of Love (Indonesia)




Tertarik nak tonton sebab Rangga. Watak River Jusuf ni pun ala² Rangga jugak pun tapi last² dia macam bijak la sikit. Haha. Heroinnya Putri Marino (Raia).

Filem ni adaptasi novel - tajuk yang sama, ditulis oleh Ika Natassa (2016).

Dua² hero dan heroin lari jauh ke US merawat luka. Masing² cari ilham di tempat yang jauh dari punca luka derita, dengan harapan dapat lupakan atau sekurang²nya dapat semangat baru.

Sorang arkitek, jalan² kota sambil buat sketches. Sorang penulis novel, berusaha untuk atasi writers block untuk selesaikan manuskrip terbaru.

Kadang² bukan pasal tempat sahaja bagi ilham. Orang yang kita jumpa pun boleh jadi ilham jugak.

Dalam filem ni bukan setakat dapat tau sejarah bangunan di New York, tapi jugak macam mana nak tangani emosi bila kehilangan orang tersayang tiba², apabila cinta ditolak, macam mana nak mula hubungan baru, macam mana nak hormat perasaan orang lain.

Ceritanya best cuma part intim tu lah agak tak kena pada Akak, sebab dalam filem ni tunjuk keluarga River tu Muslim (ada scene solat berjemaah) tapi River dengan heroin tu ada scene yang tak sesuai la pulak.

Part berhubungan tu nampak ada kematangan sikit sebab masing-masing pernah berkahwin dan berpisah. Pernah sayang, pernah kecewa, pernah terluka. Salahkan diri, rasa bersalah. Tapi itulah, kadang-kadang ditakdirkan berhubungan lagi tapi lebih hati-hati untuk jaga perasaan masing-masing. Apapun, kalau dah jodoh tak ke mana. Pusing-pusing bertemu juga.

Yang generasi Apa Ada dengan Cinta, bolehlah layan Rangga versi matang sikit dalam filem ni.

Apapun Akak suka watak Raia. Cool, steady, sempoi.

Boleh tengok kat Netflix.


Review Drama: While You Are Sleeping (Korea)



Review Drama: While We Were Sleeping (Korea)

Apa perasaan kita kalau ada kelebihan (atau keburukan?) untuk nampak perkara yang berlaku pada masa depan?

Stres sebenarnya memikirkan - antara nak bertindak untuk mengelak musibah yang dipertonton dalam mimpi tu atau biarkan saja. Tapi dalam drama ni, happy endinglah. Bila mana insiden kemalangan, pembunuhan dapat dielak sebelum berlaku.

Kisah pasal seorang wartawan (Nam Hong-ju) dan prosecutor (Jeong Jae-chan) dan anggota polis (Han U-tak) yang selalu mimpi benda yang melibatkan satu sama lain dan orang yang terdekat dengan mereka.

Kita dapat belajar macam mana wartawan jenayah lapor berita - sama ada ikut bos, pendapat awam atau pendapat peribadi. Betapa powerful berita yang wartawan atau stesen tv laporkan tak kiralah betul atau salah yang akan mempengaruhi pendapat orang awam.

Prosecutor kadang² kena kerja lebih daripada biasa bila melibatkan kes rumit dan berprofil tinggi.

Juga lawyer (Lee Yu-beom) yang licik, pandai ambik kesempatan dan mementingkan diri. Kalau lawyer sendiri korup, siapa yang akan percaya? Dan kesudahannya perangai terkutuk tu menjerat diri sendiri. Begitu jugak orang yang jahat tapi nak dibuktikan betul akan cari lawyer yang perangai macam dia jugak.

Akak enjoy cerita ni, tengok di Netflix.

Selain kata² memujuk hati dan merawat jiwa setelah kehilangan orang tersayang. Juga bila orang yang terdekat/tersayang cedera mental dan emosi - macam mana nak provide support dan menenangkan.

Drama Korea kan banyak fokus untuk kesihatan mental dan sokongan emosi. Jadi penonton pun dapat juga belajar macam mana nak react kalau berada dalam situasi yang sama.

Rating: 4.5/5


10.1.25

Kisah Peguam Wanita Zaman Joseon: The Tale of Lady Ok

Hari tu terpengaruh baca di group K-Drama yang kata drama The Tale of Lady Ok ni harus tonton.

Sebagai orang yang mudah terpengaruh, Akak pun start tengok dan tak perasan rupanya drama ni ongoing, bukan dah complete the whole episode. Akak ni dahler jenis tak tahan sabar hehe. Kitonyo suko tengok bersambung-sambung marathon!

Tapi sebab dah best, sabar je lah tunggu episod baru setiap Sabtu dan Ahad.

Setakat ni dah separuh ditayangkan dan betul... memang BEST GILA!



Kredit poster: Wikipedia


Akak memang suka cerita Korea yang latar Joseon (zaman dulu-dulu) macam ni. Tapi yang lagi menarik drama ni banyak nau plot twist, memang tak jangka langsung. Itu yang membuatkan kita tertunggu-tunggu next episode tu!

Kisahnya, Goo-deok, seorang hamba perempuan dalam sebuah keluarga yang taklah ternama sangat tapi berlagak nak mampuiiiiii. Anak perempuan tuan rumah tu punyalah eksyen, bongkak, dibuatnya Goo-deok macam tak ada nilai langsung. Hamba itulah yang buat segala-gala benda untuk dia, diperintah-perintah aje. Tapi Goo-deok ni cerdik budaknya. Cuma itulah dah takdirnya dia dan ayah dia jadi hamba kat keluarga tu jadi terpaksalah ikut je apa yang disuruh.

Dalam masa yang sama, Goo-deok cari jalan untuk kumpul duit. Dia nak lari dengan ayah dia, keluar dari rumah tu, supaya dapat hidup bebas dan tak dihina sesuka hati oleh tuan rumah tu. Sambil-sambil dia jual kacang (dia menyamar pakai baju lelaki) dia terjumpa seorang anak orang bangsawan, Seong Seo-in. Udah bersembang-sembang, si Seo-in tu terjatuh hati dengan dia pulak walaupun tahu dia tu hamba. Lepas tu nak jadi cerita, rupanya Seo-in dijodohkan dengan anak perempuan tuan rumah Goo-deok kerja tu. Alamak...

Tapi last last tak jadi kawin pun sebab Seo-in tu mengaku dia suka orang lain dan tak mau pun kawin. Benganglah anak perempuan tu ha dan tuduh Goo-deok puncanya sebab terkantoi Goo-deok ada kat bilik belakang rumah Seo-in, padahal tak ada apa-apa pun, depa jumpa atas urusan lain sebab Goo-deok tahu diorang pun tak sekufu kalau nak berkawan-kawan. 

Akhirnya Goo-deok tu berjaya lari dengan ayah dia dan jenuh menyorok daripada orang-orang tuan rumah tu. Sampailah ke pelosok mana entah, depa tumpang tidur kat inn. Dia bangun pagi dia tengok ayah dia dah tak ada. Mulalah dia hidup sendiri. Tuan inn tu bagi kerja kat situ.

Satu hari ada satu rombongan singgah kat inn tu. Ada sorang perempuan nama Ok Tae-young baik orangnya, minat sangat nak berkawan dengan Goo-deok. Pada malam sebelum Ok Tae-young nak berangkat balik, inn tu diserang dan terbakar.

Ok Tae-young mati dan mula dari situlah Goo-deok guna identiti Ok-Tae-young. Dia pun tak nak tapi ada banyak hal yang menyebabkan dia terpaksa teruskan menyamar jadi Lady Ok. 





Lady Ok adalah seorang legal advocate (macam peguam). Jadi tau ler punya banyak orang yang tak puas hati dengan dia sebab dia tegakkan kebenaran dan membela orang yang benar.

Paling kesian, dia terpaksa kawin dengan orang yang bermuka sama dengan Seong Seo-in (yang suka dia dulu tu) tapi malangnya Soong Yun-gyeom (suami dia) menghilangkan diri selepas diburu. Tinggallah dia jaga adik ipar yang masih kecil selepas bapa mentua dia mati.

Kadang-kadang, orang yang buat baik ni orang jahat sentiasa dendam. Ada saja orang jahat cari jalan nak jatuhkan, nak malukan dan buat khianat. Dan...

kalau kita berniat baik dan tolong orang tanpa kira kasta, kebaikan tu akan kembali kat kita juga masa kita susah. Itulah yang berlaku masa Goo-deok kena aniaya. Orang-orang susah dan hamba yang dia tolong semua tolong dia balik.

Dan satu lagi, hamba ke tuan ke, kita tak ada hak nak hina orang sesuka hati. Kena ada hormat walaupun tu orang suruhan ke apa ke. Ni buat hamba tu macam binatang je. 

Cerita ni memperkasa wanita (Lady Ok) yang memang hati kering dan kental lawan je sesiapa yangg buat pasal dengan dia. Janji dia ada bukti. Dan dia pun pandai berhujah sebab dia tahu banyak undang-undang dan hukuman. 

Korang kalau nak tengok, ada di Netflix dan Viu.