2.1.24

3 Kaedah Nikmati Tortilla Wrap: Gulung, Lipat dan Balut

Korang, kalau nak sarapan sihat, ok juga cuba wrap ni. Tapi kalau nak dibuat lunch atau dinner pun ok, alah sedap jugaaa...

Akak pernah try macam-macam style lipat. Depend inti apa yang Akak ada, depend selera dan mood Akak masa tu. Yang pasti, dengan wrap ni, boleh hasilkan pelbagai menu.

Ini Akak highlightkan tiga cara nak nikmati tortilla wrap.


Kaedah 1: Gulung (Wrap tampal gulung)



Pecahkan telur, goreng dalam kuali leper. Lepas tu terus letak wrap masa telur masih setengah masak, barulah telur boleh ditampal pada wrap tu. Lepas tu terbalikkan, then sapu sos atau mayonis, kemudian gulung je. Siap.

Kredit: Iza Abu Bakar


Kaedah 2: Lipat (Wrap Ayam Cheese)




Bentangkan wrap, potong sampai tengah. Lepas tu letak cheese kat 1/4 pertama, ayam dan sos pada 1/4 kedua, sayur-sayur pada 1/4 seterusnya. Lipat satu demi satu macam dalam gambar. Last akan jadi bentuk segitiga. Boleh terus makan atau kalau nak bakar kejap pun boleh.

Kredit: Eat North

Kaedah 3: Balut (Wrap Ayam)



Ni kaedah paling biasa dan paling selamat. Biasa shawarma guna kaedah ni. Letak wrap diikuti daun salad pilihan, letak ayam. Balut ikut cara dalam gambar ni. Sesuai buat bekal. Nak bakar kejap pun boleh juga.

Kredit: Selera Sakura






1.1.24

Sate Hut, Bukan Sekadar Sate Je!



Nama restoran Sate Hut, dah tentulah kedai sate kan. Tapi di luar kedai ada tergantung banner yang katanya "Bukan Sekadar Sate"... diiringi pelbagai menu lain macam mi kari, nasi ayam, laksa dan macam-macam lagi. Meriah rupanya menu dia, tak terhad pada sate je.


Ini sate ayam dan daging. Timun, bawang selambak tak kedekut fresh fresh lagi. Kuah kacang dalam mangkuk besar siap senduk dan mangkuk kecik. Konsep style Sate Kajang, cedok kuah masing-masing. Puas hati kuahnya banyak dan tak pedas sangat. Cuma akak rasa agak cair, susah nak berpalut kat sate, jadi nak makan tu meleleh-leleh kuahnya. Adehhh.. nasib baik ada mangkuk kecik. Hehe

Satenya sedap. Terasa perapannya. Mungkin perap semalaman kot. Bakar pun sedang elok, tak keras dan tak hangit sangat. Sesedap rasa. Betullah sate cita rasa klasik, saiz sate pun taklah besor gedabak atau kecik sangat. Okeylah sekali ngap seketul seketul tu. Harga 1 cucuk dalam RM1.30 (ayam) dan RM1.40 (daging) kalau tak salah. Rasanya sate perut dengan sate kambing pun ada.




Feveret Akak sepanjang zaman. Jarang jumpa laksa cam gini. Kuahnya tak pekat dan tak cair sangat. Yang penting tak kuat rasa belacan dan cilinya kisar halus. Telur rebus separuh. Ada hirisan timun dan bawang. Laksanya jenis yang licin tu, itu jelah yang Akak tak berapa minat berbanding laksa beras. Portion laksa banyak bethol, boleh kongsi dua orang ni. Yang ni Akak approved. Sedappppp!



Ini set nasi dengan daging masak hitam. Pun approved juga. Dagingnya lembut bethol, lerai-lerai. Rempah ratus, kicap, warna hitamnya tu ngam sangat. Nak seakan-akan dendeng tapi tak terlalu berempah. Dihidangkan bersama hirisan carrot dan timun, keropok warna-warni.



Nasi ayam penyet pun ada. Krup krap dia tu rangup bethol. Sambal penyetnya tak terlalu pedas, sesedap rasa je. Sup pun ok. Ayam, tempe dan tauhu pun sedap. Dihidang bersama timun dan daun salad. 

Dine-in boleh, order online pun boleh. Ada Grabfood, Foodpanda dan satu lagi delivery service tak ingat Lalamove atau Shopee Food. 

Kalau nak dine-in atau order delivery, orang sekitar Puchong, boleh pilih cawangan ni.




Sate Hut Puchong Perdana
No 33, Jalan Perdana 3/4, 
Taman Puchong Perdana, 
47100 Puchong, Selangor





Kurus 2024: Semoga Tak Ke Laut!

Syukur Allah panjangkan umur dan bertemu dengan tahun 2024. 

Tahun-tahun lepas yang mencabar, begitu juga tahun yang mendatang ini. Apapun, semoga kita mampu hadapi segala yang Allah takdirkan untuk kita.

Akak dan keluarga mulakan tahun baharu ni dengan mengemas rumah. Sejak penghujung tahun lepas lagi, apabila dapur diserang cikti. 

Hikmahnya dapur berkemas dan lebih bersih.

Kadang-kadang kita tak sedar kita menyimpan barang yang entah apa-apa. Tak diguna pun, ada tu yang dah expired dah. Jadi, boleh sisih barang untuk dibuang, dikitar semula, didermakan atau diolah menjadi benda lain.

Akak asalnya simpan botol sabun basuh Jasmine7 10 kg dengan niat nak potong dan dijadikan pasu. Hmm tersadai je belakang rumah sebab mood berkebun ke laut. Sayang, tapi itulah kadang tak bertempat! Haha

Beg tangan, baju dan mainan lembut anak-anak yang dah tak digunakan atau dipandang sepi tu nak dikitar semula. Terjumpa tong kitar semula tepi jalan, tinggal nak packing dan masukkan dalam tong.

Jadi antara misi 2024 ini adalah meminimaliskan rumah. Dengan saiz rumah yang terhad, elok simpan barang yang mana perlu dan penting aje.

Satu lagi misi tahun baharu yang ongoing sejak beberapa tahun lepas, dah tentukan misi kurus.

Biasalah, ada turun naik. Nak turun kemain payah, nak naik tu senang je kannnnn!

Jadi, misi mengurangkan berat badan masih diteruskan. Akak akan share journey kurus Akak untuk kita sama-sama semangat nak kurus.




Akak pun masih struggle nak dapat berat yang Akak target tapi yang penting tetap kena terus berusaha ye dak.

Jangan putus asa, cari sumber inspirasi dan coach fitness yang tepat, jangan ikut Tiktok yang bukan-bukannnnn... insya Allah slowly but surely mesti ada hasil.

Selamat tahun baharu 2024.

Jom terus berazam kurus!