Skip to main content

Posts

Kurus 2024: Semoga Tak Ke Laut!

Syukur Allah panjangkan umur dan bertemu dengan tahun 2024.  Tahun-tahun lepas yang mencabar, begitu juga tahun yang mendatang ini. Apapun, semoga kita mampu hadapi segala yang Allah takdirkan untuk kita. Akak dan keluarga mulakan tahun baharu ni dengan mengemas rumah. Sejak penghujung tahun lepas lagi, apabila dapur diserang cikti.  Hikmahnya dapur berkemas dan lebih bersih. Kadang-kadang kita tak sedar kita menyimpan barang yang entah apa-apa. Tak diguna pun, ada tu yang dah expired dah. Jadi, boleh sisih barang untuk dibuang, dikitar semula, didermakan atau diolah menjadi benda lain. Akak asalnya simpan botol sabun basuh Jasmine7 10 kg dengan niat nak potong dan dijadikan pasu. Hmm tersadai je belakang rumah sebab mood berkebun ke laut. Sayang, tapi itulah kadang tak bertempat! Haha Beg tangan, baju dan mainan lembut anak-anak yang dah tak digunakan atau dipandang sepi tu nak dikitar semula. Terjumpa tong kitar semula tepi jalan, tinggal nak packing dan masukkan dalam tong....

Pelajaran Hidup dalam Daily Dose of Sunshine

Drama Korea, Daily Dose of Sunshine ni pada Akak, sangat membantu Akak belajar dan cakna dengan kesihatan mental sendiri dan juga orang di sekeliling. Drama Korea ini berkisar kehidupan jururawat dan doktor di Unit Psikiatri, Hospital Universiti Myungshin. Kisahnya, bagaimana jururawat Unit Psikiatri sendiri tiba-tiba didiagnos kemurungan (depression) dan kena masuk hospital bahagia (hospital mental) akibat terlalu terkesan dengan kes bunuh diri salah seorang pesakitnya. Jururawat tu, namanya Jung Da-eun, luaran nampak normal je. Dan dia memang ceria, layan pesakit semua baik dan lembut. Awal-awal episod, kita pun terbawa-bawa dengan vibe positif dia. Tahan sabar je dengan kerenah pesakit mental yang macam-macam. Sampailah satu ketika, dia tengah release tension karok dengan kawan dia, Song Yu-chan, tiba-tiba dia terlepas mic dan menangis kaw-kaw. Dah lah tengah layan lagu gembira. Terkejut si Yu-chan ni dah kenapa kawannya tetiba jadi lain macam. Yu-chan ni lelaki, kawan baik Da-eun d...

Kuetiau Goreng Telur Mata

Nak kata suku suku separuh tak berapa nak layak. Tapi bolehlah. Kuetiau goreng, telur mata, timun. Goreng kuetiau dengan sos Char Koay Teow Aazy Kitchen. Tambah tauhu goreng, tomato ceri. Sedap. Mujur tak tambah 2 pinggan. Hehe