Teringat dulu masa awal-awal kahwin, ada percubaan nak masak petola. Kan sedap
  buat sup letak suun semua tu. Pecah pulak telur sebiji, tambah carrot bagi
  colourful... peh sedap ooo.
  Yang Akak tau, sebelum masak, petola ni nak kena dibuang kulit kerasnya dulu.
  Kan bentuk dia macam gear, bulat dan bergigi. Haa yang bergigi tulah kita nak
  buang.
  Lantas sebagai isteri dan ibu mitali (nak claim mithali macam tak berapa
  layak), Akak caras hampir semua kulit keras tu. Ha lega hati Akak. Baru la
  senang masak cepat lembut (kata Akak dalam hati).
  Dah dimasak tengok, eh huduh bethol!
  Udah kenape la aku gi potong semua kulit, bila dimasak habih kecut
    rupanya.
  Haha.
  Rupanya nak kupas kulit petola pun kena ada skil jugak ye tuan-tuan dan
  puan-puan.
  Kupas memanjah je pakai peeler. Jangan gigih sangat wei. Kupas yang
  tajam-tajam tu aje dah la. Nanti barulah jadi bentuk macam rupa ini ha.
  Kan comey sikit tu. 
  Bila dah masuk dalam sup nanti, dah masak, tak adalah dia kecut lantas buruk
  rupanya. Kulit keras tu fungsinya nak bagi bentuk kat petola tu. Jadi ngko
  janganlah nak bergigih kupas sampai tinggal lapisan putih tu aje!
  Well, lesson learnt. Lepas tu Akak dah pandailah.
  Dan satu lagi, tak boleh potong nipis sangat, ngko bukan hiris timun ye
  anak-anak. Tebal sangat pun tak boleh karang dah jadi terung pulak. Habih nak
  potong macam mana?
  Yang sedang-sedang saja... yang pentingggggg dia setiaaaaa. Tiber.
  Setakat ni Akak tak pernah lagi buat petola masak lain selain sup. Tapi pernah
  tengok Khairulaming buat petola goreng. Haaa next level tau. Nanti Akak nak
  cubalah. Kena korek dulu videonya tu, zaman tok nadok ha.
  Gamak petola celup tepung, petola balado, sambal tumis petola sedap tak u ols?
  Muahahahaha
  Eh korang pandai ke tu kupas petola? Hihi