14.3.21

Cinnamon Rolls Lembut, Sedap by Swirly Bites Sepang

Akak tak biasa makan cinnamon rolls, in fact tak minat sangat pun.

Tapi semalam masa nak celebrate birthday anak sedara, husband tengok kat Foodpanda, satu kedai jual cinnamon rolls yang gambarnya sangatlah menyelerakan.

Akak on je. Husband order 1 set original flavour dan 1 set combo (mix flavours - ada 3 jenis topping tapi akak tak ingat namanya).

1 set ada 6 ketul.

Tengok gambar pun melelehkan... rasanya apatah lagi.

Memang recommended!

Pastri dia lembut, topping dia tak over dan tak terlalu manis. Makan seketul pun kenyang sebab sebesar penumbuk ha.

Husband order kat Foodpanda, so orang area Nilai/Sepang bolehlah cuba kalau nak rasa.

Nama kedai: Swirly Bites



2.3.21

Buat Rawatan Gigi di Klinik Pergigian Zara Puchong

Anak mengadu ada benjol di gusi. Alamak, apa pulak ni?

Katanya tak sakit pun tapi kita yang tengok ni seram pulak, mana tahu kot apa yang serius kan. Walaupun dia kata tak sakit, masih boleh makan dengan baik dan takde demam... abahnya tetap decide bawak ke klinik.

Alhamdulillah memang keputusan yang tepat sebab bila dokter check, rupanya gusi bernanah, gigi dah rosak dan ada jangkitan.

Dokter kata, mungkin masa kecik dulu pernah terjatuh ke apa ke yang menyebabkan gigi dia rosak tapi kami laki bini tak sedar sebab anak takde cakap apa-apa sakit pun. Cuma memang notice la gigi depan dia tu macam terserpih sikit. 

Ingatkan takde apa-apa, rupanya boleh bagi kesan pada kesihatan gigi anak selepas beberapa tahun.

Rawatan awal yang dokter bagi, makan ubat tahan sakit dan bagi surut bengkak dulu. Lepas tu baru boleh cabut. 

Gigi tu kot mana pun memang kena cabut tapi dalam keadaan gusi bengkak, tak bolehlah. So kena tunggu dulu, dah okey baru datang balik. 

After one week gitulah. Datang semula baru boleh cabut.

Alhamdulillah everything went well walaupun dia punya menjerit satu klinik dengar!

Umur anak 7-8 tahun memang tempoh gigi susu luruh dan beri laluan kepada gigi kekal. Jadi masa umur gini memang biasa gigi anak nampak makin renggang dan sebatang demi sebatang tercabut. 

Kami ke klinik gigi Dental Zara di Taman Tasik Prima Puchong. So far servis okey cuma bayarannya agak premium sikit. Equipment dan facilities agak advanced. Dokter pun okey. Nak buat appointment pun senang.

Satu yang kakak suka, klinik ni go paperless. Isi form kat tablet je. Takde nak tulis-tulis. Dokter pun key in je apa-apa data. Kalau bagi ubat pun, tak guna plastik, yang ada paper bag je. 

Kakak suka environmental friendly practice macam gini.

Kalau korang nak cek gigi, bolehlah cuba call Dental Zara dan buat appointment.


1.1.21

2021 Is Here

Sambut tahun baru 2021 kat rumah adik.

Dijamunya kita dengan roti sorai (orang KL panggil roti jala) dan gulai ikan. Aduhai!


Sayang sekali akak sakit mulut. Ulser dalam mulut yang menyebabkan selera makan akak terbantut. Banyak memandang je daripada makan. Jamah sikit rasa-rasa, adalah.


Kami adik beradik kalau berkumpul, memang biasa ada gulai ikan. Baik kat rumah akak ataupun kat rumah adik/abang.

Maklumlah masing-masing peminat gulai, lagi-lagi kalau ikan ploktan aka mayong. Tenggiri ke temenung ke (kembung) pun sedap.


Sepanjang kat rumah adik tu, tak ke mana pun. Anak-anak je dibawak ke taman berdekatan. Jadilah ambik angin sikit, lama sungguh terperap dalam rumah. Mati kutu dibuatnya.

Alhamdulillah diberikan ruang dan masa berkumpul walaupun tak cukup korum. Abang sekeluarga tak dapat join sebab ada family day kak ipar. 

Selamat Tahun Baru 2021!