8.7.19

Cabaran Kurus Langsing Hari 1

Nak start balik regime makan sihat, exercise macam tahun lepas.

Current weight 71.2 kg

Berpandukan buku 21 Hari Cabaran Kurus Langsing sebagai rujukan utama, kita start balik dan insof.

Sarapan:
Roti wholemeal 2 keping
Tuna cili 2 sudu
Tomato 3 hiris
Kopi o Essenso

Minum pagi:
Sate ayam 3 cucuk

Lunch:
Nasi basmathi 1 cup
Ikan goreng berempah 1 keping
Sup cendawan, lobak putih, kentang
Sambal sotong
Terung panggang 3 keping

Minum petang

Dinner:
Ayam KFC 2
Potato wedges 4 keping
Whipped potato

Memang agak ke laut meal plan hari ni dek kurang preparation. Tapi kita tetap akan teruskan esok. Cuba lagiiii!

6.7.19

Kegunaan Splatter Screen

Sejak-sejak tengok PungPang Diraja tu, yang Permaisuri Agong bawak splatter screen tu, memang dok teringin la dalam hati niat nak la jugak sekeping.



Tapi yang macam Permaisuri tu gamaknya tak mampu lah nak, tup tup tengok kat IG rosehayati ke yatiekitchen entah... dia guna jugak tapi lain sikitlah...but still the function is the same.

Katanya beli kat Daiso aje. Maka dengan tidak berlengah, hari tu akak lalu depan Daiso, terus menyinggahlah.

Cari punya cari, lepaih sambar sudu buluh few pieces, baru jumpa screen tu depa letak bawah sekali. Tu pun nak kena pilih betui betui sebab ada yang dah terkoyak tepi. Huhu fragile jugaklah benda ni kan jadi kena handle with care. Dapatlah sekeping. Berbunga rasa hatiku. Ecewah!

Bagi yang tak tau, splatter screen ni fungsi dia untuk tutup kuali masa kita dok masak makanan yang terpercik-percik dan meletop macam goreng ayam ka ikan ka, sambai tomeh ka. Jadi takdaklah dapur kita tu berminyak sakan. Taklah jenuh nak lap semua.

Sebenarnya bukan tak buleh guna penutup kuali tapi sajalah gatai sebab benda dah ada kan. Lagipun splatter screen tu dia see through, berlubang-lubang macam strainer tapi haluih la lubang dia. Kalau guna penutup kuali, bila goreng, nanti wap kat penutup tu masuk dalam minyak panas, meletup letup. Yang screen ni takdaklah jadi macam tu sebab dia berlubang.

Syoklah kemaren dah cuba masa goreng ayam. Taklah jenuh nak lap dapur. I is like sangat!



Okey kalau korang nak cari, cuba pi Daiso. Kat bahagian barang rumah macam senduk, sudu, chopstick, strainer. 

Akak hari tu rambang mata jugaklah itu nak ini nak. Almaklum semua item RM5.90 each. Heh tapi pandai-pandailah ada yang berbaloi ada yang macam mahal. Rice paddle smiley pun sempat lagi grab sebab comey!



Apa lagi? Jeles ke? Silalah ke Daiso! Haha


4.7.19

Jangan Kau Berputus Asa!


Lepas dengar lagu ni kat radio few days ago, mulalah mengimbau balik zaman suka dengar lagu Spider. 

JANGAN BERPUTUS ASA ni lagu Spider yang paling akak feveret. Lagi-lagi part yang akak highlight kuning tu. Agak-agak down, ha dengaq lah part tu ulang-ulang.

Nah, akak belanja video dengan lirik sekali. 



Lagu: Jangan Berputus Asa
Penyanyi: Spider
Sumber: Youtube


LIRIK JANGAN KAU BERPUTUS ASA BY SPIDER
Kredit: bukuliriklagu.blogspot.com

Gerbangmu terbuka mencabarku

Melangkah menurut rasa rindu
Biar pun nanti antara kita
Ada yang mungkin terkorban
Biar pun nanti kita terhukum
Kerana melanggar kebiasaan

Cinta tak pandang
Tak kira siapa
Iakan mencuba
Selagi mana pencinta
Terdaya menahannya
Dia akan dicuba

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa

Nadamu menangis mendugaku
Dekati dirimu yang ku rindu
Biar pun nanti antara kita
Ada yang mungkin menyesal
Biar pun nanti kita terpaksa
Membayar harga yang tak setimpal

Muzik

Cinta tak pandang
Tak kira siapa
Iakan mencuba
Selagi mana pencinta
Terdaya menahannya
Dia akan dicuba

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa

Sebelum gugur tercalar jiwa parah
Jangan kau gugurkan airmata
Sebelum putus tali Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa

Jangan kau berputus asa
Jangan kau berputus asa