27.6.19

Bila Pemakanan Sihat Nak Kembali ke Pangkal Jalan?

Sejak puasa sampai ke musim puasa enam ni, akak nampaknya belum cukup keinsafan kembali ke pangkal jalan dalam menjaga diet akak.

Mula puasa hari tu, melepek sebab tak berapa sihat. Mujur jugak top up dengan suplemen kot tak lagi flat. Makin ke hujung puasa, alhamdulillah okey. Mai ke raya memang okey la buleh makan siang. Haha tapi dok monitor berat still 69-70 kg. Jangan lebih daripada tu sudah.

Ni makin menjadi diet kembali ke zaman jahiliah yang tak ikut time, tak ikut portion. Lagi kalau mai angin sedap masak yang minyak berlinang. Hadowwww. Resipi Rizalman sedap tauuuuu. Haip jangan salahkan menu orang. Yang hang pi balun makan banyak buat apa! Hohoho

Maka misi ke 60 kg belum berhasil. Kita buat misi 65 kg dulu.

Sat nak pi baca balik buku Cabaran Kurus Langsing 21 Hari tu. Boring-boring tengok buku lain pulak. Sajian Sihat Lazat Chef Sue Arukin. Anti-Aging buku ITBM. Hoh!

16.5.19

Pia, Drama Ramadan Meruntun Jiwa



Kau anak yatim piatu. Hidup berdua dengan adik yang OKU. Kahwin dengan jejaka yang suka kau dari kecil. Mula-mula janji nak jaga adik sama-sama, rupanya slow slow suami dok atur adik duduk di rumah jagaan.

Kau nak pilih suami atau adik?

Aduhai. Akak mulanya malas nak layan drama ni. Alah mesti kisah biasalah, orang OKU dipinggirkan ke entahnya kan. Tapiiiii....

Drama PIA ni tersangkut pulak tengok.
Setiap Rabu hingga Jumaat, jam 9 malam di TV3.


Kalau diikutkan mungkin macam jalan cerita yang biasa kita tengok. Anak yatim piatu, mak bapak sedara jaga selepas mak ayah meninggal. Sepupu tak suka. Ada pulak adik yang kurang sihat mental, kerap sawan. Kakaklah yang menjaga dari kecil sampai besar. Kakaklah segala-galanya. Sampailah si kakak bertemu jodoh.

Jodohnya pun bukan orang lain, kawan diorang sejak kecil juga, yang sedia maklum keadaan adiknya. Yang boleh terima seadanya mereka berdua yang dah tak ada siapa-siapa.

Kahwinlah mereka tapi tanpa restu keluarga jejaka. Ayah dan mak ngahnya yang sudah dianggap seperti mak sendiri, tak berkenan dengan pilihannya.

Kita dok sangka okeylah suami tu baik dan sanggup nak jaga adik OKU, sekali minggu pertama kahwin dah diaturnya macam-macam tanpa pengetahuan isteri.

Isteri dah mula rasa serba salah. Antara amanah jaga adik, antara tanggungjawab baru, belajar mengikut kata suami.

Suami dah mula tunjuk bunga-bunga bosan bila isteri dok lebih utamakan adik ipar. Tup tup terjumpa pulak gelfren lama yang tak boleh lupakan dia. Hmmmm.

Akak yang konon tak mau layan drama ni, terjebak dan tazzabar tunggu episod baru. Sekeluarga kami suka tengok. Haihhh

Pelakon best-best. Zara Zya, Alif Satar, Naim Daniel, Sheila Rusly. Jiwa kacau akak jadinya!

Dah korang kalau nak tengok, boleh tengok di TV3 atau live streaming di tonton.my.

Pia. Menitik juga sebutir dua air mata malam ini. Huhuhu.

5.5.19

Tanah Aina Cafè Shah Alam

Dua hari sebelum puasa, kami berpeluang sarapan di Tanah Aina Cafe, Shah Alam.

Saja ambil angin cuba tempat baharu. Tak pernah sampai ke sini. Lokasinya hampir dengan Stesen KTM Batu Tiga Shah Alam, tepi Lebuh Raya Persekutuan.

Masa kami sampai tu, belum ada pun orang, nasi lemak pun belum siap masak lagi! Punya awal kan. Mungkin kami ni pelanggan pertama kot. Stafnya masih mengemas dan sapu di koridor.

Order ala carte tengok menu. Kami order roti canai, burger daging, chicken chop, western breakfast, mi kari, Turkish coffee dan green tea.

Menariknya bersama air tu dibagi sekali sekeping biskut. Biskut coklat kacang gajus sedap gila! Sampai hasben beli setin biskut tu, mujur ada jual. 
Pandaikan promosi gitu.




Biskut tu namanya Afgan cookies ye, in case teringin nak rasa.

Makanan semua memang sedap. 

Environment pun selesa dan cantik. Harga standard macam hotel sikitlah. Portion pun besar. Tapi dari segi rasa memang sedap dan puas makan.

Layan gambarlah. Presentation pun cantik gila. Rasanya apatah lagi. Hehe







Bulan puasa ni cafe buka seperti biasa dan kalau nak berbuka, ada juga Buffet Ramadan. 



Tanah Aina Cafe, Shah Alam
Alamat: No 1 & 2, Jalan Mesra 1, Taman Mesra, Batu Tiga, 40150 Shah Alam, Selangor
Tel: 03-55243258
FB: Tanah Aina Cafe by Farhana's Oven