19.2.19

Kenali Tanda Keracunan Makanan


Pagi ni, tak menahan-nahan akak nak ke toilet. Perut memulas, isi perut tak sesabar nak keluar. Peluh menderu-deru habis lencun kepala. Lepas tu loya tapi mujur tak muntah.

Aduh, agaknya food poisoning gini ni. Akak pernah kena lagi teruk dari ni. Azab jugaklah lemah lembik badan oi.

Tadi akak google saja nak check betul ke simptom yang akak alami ni sebab food poisoning. Maka ini dapatan akak.

KERACUNAN MAKANAN
Sumber: www.mohklik.moh.gov.my

Apa itu keracunan makanan?

Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.

Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2003 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:

1. Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus
2. Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai
3. Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum
4. Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

1. Keracunan tersebut
Kuantiti/jumlah bakteria, virus atau agen penyebab toksin yang telah dimakan
2. Umur seseorang
3. Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

Rasa loya
Cirit-birit
Muntah-muntah
Sakit perut
Berpeluh/demam
Sakit kepala

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal. Ia juga boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik).

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan ialah:

1. Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam)
2. Makanan tidak dimasak dengan sempurna
3. Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak)
4. Makanan yang telah sejuk tidak dipanaskan dengan sempurna
5. Makanan yang beku seperti daging tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak
6. Memakan lebihan makanan secara terus tanpa dipanaskan dengan sempurna
7. Kaedah penyediaan makanan yang tidak bersih
8. Makanan tersebut disediakan oleh orang yang menghidapi atau pembawa penyakit yang disebarkan melalui makanan seperti typhoid dan taun

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan:

1. Sentiasa menjaga kebersihan
2. Basuh tangan dengan betul sebelum menyentuh makanan
3. Basuh tangan selepas keluar dari tandas
4. Basuh dengan bersih permukaan tempat makan atau penyediaan makanan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
5. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga dan haiwan seperti tikus dan haiwan-haiwan yang lain
6. Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
7. Gunakan peralatan seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
8. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
9. Sentiasa masak dengan sempurna
10. Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
11. Panaskan makanan atau lebihan makanan dengan sempurna
12. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
13. Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
14. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk
15. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
16. Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
17. Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
18. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
19. Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
20. Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
2. Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh Pegawai Kesihatan
3. Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
4. Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat

13.11.18

Elseve Express Hair Refresher



Akak payah nak jumpa produk rambut yang akak sesuai dengan akak. Kalau syampu tu, memang selalu gaklah tukar-tukar sebab tak ngam la tak sesuai la tak best la. Conditioner rambut pun sama gaklah cuma biasanya akak beli yang sama brand dengan syampu. Baru sedondon gitu ha.

Sekarang ni ada satu produk rambut yang akak sukaaaa sangat. Mula-mula akak beli sebab murah. Labelnya tulis Express Scalp Refresher. RM5 kot kat Guardian masa tu. Produk baharu, entahlah apa kebenda tapi akak tetap nak cuba.

Bila dah pakai... uiiii best uiiii!

Sejukkkk rasa kulit kepala sebab dia ada menthol. Then gatal kepala pun dah kurang. Rambut pun wangi baq hang.

Refresher ni ada pure clay + menthol. Bila apply kat kulit kepala akan beri rasa nyaman dan sejuk, kurangkan minyak pada rambut dan rambut lagi senang diurus. Dibuat khas untuk kulit kepala dan akar rambut berminyak.

Sekarang ni harga sebotol kecil 100 ml ni dalam RM18-20 depend beli kat mana.

Watson ke, Guardian ke, supermarket ke.

Nak lagi best, pakai sekali dengan syampu dan perapi rambut dari range yang sama - Elseve Extraordinary Clay.

Iklan tak berbayar ni. Cuma perkongsian pelanggan yang berpuas hati. Hehe.


1.11.18

Misi Kurus

Dekat 2 bulan dah since akak sign up dengan personal trainer dalam misi nak  menguruskan badan.

Bulan pertama alhamdulillah. Bulan kedua terbabas sikit. Bulan ketiga ni moh le kita insof kembali.

Tak banyak lagi dah nak sampai target weight cuma hmmm itulah godaan sikit pun tak mampu nak tepis. Kohkoh

Apapun yang tensionnya mana pi buku Eat Clean akak ni. Musykil betul hilang pi mana tak tau. Kan akak dah lost ni.

Mujur ada lagi buku resipi sihat yang lain. Hehe

Moh la kita buang lemak-lemak semua ni. Kata nak kurus menjelang hujung tahun khennnnn.

Akak kurangkan nasi. Ratah lauk je banyak. Nasi yang ada kat rumah pun yang kurang kanji, tidaklah selera sangat nak makan. Hahahahaha tapi hasben akak suka... aku raikan je. Ngeeee