27.12.17

Anak ke Tadika dah Minggu Depan!


Di timeline FB, penuhlah dengan perkongsian mak ayah dengan perbelanjaan anak nak masuk sekolah.

Dari keperluan sekolah macam beg, kasut, baju hinggalah ke buku dan yuran.

Bukan sikit-sikit belanja untuk seorang anak, berganda kalau anak ramai.

Harga sebuah pendidikan untuk anak-anak, generasi pewaris bangsa.

Kami yang baru nak daftar anak ke tadika pun dah mula rasa. Itupun umur 6 tahun baru kami masukkan ke tadika. Alhamdulillah juga dapat tadika yang yurannya masih dikategorikan mampu untuk kami.

Cuma masa daftar ni jelah, bayaran untuk buku, uniform dan lain-lain.

Pengalaman pertama agak mengujakan jugaklah. Dah kena siapkan uniform tadika, tampal lencana, beli beg sekolah dan alat tulis.

Setakat ni tengok anak ok aje, minta-minta nanti dah start tadika tu pun dia ok la jugak.

Minggu depan akak dah jadi mak yang ada anak sekolah dah. Hehe. Geng la dengan mak-mak yang kena iron baju uniform anak. Haha. Cuma tak payah nak perang kejut anak bangun pagi sebab dia tadika sesi petang. Kikiki

22.12.17

Anak Masuk Sekolah


Dah tiba ke minggu akhir cuti sekolah, mak ayah pun dah start busy uruskan anak kembali ke sekolah.

Beli buku, siapkan pakaian, kelengkapan sekolah dan macam-macam lagi.

Akak pun tetiba tak terkecuali. Akak hampir lupa anak akak pun nak masuk sekolah.

Sekolah tadika. Hahaha

Dah daftar dan dah dapat baju uniform tadika dah. Warna hijau. Hehe. Besor sikit almaklumlah anak bujang akak tu selim melim orangnya. Tapi oklah tu.

Tinggal nak siapkan barang-barang sekolah sikit. Beg, kasut, alat tulis.

Anak akak masuk tadika first time umur 6 tahun. Macam ummi abah dia la. Masa umur 4-5 tahun dia sekolah ummi je. Hihi

Harap-harap urusan pertadikaan dia berjalan lancar. Nampak setakat ni, dia excited nak pi tadika. Jangan sampai nanti depan pagar tadika dia buat drama udah le!

Mak-mak semua dah siap ke barang sekolah anak? Ke minggu nak shopping?

21.12.17

Nasi Lemak Bungkus


Pagi bersarapan dengan nasi lemak dah memang tak asing dah bagi rakyat Malaysia ni. Akak pun tak terkecuali.

Sekarang ni, akak suka nasi lemak bungkus kecil-kecil. Kalau dapat yang dibungkus dengan daun pisang tu memang paling akak suka. Bau dia sedap, harummmmm.

Satu masalah nasi lemak bungkus kecil ni, lauk dia selalu tak cukup. Haha. Tak cukup dalam erti kata tekak akak.

Pernah jumpa, nasi lemak yang saiz memang kecil, agaknya saiz penumbuk anak akak je hehe, sambal kosong, ikan bilis kacang ada satu sudu teh, telur dadar sekeping nipis. RM1.20 ke RM1.50 dah tak ingat.

Ada juga yang complete nasi lemak secawan, sambal, ikan bilis goreng, kacang, telur rebus separuh, timun - harga up sikit RM1.80. Yang lebih kurang camni tapi harga RM1.50 pun ada.

Ada juga jenis nasi lemak dengan sambal bilis bawang, telur goreng. Pun boleh je.

Macam-macam versi.

Yang pasti, penjual nasi lemak pun nak kena fikir kos juga. Santan, kacang, ikan bilis, telur boleh tahan juga harganya.

Nak nasi lemak seringgit tu payah benar la sekarang ni. Tak untung pun agaknya ye.

Tu pun syukur ada juga orang jual nasi lemak kan. Hehe. Kot banyak komplen, buatlah sendiri. Puas hati nasi nak tambah berapa pinggan, sambal bilis, ikan bilis goreng garing, kacang 20 biji, telur rebus sebiji atau telur mata, timun berapa banyak suka.

Adeh... ngences pulak tulis pasal nasi lemak. Menitik air mata sambil makan roti telur pagi ni. Haha!

Gambar nasi lemak tu hiasan je.