3.1.17

2017 Dah Tiba


Haa dah masuk tahun baru dah, hari ni masing-masing dah kembali bekerja dan anak-anak pun dah balik ke sekolah dah.

Saya, masih diam kat rumah. Maklumlah anak belum pi sekolah lagi. Jadi belum lagi nak kalut macam mak ayah lain on the first day of school. Kekeke.

Tahun ni, alhamdulillah. Sudah bertambah ahli keluarga. Tanggung jawab juga bertambah. Tanggungan pun bertambah jugalah.

Walaupun ada ketika struggle juga nak hidup kat bandar ni tapi kita tetap usahakan mana yang boleh. Kena kerja lebih lah. Selebihnya biar Allah yang uruskan.

Tahun ni, tak set beria-ia pun azam tahun baru. Dan takmau juga awal-awal tahun beria semangat lepas tu down. Saya lebih kepada membuat perkara yang saya suka dan minat dan dapatkan pendapatan daripada itu.

Sedang menuju ke arah itu dan nampaknya alhamdulillah, dapat peluang seperti mana yang diimpikan dan sekarang hanya perlu fokus dan jalan terus.

Tiada resolusi yang mustahil dicapai tahun ini, semuanya yang realistik dan insha Allah sesuai dengan kemampuan.

Dengan tiga anak kecik ni, memang ada kekangan sikit tetapi alah bisa tegal biasa yedok.

Apapun harapannya tahun ni lebih bersinar cemerlang dan lebih berjaya. Insha Allah!

Selamat Tahun Baru 2017.

30.12.16

Habis Pantang


Alhamdulillah, habis pantang sudah. Walaupun rasa macam sebelum 44 hari tu dah tak pantang sangat tapi akhirnya survive jugalah. Hehe.

Misi kali ni nak berpantang dengan sempurna kurang tercapai jugak. Tough jugaklah bila pantang sendiri ni. Dengan anak dah tiga, memang kelam kelibut hang jadinya!

Apapun, alhamdulillah setakat hampir 2 bulan ni baby sihat walafiat. Mudah-mudahan berterusan begitulah.

Menyusu pun ok, siap berebut dengan abang. Abang nangis, dia pun sama nangis. Bila dia nangis pun, abangnya pun sama naik. Memang naik jugaklah stres ummi haaaa.

Lagi 2 hari dah nak 2017.

Moh la kita berazam baru belaka. Kihkihkih

17.12.16

Cerita Pantang Hari ke 38


Aman dan tenangnya rasa bila tiga-tiga askar dah lena.

Sebelum tu kemain nak pecah rumah dah gayanya dengan perangai sorang-sorang. Masing-masing buat perangai bila dah ngantuk.

Yang sulung tadi nangis-nangis dok kira 1 sampai 10 sebab tu syarat abah dia nak bagi tengok video Ultraman. Dia kira tak betul, dia pulak yang marah-marah. Padahal bukan tak reti tapi agaknya dah lama tak monitor, dia lupa. Hakak pun kalut dengan baby tak sempat nak cara ke situ. Dan lama tak pasang video education. Balik-balik Upin Ipin ngan Oddbods je. Huhuhu.

Yang nombor 2, panjat sana sini, rabat katil nak usik adik baby dia tido. Abang dia baring, dia sibuk tarik baju, tarik rambut. Hangin la orang tu dah la mood tak baik sebab gagal kira 1 sampai 10 tadi. Yang ni punya ligat sampai tahap kena wrestling dengan dia ni. Tu lah aktiviti dia sebelum tido. Alih-alih penat, mai cari nenen. Mujur adik baby dah tido. Boleh la dia nenen ngan aman.

Yang nombor 3, biasa pukul 9 lebih dia lelap dah sampaiiiii la few hours pulak baru nangis nak nenen. Jenis tido malam, siang jaga anak dara ni. Alhamdulillah setakat ni ok saja dia, cuma volume ja cepat naik. Hoho kaluit ummi dia.

Abahnya, pun dah terlena kepenatan tadi kerja. Maka jangan diganggu boss tido.

Ummi pun ngantuk tapi belum solat Isyak lagi. Sebelum tido kena lapik perut dulu. Nak bancuh Horlicks dengan makan biskut sikit untuk milk booster malam.

Gitulah berlalunya satu hari pejam celik sat saja. Pantang pun dah masuk hari ke 38. Tinggal 6 hari lagi.

Sikittttt lagi. Hehe.