Skip to main content

Posts

Sebab Shopping di Aeon Maxvalu Best

Saya pernah berkongsi tentang shopping di Pasaraya Aeon Maxvalu sebelum ni, di sini , tapi untuk kali keduanya nak kongsi lagi sekali sebab saya rasa bagus untuk orang lain juga tahu. Ok, dari segi harga memang tak dapat dinafikan memang agak mahal tapi bergantung juga pada barang yang kita nak beli dan juga waktu kita beli tu. Kalau sayur organik, memang a bit pricey lah sebab premium quality kan. Sesuai la dengan harga dia. Tapi yang biasa, yang local products pun ada banyak pilihan juga. Pilih betul-betul. Kadang-kadang di rak clearance kalau untung ada barang yang elok lagi, boleh pilih. Harga memang terbabas boleh less sampai 70%-80%. Ayam, daging dan ikan pulak, kalau pegi awal pagi masa baru buka atau lewat malam nak dekat tutup tu, akan ada less 30%-70%. Tapi yang dah siap pek lah. Saya paling rambang mata kalau ikan. Ikan tenggiri, jenahak, merah, kerapu. Ikan lelong Ikan-ikan mahal ni! Kadang-kadang kepala ikan pun ada. Sotong, udang ada. ...

Takziah: Kebakaran di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru

Takziah kepada semua anggota keluarga mangsa yang terlibat dalam kebakaran di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru pagi tadi. Sememangnya kebakaran yang berlaku di Wad Kritikal (ICU) kat hospital terbabit meninggalkan kesan yang mendalam bagi semua petugas kesihatan khususnya dan rakyat Malaysia amnya. Gambar: beritaharian.com.my Teringat lagi kunjungan saya ke Johor Bahru, sekitar tahun 2012, beberapa bulan selepas kahwin. Kira honey moon lah gitu. Saya teman suami ke UTM, untuk ambil transkrip ijazah. Alang-alang ke sana, kami bercuti terus lah. Bandar JB memang sangat asing bagi saya. Saya tak pernah pun ke sana, itu lah pertama kali. Seronok jugalah, suami bawak je jalan-jalan ke tempat yang dia biasa pegi masa study dulu. Lebih kurang macam Penang juga pada pendapat saya dari segi kesibukan bandar tulah. Kami menginap di Thistle Hotel, berhadapan HSA. Bangunan HSA memang lain sebab dindingnya merah, dari jauh pun nampak. Saya dari tingkap hotel tu dapat lih...

Sarapan di Warung Imam Muda, Jalan Kebun, Klang

Pagi ni berkesempatan sarapan di Warung Imam Muda, yang tak jauh daripada rumah. Kami dalam perjalanan ke klinik, jadi sebelum ke sana, singgah sarapan dulu. Selalunya nak sarapan kat sini waktu hujung minggu, ramai sangat orang. Jadi bila ada peluang hari bekerja ni, bolehlah singgah. Warung Imam Muda ni lokasinya di Jalan Haji Hussin, Jalan Kebun, Klang. Tepi jalan aje, depan rumah orang, agaknya tuan kedai kot. Kedai pun konsep terbuka, jadi dapat merasa angin sepoi-sepoi semula jadi diiringi pulak dengan alunan bacaan Al Quran sambil makan. Pagi ni, kami pilih untuk sarapan nasi lemak ayam berempah, nasi goreng kampung dan kuih-muih. Air pulak teh O dan teh tarik. Sebelum ni, pernah makan soto dan lempeng Jawa. Sebenarnya banyak lagi menu yang ada, macam bubur nasi tapi available hujung minggu sajalah. Makanannya sedap juga, citarasa homemade gitu. Lempeng Jawa tu sedap sambal pencicahnya. Suasana kedai pun selesa. Kalau yang tinggal di sekitar Jalan Kebun Klang ni bolehlah ...