25.8.16

Kes Maahad Tahfiz



Hari ni, dah banyak akak nampak orang dok viral dan share berita maahad tahfiz yang terlibat kes cabul tu. Siap satu portal tu letak gambar ustaz pemilik maahad tu lagi.

Dan polis pun dah mula siasat kes ni, kita yang tak berkaitan ni eloklah kalau tak payah komen lebih sangat, kita sendiri tak tahu apa yang berlaku di sebaliknya. Ambik tahu dan ambik langkah berjaga-jaga tu ok, tapi nak hukum dan kata yang bukan-bukan kat individu tertentu rasanya tak patut jugak kot. Ni tertakluk kepada keyboard warrior semata lah ye.

Akak follow juga kes ni. Risau jugak esok anak-anak dah nak masuk sekolah. Kalau sebelum ni kita dok risau anak perempuan, sekarang ni anak lelaki pun sama juga. Dah nak kena educate anak pasal sexual education dari kecik. Kena explain terang-terang bagi dia paham apa yang boleh dan tak boleh.

Mak-mak ni kalau boleh nak anak depan mata dia je tapi memang la mustahil kan. Yang dia mampu, doa je Allah lindung ke mana-mana anak dia pegi, dengan sapa anak dia bergaul.

Kadang bila baca berita macam ni, kepercayaan kita pun dah jadi menurun kat orang yang tinggi agama. Disebabkan segelintir jugak terkena institusi lain jugak. Dah tentu bukan semua maahad macam tu. Tapi tak banyak sikit, terhakis jugak lah kepercayaan dan kredibiliti kita kat sekolah agama dan maahad tahfiz.

Sapalah yang taknak anak yang pandai Al Quran, baik akhlak dan soleh. Kalau boleh tu biar anak lebih baik daripada kita. Tapi nampaknya kena lebih hati-hati pilih sekolah agama untuk anak. Zaman sekarang ni, sekolah yang ada nama pun belum tentu bagus ye kan.

Makanya, selain ajar anak ABC, 123, mengaji dan sebagainya, kena masuk silibus jugak ni pendidikan seksual. Mencabar betul jadi mak ayah zaman sekarang eh.

Semoga anak-anak kita dilindungi Allah sentiasa.

24.8.16

Pendaftaran Pra Sekolah



Semalam, alhamdulillah berjaya submit borang Pra Sekolah untuk anak sulung akak. Haaa rasa macam dah up pangkat mak dah bila anak dah nak mula sekolah.



Tapi, ni baru pra. Dan anak baru 5 tahun pun. Tapi sebab sekolah kata boleh cuba apply, akak cuba ajelah.

Sebenarnya, untuk pra sekolah, anak yang umur 5 dan 6 tahun pada tahun hadapannya boleh je apply. Tu sekolah yang dekat rumah akak ni lah. Sekolah lain akak tak pasti. Tapi rasanya mana-mana sekolah rendah gomen boleh kot.

Keutamaan tempat akan diberi untuk anak yang umur 6 tahun, tapi kalau ada kosong, sekolah akan pilih budak 5 tahun. Sebab tu apply je mana tau ada rezeki dapat. Or else, senang nak apply tahun depannya pulak since dah ada rekod di sekolah.

Macam kat sekolah yang akak apply ni, akak nampak banner permohonan pra sekolah kat depan sekolah tu haa. Jadi, pegi la pejabat sekolah nak ambik borang.

Borang tu isi bagi lengkap, attach segala salinan dokumen yang perlu.

Macam borang anak akak ni, salinan dokumen yang perlu macam Mykid dan surat beranak anak, IC mak ayah, surat nikah mak ayah, slip gaji, bil utiliti (air/elektrik). Semua salinan ni kena disahkan ye.

Lepas tu, isi borangnya. Dalam borang ada macam-macam details lah pasal maklumat keluarga.

Satu yang kena ingat, pemilihan bergantung pada ranking gaji mak ayah, daripada yang rendah ke tinggi. Jadi, keutamaan akan dibagi pada keluarga yang berpendapatan rendah dulu. Dan bilangan pelajar yang sekolah nak ambik dalam 25 orang je. Memang sengit la persaingannye ye tak. Tapi tak payahlah pikir bab tu, kita apply aje kan.

Ok, lepas dah complete isi borang, buat salinan dokumen dan sahkan semua, beli setem 80 sen dua keping dan dua envelope putih saiz 4" x 9". Tampal setem kat envelope siap-siap. Envelope tu pulak kena siap ditulis nama dan alamat sendiri. Agaknya senang keja pejabat sekolah nanti nak pos surat in case dapat ke tak dapat kan. Ikut aje arahan, kita mudahkan keja orang, insha Allah keja kita pun mudah juga.

Lepas dah siap tu pegi balik hantar kat pejabat sekolah, nanti kerani akan minta kita isi buku rekod permohonan pra sekolah. Lepas kerani dah puas hati dengan borang yang kita hantar, dah boleh balik. Tunggu je jawapan sama ada dapat atau tak.

Haaaa kalau ada rezeki dapat ni, tahun depan anak akak dah masuk sekolah weh! Akak pulak yang neves. Kihkihkih.

Apapun kita tunggu ajelah ye.

18.8.16

Team Malaysia yang Ohsem di Olimpik Rio



Wah, menjadi-jadi sungguh nampaknya team Malaysia kat Olimpik kali ni ye.

Berjangkit-jangkit aura pingat dari satu team ke satu team.

Bermula dengan Pandelela, lepas tu Azizulhasni "PocketRocketMan", menyusul 3 sasaran pingat team badminton pulak. Pandelela dengan Azizul pun lepas ni ada lagi acara kalau tak silap, ada chance kumpul pingat lagi ni.

Gambar: nst.com.my

2 pasangan beregu dalam badminton dah tentu dah pingat, cuma tak tau lagi perak atau emas.

Update: Beregu campuran berjaya dapat pingat Perak 😊

Gambar: nst.com.my


Datuk Lee Chong Wei pun on the way, sekarang tengah semi final.

Haaa, semangat tak akak. Walaupun rumah akak tak bertelevisyen, tapi tak menghalang akak ambik tau pasal Olimpik tau. FB kan ada. Kehkehkeh

Cuma akak takleh tengok live je lah. Akak cuma tau result aje laaaa. Jadilah kan. Biar kome kome je yang rasa getarnyaaaa 😉

Apapun syabas untuk team Malaysia kali ni. Memang haibat belaka mereka. Dan pastinya memang berusaha sangat keras untuk sukan ni. Olimpik kot dek non oi. Dapat wakil pi Olimpik dah satu hal, dapat pingat tu satu hal lagi.

Yang bab depa dapat pencen dan insentif tu tak payah nak kecoh sangat lah nak banding dengan kerjaya-kerjaya lain. Tak sesuai. Setiap atlit pun ada sumbangan depa tersendiri jugak. Ingat menang pingat tu saja-saja ke?

Akak ada terbaca bila satu-satu negara (tambahan lagi kalau negara kecik dan tak glamer) ni menang apa-apa pingat kat sukan-sukan besar macam ni, tu salah satu cara nak perkenal negara pada dunia. Negara lain kenal dan buka peluang pelaburan. Kiranya walaupun negara tak semenggah mana pada mata negara besor, tapi at least diorang akan kenal. Yelah orang mesti nak tau Melesia ni letaknya kat mana? Macamana boleh ada atlit haibat pulak?

Kita tumpanglah berbangga. Daripada dok bercakap pandai je kutuk yang bukan-bukan. Kita sendiri pun tak tau sejauh mana pengorbanan atlit nak sampai ke tahap ni.

Jom kita tengok siapa yang akan bawak balik #emasuntukmalaysia kali ni.