21.5.16

Program CSV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang


Pagi ni, bangun awal masing-masing sebab nak ikut husband punya program company, CSV di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang. Program macam CSR jugaklah, khidmat masyarakat.

Husband excited nak bawak anak-anak sebab ada special appearance oleh Ultraman. Anak yang sulung tu memang peminat tegar, tu yang dia sendiri pun sanggup bangun awal nak ikut.

Saya pun taklah tahu menahu sangat pasal program ni, saya pun join husband je. Tapi setakat pengetahuan saya, program ni kiranya inisiatif pihak swasta untuk bantu agensi kerajaan dalam kes ni, bantu hospital kerajaan. Diorang pilih wad kanak-kanak. Biasa lah kan, budak-budak sakit, kalau dapat happykan diorang pun dah cukup best.

Yang saya perhatikan dan berdasarkan apa yang diborak dengan husband, pihak company bantu hospital dengan deco bilik permainan dan beri sumbangan permainan/buku kepada wad kanak-kanak tu. Selain tu, ada jugak sumbangan barangan (sponsorship). Dan kedatangan Ultraman tu sebagai menceriakan kanak-kanak. Itu pun bagi budak yang kenal dan biasa lah. Ada jugak budak yang meraung takut bila Ultraman tu beramah mesra. Huhu.

Dari segi hospital, diorang memang suka lah ada company buat khidmat masyarakat macam ni. Yalah, bagi orang sakit seronok pun salah satu kebajikan jugak. Dan dapat bantu dan sumbang mana yang patut. Untuk pihak company, sebagai usaha sama dan bantu dengan sumber yang diorang ada, selain menjalin kerjasama yang baik dengan pihak yang dibantu.

Saya pun tumpang seronok tengok anak-anak, kawan-kawan baru diorang tadi dan pesakit kanak-kanak enjoy main mainan dan mingle around dengan new friends. Bagi anak saya dan saya yang banyak masa di rumah, sesekali dapat get together with people memang very refreshing.

Selain tu, tempatnya di HTAR, hospital yang banyak kenangan pada saya. Kedua-dua anak saya dilahirkan di sini. Dan berbanding sewaktu saya bersalin (last datang hospital), sekarang dah bertambah baik. Bangunan dicat baru, pertambahan bangunan, dan sistem parking yang lebih sistematik saya kira. Saya fikir hospital ini juga tidak sesesak sebelum ini dengan pembukaan Hospital Shah Alam. Juga kebanyakan orang sudah mula ke Hospital Sg Buloh dan Serdang yang lebih baru (anggapan saya sahaja).

Apapun, hari ini memang hari yang menceriakan kami sekeluarga. Memang sangat enjoy. Alhamdulillah anak-anak pun behave, tak banyak kerenah, senang handle. Kalau ada lagi program macam ni, rasanya nak tag along lagi 

15.5.16

Review Makan: Arang Ikan Bakar

Tengah hari tadi, langsung ke Arang Ikan Bakar, kedai makan yang diusahakan oleh kawan kitorang (kawan akak dan suami) setelah sekian lama nak pegi tapi tak pegi-pegi.

Sebelum ni ada plan dengan best friend nak pegi tapi ada saja hal yang menghalang dan tertangguh-tangguh tu yang tak sampai-sampai.

Tadi dengan spontannya kona pi guna Waze je. Alahai Waze pun nak kata beng*** masa mula tu ingat dah salah tempat dah. Rupanya betul. Haha kedainya ke belakang sikit, tak nampak dari jalan besar. Masa kitorang sampai, tak ramai sangat orang lagi, jadi senang nak parking dan nak makan pun senang dan selesa. Cari meja yang dekat dengan kipas, nasib baik tak terbang tudung. Hahahaha.

Lokasi kedai berhampiran Seksyen 7. Dekat dengan area Pharmaniaga dan Tamco. Kalau yang familiar dengan area ni, haa kedai ni dekat dengan bengkel-bengkel kereta yang ada lori-lori kecik jual cendol dan laksa petang-petang tu. Haa area kedai yang bertentangan tu lah. Deret belakang. Kedai lot tepi. Refer alamat kat bawah entri.

Konsep kedai - layan diri. Nak makan apa, ambik sendiri. Antara menu:

- Ikan bakar (kembung, keli, siakap dan lain-lain)
- Ayam percik
- Asam pedas ikan pari
- Kari ikan (tak silap ada kari kepala ikan siakap rasanya)
- Pelbagai ulaman (kangkung, petai, timun, jantung pisang, kacang panjang, bendi, dan lain-lain) - part ni saya suka!
- 7 jenis air asam - air asam biasa, air asam Kedah, air asam kerisik, sambal quinin, sambal kicap, sambal belacan (satu lagi lupa!) 

Yang bestnya, nasi tambah dan air sirap disediakan PERCUMA.

Satu lagi yang menarik adalah signature jumbo drinks - Arang Tapao Coffee. Ada macam-macam jenis air bukan kopi je. Kitorang pilih green tea, jagung dan dinosaur (coklat). Didatangkan dalam bekas plastik yang bersaiz besor gedabak, kalau tak habis minum, maka tapaulah air tu bawak balik.

Ikan segar yang dibakar kat sini guna arang (macam nama kedainya lah). Original gitu.

Kepada sesiapa yang teringin nak rasa, bolehlah singgah, khususnya warga Shah Alam. Harga agak berbaloi. Silakan mencuba!

Kedai ni jugak turut direview oleh team The Vocket dan Warong Hunter. 

Arang Ikan Bakar: No 49, Jalan Keluli AL7/AL, Taman Perindustrian Bukit Raja Selatan, 40000 Shah Alam, Selangor

No telefon: 014-3374014
Facebook: Arang Ikan Bakar

Blog: arangikanbakar.blogspot.com

Waktu operasi: Selasa-Ahad (Isnin cuti)

*Kedai ni dah tak beroperasi. Dah tutup. Huhu





13.5.16

Ujian Kecil Hikmah Besar


Malam semalam, tetiba datang sakit perut ya Allah punyalah memulas, bergelora rasa dalam perut.

Hanya mampu baring dan menyusu anak je. Hal dapur hasben yang uruskan. Tak mampu sungguh dah semalam. Maka, terfikirlah apa sebab musababnya.

Makan terung ke? Semalam masak terung cili. Makan pedas kot? Ke sebab makan kedondong? 7 biji sekali jalan cicah dengan garam. Ke pindang yang terlebih masam tu? Atau ikan yang tak fresh? Makan lewat kot sebenarnya... masuk angin, tu yang hangin satu badan.

Saya selalunya sebelum maghrib dah makan malam. Sebab anak-anak pun memang makan time tu. Semalam ada orang datang rumah, saya dok sibuk masak saya terlupa nak makan. Tapi masa tu saya tak rasa lapar sangat pun. Bila tetamu dah balik, tak lama hasben pun balik. Bawak balik sate pulak tu. Lepas saya solat maghrib, terus capai sate. Kemain sedap lagi kaut kuah kacang. Makan makan makan lepas tu terduduk. Mengah dah masa tu. Sejam lebih lepas tu yang rasa perut tak sedap tu. Agaknya baru sedar perut masuk angin. Haihhhh

Mulalah sapu minyak kayu putih kat perut. Sendawa juga sikit-sikit. Lepas tu hasben tolong sapu jugak kat kaki, tengkuk dan belakang sambil urut. Sekali beliau yang sendawa. Huhu. Lega sikit. Then ada rasa nak membuang. Masuk toilet tapi tiada hasil.

Baring terus tertidur sambil menyusu anak. Sebelum tu menahan-nahan jugak rasa memulas tu. Memang sakit sungguh. Allah bagi sakit sikit je pun dah rasa tak tahan. Masa tu yang mampu istighfar aje. Ada la kurang sikit sakit tu. Tu lah manusia, cepat lupa. Cepat lalai. Sebab tu Allah bagi ingatan mesra mcm tu. Nak kena bagi sakit baru ingat kat Dia? Nak bagi susah baru ingat kat Dia? Nak bagi ujian baru ingat kat Dia?

Tapi apapun saya syukur Allah bagi peringatan macam tu untuk elak saya jadi lebih lalai. Kadang kita ni lebih dok pikir urusan dunia aje.

Sebenarnya sakit tu kalau nak dibandingkan tak besar mana tapi dalam keadaan saya sekarang dan dengan anak dua orang yang tengah membesar, sedikit sukar juga. Alhamdulillah anak yang sulung boleh buat perkara asas sendiri.

Dari satu segi dan mengambil kira pengalaman, mungkin saya bukan sekadar masuk angin, mungkin ada salah makan juga. Peringatan untuk diri sendiri supaya lebih berhati-hati dan tahu kemampuan diri sendiri.