4.5.16

Dilema Anak Dijaga Pengasuh


Pagi ini, semasa di klinik, sempat sembang-sembang dengan nurse sambil check up. Haa jangan kata nurse tak buat kerja pula dok sembang-sembang dengan patient ek. Tu sambil-sambil check tau.

Mula-mula tu kecut perut juga nak cakap-cakap, nurse muka kedut je. Stres kot ye. Tapi lepas dia yang start cerita kita layankan sajalah. Ceritanya start bila saya mention saya suri rumah. Dia kata adik dia pun sama, resign sebab anaknya tak mahu langsung minum susu di rumah pengasuh sampai susut badan. Baru seminggu tu. Maka resign la adiknya daripada pekerjaan di bank M. Sayang jugak kan tapi tu lah pengorbanan sorang mak.

Nurse tu pulak, suami dia ada juga suruh resign tapi dia keberatan. Dia suka kerja, ada duit sendiri. Faham, saya kata. Saya pun dulunya macam tu juga. Dia ada juga share kebimbangan bila bagi anak yang baru beberapa bulan ke pengasuh. Dia kata dia hanya hantar ke pengasuh bila anak dah 2 tahun. Sebelum tu mintak tolong maknya jagakan. Alhamdulillah ada mak boleh tengokkan cucu ye tak.

Kami berkongsi kebimbangan yang sama bila dia share pasal pengasuh yang bagi baby minum susu dengan alas kain atas dada, sambil baring. Memang boleh nak jadi sebab baby tersedak susu la jawapannya. Pengasuh yang bertanggung jawab takkan buat macam tu. Kalau Allah takdirkan baby tu tersedak susu, jadi kes, takkan masa tu baru nak sedar. Kan dah banyak kes pun jadi. Semoga pengasuh-pengasuh yang masih amalkan sikap sambil lewa macam ni ambiklah iktibar. Kita menjaga amanah orang. Nyawa manusia. Jangan fikir duit saja. Mak bapak pun perjudikan nasib anak bagi orang jaga anak dia tu tau.

Ada lagi la yang disembangkan dengan nurse tapi the point is, isu pengasuh lah. Buat mak bapak serba salah saja. Mana lagi nak kena kerja, kalau pengasuh yang banyak bagi masalah, mak bapak nak kerja pun jadi susah hati.

Yang adik ipar saya pulak, kes pengasuh kerap minta cuti. Adik ipar ni kerja shif, memang agak sukar nak cari pengasuh. Mujur juga ada sorang akak ni sanggup ambil, tapi dengan bayaran yang sedikit tinggilah. Tapi kita faham sebab waktu mengasuh dia tak menentu, bergantung kepada shif adik ipar saya. Cuma akhir-akhir ni, saya kerap juga dengar katanya pengasuh selalu minta cuti. Banyak hari, hampir setiap minggu pula. Alahai, kat mana mak bekerja ni nak tinggalkan anak? Berapa hari perlu cuti sebab pengasuh cuti? Dan bos mana yang mahu terima alasan cuti sebab pengasuh cuti selalu?

Saya yang mendengar pun rasa tempias juga panas hati. Huhu. Bukan apa, pada saya pengasuh tu nak bercuti, berpada-padalah. Kerja dia tak seperti orang lain. Dan mak bapak yang hantar anak ke situ bukan senang-senang nak cuti. Nak juga kena spare cuti untuk emergency.

Itulah dilema terbesar ibu bekerja. Cuti sebab pengasuh. Aduhai.

Sekianlah rambling tentang pengasuh. Over pulak padahal bukannya saya hantar anak kat pengasuh pun. Hehe tumpang dilema je...

22.4.16

The Lost World of Mimaland


Malam tadi, tak semena-mena dok search pasal Mimaland. Ternampak ada orang share kat FB, dah lama nak search pasal kisah Mimaland kena tutup tapi sampai ke sudah tak search pun hinggalah malam ni.

Mula baca blog-blog orang. Banyak entry blog sekitar tahun 2012-2013. Kebanyakan blog ayat sama je pasal sejarah Mimaland tu, copy from somewhere rasanya. Then jumpa jugak blog yang ada orang cerita pengalaman sendiri, pegi ke taman tema terbesar di Asia tu yang kini dah terbiar. Yang banyak semua pakat cerita hantu dengan seram belaka. Maklum la tempat tinggalan, dah jadi hutan, dan pernah dikisahkan ada berlaku beberapa insiden kematian jugak kat situ.

Lepas tu, macam tak puas hati baca kat blog, search kat FB. Nak-nak pulak memang ada fanpage MIMALAND (boleh search kat Fb), banyak la info boleh dapat.





Kat page tu banyak share gambar-gambar pengunjung yang penah datang dulu. Dari gambar-gambar tu dapatlah kita bayangkan cemana keadaan Mimaland masa tu. Yang paling glamer, replika haiwan prasejarah macam dinasour. Ni kalau wujud lagi taman tema ni, confirm bawak anak pi. Dia suka benor dengan dinosaur. Dan selain replika tu, tarikan utama papan gelungsur air yang terpanjang/tertinggi/terbesar di Asia Tenggara masa tu. Tu dalam tahun 70 ke 80-an. Memang hebat gila la Malaysia masa tu ada taman tema camtu. Memang kalah Sunway Lagoon la bak kata kebanyakan orang. Haha.

Bila search guna #mimaland, lagi banyak Fb post yang keluar. Ramai yang pi untuk trekking. Memasing pun bergambar dengan replika haiwan tu ha. Nampak elok gagah lagi replika tu semua. Memang berkualiti sungguh kot pembuatan tu. Dan ada jugak yang buat perbandingan dengan replika yang sama yang ada di UK, Tenby ke nama tempatnya. Memang sebijik.

Dalam post kebanyakan orang, nampak memang kawasan Mimaland tu macam forest reserve, dengan pokok-pokok yang unik dan memang seronok untuk trekking dan cycling. Aktiviti riadah sesuai la. Nampak kawasannya pun biarpun kawasan tinggal tapi macam tidaklah creepy mana mungkin sebab ada yang menjaga. In fact, seluruh Mimaland tu dipagar dan dikawal oleh guard dan anjing, katanya.

Saya tak berapa ingat sama ada pernah pegi atau tak. Kalau pegi pun macam kecik sangat masa tu. Maybe tak pernah kot. Atau pegi kat satu taman tema seakan-akan Mimaland kat Ipoh. Apa ke pulak namanya dah tak ingat.

Tengokkan post di Fb, ada yang kata akan keluar program dokumentari kat RTM nanti (post tu baru lagi dalam bulan April juga). Diorang interview staf lama Mimaland. Tahun lepas, ada staf KRU Music masuk dalam tu. Tak tau la sekadar meninjau atau buat program atau survey. Ada satu post lain, sorang ahkak ni inform yang Mimaland tu akan dimajukan tapi bukan sebagai tempat rekreasi dah. Tak tahu la tu jadi apa. Di page Mimaland pulak, admin nye update ada ura-ura nak bangunkan jadi padang golf atau perumahan tapi tak tahu lah juga apa kesudahannya.

Kita tunggu aje lah kan. Seronok juga follow cerita Mimaland ni. Betapa pemikiran orang zaman tu melampaui zaman. Maju sungguh. Cuma takdirnya berakhir dengan agak tragis. Tu je lah. Tapi ada la ciri komersil nye.

Sekian laporan tentang Mimaland. Kalau nak tahu lagi, search je kat Google dengan Fb. Banyak boleh baca, banyak gambar boleh tengok.

5.4.16

Shopping Keperluan Rumah di KK Home Deco Shah Alam


Minggu lepas, selepas makan-makan di Seri Keningau Village tu, kitorang singgah kejap ke KK Home Deco di belakang Plaza Masalam tu. Kalau sesiapa yang biasa datang ke Plaza Masalam, mesti akan perasan ada kedai deko besar ni tepi jalan sebelum simpang masuk ke plaza.

KK Home Deco ni memang best dan rambang mata untuk orang yang minat design Inggeris. Sebab banyak design ala ala macam tu kat sini. Lain-lain banyak untuk citarasa moden. Banyak jugak pilihan dan harga pun agak murah. Masa saya pergi hari tu ada diskaun.

Nak shopping pun senang sebab disediakan troli. Cuma agak sempit lah sebab banyak barang. Nak mencari barang pun selesa sebab disediakan cooling fan sebesar alam hehe. Takde la rasa berpeluh ketiak dalam tu.

Kat sini bukan setakat boleh cari barang deko je, perabot rumah pun ada juga. Langsir, kerusi, meja, almari pun ada. Menariknya, deko untuk taman pun ada.

Kalau yang kreatif tu, nak cari bahan atau hiasan untuk perkahwinan pun boleh. Untuk deko hantaran ke, goodie bag ke.

Kalau nak ke sini, mudahnya parking di Plaza Masalam di bahagian bumbung. Lepas tu jalan kaki je turun bawah ke KK ni.

Peminat barang perhiasan rumah, singgahlah sini. Rambang mata dibuatnya hehe.