12.3.16

Aeon Mall Shah Alam Kini Dibuka


Akhirnya Khamis lalu, 10 Mac 2016, Aeon Mall Shah Alam dah dibuka secara rasmi. Jika sebelum ni, orang-orang Shah Alam kalau nak ke Aeon, kena pegi Bukit Raja atau Bukit Tinggi di Klang, sekarang ni dah ada yang dekat dah.

Tapi, kalau dari rumah saya, ke Bukit Tinggi lagi dekat. Hehe.

Dengan excited nya, tengah hari tadi nak join la the crowd memenuhkan Aeon Mall baru tu. Tapi dek pusing-pusing entah berapa round, tak ada rezeki juga dapat parking. Rooftop pun penuh!

Maka, incik suami kata lain kali ajalah datang. Bukannya tak boleh datang lagi. Maka kami pun keluar balik dan singgah Tesco aja 

Aeon Mall Shah Alam berada di lokasi yang memang strategik pada saya. Kat Seksyen 13 tu memang compete sungguh la dengan Tesco Extra, Giant Hypermarket. Jadi kalau gaya Aeon Mall tu sesak sangat, pi lah tang lain kot.

Yang rumahnya area D'Kayangan tu, memang syoklah dekat gila dengan Aeon. Macam dulu saya duduk Bandar Botanic, dekat dengan Aeon Bukit Tinggi. Hari-hari pegi. In fact nak beli barang basah pun ke sana. Lepas tu dah tak lalu nak pegi dah. Cemuih, orang Utara kata.

Mall ni kadang-kadang kita nak pi cuci mata je atau bahasa omputehnya window shopping. Jalan-jalan dalam aircond, tambah dalam cuaca panas lit lit camni kan. Duduk Klang Valley ni, pilih sajalah mall mana yang nak pegi. Berlambak sungguh.

Anyway, Aeon Sale berlangsung hingga 31 Mac ye. Hujung bulan ni pi la shopping. Hihi.

Sekian cerita daripada orang yang melawat kawasan parking Aeon Mall hari ini.

9.3.16

5 Tips Latih Anak Diaper Free


Melatih anak sulung diaper free memang mencabar sungguh la. Maklum la tak ada pengalaman lagi kan. Nak kata ikut sangat prosedur atau cara yang strict pun tidaklah cuma ada la terbaca cara-cara mak lain buat.

Tapi saya pun taklah paksa dia. Memandangkan dia macam rimas je pakai diaper, dok tergaru-garu keliling diaper dan kalau nak yak memang nak pi toilet (dia akan cakap nak mandi padahal nak berak), maka kami pun buat decision train je la dia diaper free.

Dia pun dah reti nak bercakap dan dah nak masuk 4 tahun, memang sesuai dah la train, esok nanti nak pi school senang.

Bermula la episod jeritan, pengelapan lantai, tukar baju/seluar lapanblas kali sehari, baju bertimbun dengan jayanya dalam sehari, serta bau-bauan yang menusuk hidung. Haha.

Seminggu pertama tu sebab ada hari balik kampung maka sebab tak konfiden beliau boleh tahan kencing, maka pakai diaper jugak la. Even kat umah uwan dia pun ada babak terlepas juga sebab terlupa nak cakap.

Seminggu kemudian tu, slowly dia dah boleh adapt. Dan after 2 weeks dah boleh kata dia dah totally diaper free. Alhamdulillah dan secara rasminya penjimatan diapers telah berjaya dilakukan. Hehe. Now diapers hanya untuk adik dia aje lah.

Antara tips penting masa train anak diaper free yang saya boleh kongsikan berdasarkan pengalaman saya:

1. Kena bersedia dengan seluar dalam anak. Beli la dalam 5-6 helai untuk permulaan. Tapi anak saya, masa 3 hari pertama, sampai petang je habis dah pakai semua 6 helai tu sebab banyak kali terlepas kencing dalam seluar. Huhu

2. Seluar dalam jugak penting supaya bila dia terlepas kencing tu tak adalah menjejeh dan bersepah sebab diserap oleh seluar dalam tu.

3. Masa nak beli seluar dalam tu, ajaklah dia sekali. Biar dia pilih sendiri nak kaler apa, ada gambar apa. Bagi dia rasa seronok nak pakai dan enjoy proses diaper free ni. Saya hari tu beli kat Tesco. Punyalah lama anak nak pilih. Padahal ada Upin Ipin dan Transformer je pun >_<

4. Jangan marah anak kalau terlepas kencing. Dia tak pandai lagi nak kontrol perasaan nak kencing tu. Kena banyak sabar dan explain elok-elok. Saya cakap kat anak, rasa nak kencing, bagitau ummi. Atau, kalau dia nak pakai balik baju yang dia suka, dia tak boleh kencing dalam seluar, kena pegi bilik air.

5. Kena kerap tanya kalau kalau dia nak ke toilet. Mula-mula mungkin setengah jam sekali kena tanya. Depend kat anak-anak atau instinct mak ayah la. Kadang anak tak reti nak cakap atau tak terfikir pun. Sebab tu kena ulang-ulang tanya.

Dalam 2 minggu alhamdulillah anak saya dah diaper free. Ada anak kawan saya seminggu, ada yang lebih lama lagi. Depend anak-anak. Tapi jangan paksa kalau dia tak ready. Anak-anak akan sampai masa dia juga.

Mak-mak yang nak train anak diaper free...selamat berjaya dan banyakkan bersabaq la noh!

8.3.16

Review Produk: Tropika Baby Herbal Cream


Tropika Baby Herbal Cream ini mulanya suami saya saja nak cuba. Terlanjur di farmasi nak beli Sterimar (saline water untuk cairkan kahak) terbeli sekali krim ni setelah dipromote oleh staf farmasi. Dan sejak tu, suka juga guna. Dah beberapa kali beli dah kiranya.

Apa yang saya suka tentang krim ini?

1. Krim ini ringan, tak berminyak atau melekit. Bila sapu kat anak, cepat meresap. Jadi tak sememeh dan tak risau anak tenyeh-tenyeh.

2. Bahan yang digunakan adalah minyak kelapa dara, halia, minyak kayu putih dan herba-herba lain. Jadi tak perlu risau ada bahan kimia yang pelik-pelik atau boleh membahayakan anak.

3. Baunya harum. Bila sapu kat anak, semerbak baunya. Bau herba.

4. Tidak panas. Sesuai untuk sapu kat anak seawal sehari selepas dilahirkan (macam sapu minyak telon/mestika juga).

5. Sesuai digunakan untuk bantu atasi baby angin, kembung, selsema dan yang sewaktu dengannya.

Sapu je lepas mandi. Wangiiii 

Cuma satu je lah... saya prefer kalau krim tu dalam tiub kot (macam ubat gigi), senang nak picit hehe. Demand plak ye. Eh mana tau kot esok nanti diorang buat new packaging kan.

Saya selalu beli di farmasi atau kedai jamu je. Kalau pandai pilih, ada tempat jual memang murah. Harga biasa RM39.90, tapi kalau rajin online shopping saya rasa ada jugak kedai online yang jual murah gak. Tapi saya dah ada satu kedai jamu yang jual dengan harga terbabas punya. Memang next time beli kat situ je lah kot! Hehe

Cuba jangan tak cuba tau. Setakat ni saya guna krim herba Tropika ni dengan minyak mestika bayi. Sesuai untuk anak saya alhamdulillah.

Sumber gambar: semanisanggur dot blogspot dot com