13.2.16

Alergik Ayam dan Telur

Baru-baru ni anak sedara gatal-gatal satu badan, start naik merah kat muka merebak seluruh badan. Kesian sungguh garu-garu. Ayah dia bawak ke klinik, Dr kata alergik ayam dan telur.

Selama ni makan ayam dengan telur ok je. Tapi agaknya bila sampai satu tahap badan tak boleh terima kot ye atau kalau makan ayam/telur yang tak fresh pun kadang-kadang boleh jadi punca juga. Dr nasihatkan minum air banyak dan elak makan ayam dan telur buat sementara waktu. If nak makan ayam pun, Dr cadangkan beli ayam Az Zain (ayam tak cucuk hormon).

Bab ayam ni, saya pun taklah arif sangat - bab hormon, antibiotik, vaksin, vitamin untuk ayam ni. Tapi saya pasti pihak yang bertanggungjawab dalam urusan ni dah buat kerja depa. Kita lah yang tentukan nak terus makan ayam atau beli ayam yang kita yakin saja.

Saya bukanlah cerewet sangat tapi bab ayam ada memilih sikit. Selalu beli ayam kat supermarket, balik rumah nak potong2 simpan adakalanya macam tak berapa fresh dah pun isi pun lembik-lembik dan cepat hancur. Kita taktau dah berapa lama ayam tu disembelih hingga sampai ke tangan kita. Mungkin juga saya salah pilih ayam atau beli di masa yang fresh semua dah habis. Huhu. Taktaulah. Maka sejak tu kalau nak beli ayam, memang memilih sikit.

Terbaru, cuba ayam Az Zain. Ok la jugak. Makan tanpa waswas gitu haa. Seekor dah dipotong 12 kot, RM17.80. Ayam beku. Kalau ayam organik Az Zain mahal sikit.

Sebelum ni cuba jugak ayam Ayamas, Nutriplus. Kalau sempat pegi mana-mana pasar pagi, beli ayam fresh.

Apapun pilih bersederhana la kot. Jangan makan ayam je, selangseli dengan ikan, daging, seafood. Baru balance. Hehe.

3.2.16

Petua Sabar Dengan Kerenah Anak

Jadi mak dalam umur yang taklah berapa muda sangat ni, sesekali datang jugak rasa huih penatnya la hai!

Hari-hari ada je adegan menguji kesabaran. Masa baby, cara baby. Masa dah besar, cara budak besar rupanya lagi mencabar! Maklom la dah pandai bercakap...

Saya tengah train anak sulung untuk diaper free. Allahuakbar, stres jugak ooo. Mula-mula tu ok jugak la,  tapi dah masuk seminggu...ada gak rasa nak gibab! Bukan part dia terkencing atau terlepas dalam seluar tu yang jadi isu; tapi bila disuruh pakai seluar balik dia kata tak boleh - saya pantang dengar dia cakap tak boleh padahal sebenarnya dia tak mahu buat dan nak suruh saya pakaikan. Maklom la kena tukar seluar banyak kali. Agaknya dia pun fedap! Haha

Cemana saya tahan sabar hari-hari?

Tak tahan jugak sebenarnya. Haha! Nak je hantor ke taska. Baru dia tau berdikari. Tapi nanti lah. Buat masa ni kat rumah je lah dulu, mak kena la belajar sabar 😊

Paling biasa, nak menyabarkan hati, istighfar sajalah. Kadang istighfar pun masih dok tak sabar, nyorok dalam bilik jap. Kadang tu mogok jap tak bercakap dengan dia. Penah gak lari dok dalam bilik air. Haha entah apa-apa la kan. Tapi yang paling mujarab dan berkesan pada saya, buat solat dhuha. Macamana kerenah anak pun saya mampu sabar dan tolerate. Dan kadang anak jadi lebih behave juga. Agaknya sebab kita pun cakap baik-baik dengan dia (tak beremosi sangat), maka dia pun tak lah buat perangai.

Masa anak kecik memang la kena banyak sabar. Ada masa terlepas geram tu, lepas tu saya counter balik explain kat anak kenapa saya marah. Pada saya, anak tetap perlu marah jika perlu. Tapi bukan la marah bertubi-tubi tak tahuan punca. Tegas pun ya, supaya dia paham apa yang dia boleh dan tak boleh buat.

Apapun saya berharap Allah bagi kekuatan kepada saya dan suami serta kita semua dalam membesarkan dan mendidik anak dalam zaman serba mencabar ni. Insha Allah.

28.11.15

Review Makan: Gaza Restaurant, Taman Melati

Berkesempatan ke Gaza Restaurant yang menyediakan makanan Palestin di Taman Melati, Kuala Lumpur. Makanannya boleh tahan. Jemput tengok gambar yang saya sekeluarga makan :) 

Jika rasa nak makan makanan arab, bolehlah cuba kat sini. Harga pun berpatutan. Untuk makanan + layanan + rasa, saya bagi 3.5/5 bintang. Hehe.