25.1.24

Senaman Impak Rendah 20 Minit Sehari

Menyedari diri makin gemuk dan berbonjol di sana sini, maka akak terpaksa merajinkan diri bersenam.

Makan pun jaga juga, tapi banyaknya cheat day daripada true day! Kah kah

Takpe, one step at the time okey.

Sebab akak dah lama meninggalkan arena mem-fitkan diri, maka nak mula balik tu mencabar juga.

Jadi akak pilih senaman yang impak rendah (low impact) saja dulu. Akak mula dengan senaman kardio untuk beginner.





Kalau kita baru nak mula atau dah lama tak bersenam, jangan bercita-cita tinggi sangat ikut yang ekstrim. Tak terbawa nanti. Sakit badan sana sini, risau terus putus asa je nanti terus serik nak bersenam.

Jadi, ikut kemampuan badan ye dan mula runcit-runcit dulu okey.

Ada banyak video boleh cari di Youtube. Ini akak kongsikan satu. 20 minit saja. Tapi lepas tu tegang juga otot betis. Menderu juga peluh di dahi.

Cubalah!

23.1.24

Welcome to Samdal-ri: Antara Sinematografi Jeju, Staf Aniaya Bos dan Suami Terpaling Sedih


Korang yang pernah atau suka tengok Hometown Cha Cha Cha, mesti akan suka juga drama Welcome to Samdal-ri.





Masih mengekalkan latar belakang Pulau Jeju, jadi yang pasti sinematografi memang cantik-cantiklah. Laut, hutan, rumah kampung dan kejiranan yang cakna tentang jiran masing-masing.

Memang tak tahan betoi kalau satu-satu rahsia pecah. Dapat berita ke sorang mak cik bawang, pasanglah satgi esok satu kampung dah tau cerita. Haha

Drama ni macam gabungan banyak cerita pulak akak rasa.

Pasal peramal cuaca - macam Forecasting Love and Weather
Pasal background Jeju - tentulah Hometown Cha Cha
Pasal 5 sekawan yang rapat gila - drama Hospital Playlist, pun 4 lelaki plus 1 perempuan
Cho Yong-pil - pun Hospital Playlist, sebab banyak lagu depa cover dalam drama ni, salah satunya daripada penyanyi lejen Korea ni
 
Setakat yang akak dah tonton ni, memang best. 

Antara isu dalam cerita ni:

1. Setiap orang bersedih atas kehilangan seseorang. Tak semestinya pasangannya saja. Dalam cerita ni, suami Bu Mi-ja mungkin yang terpaling sedihlah, konon-konon dia saja yang sedih sedangkan orang lain teruskan hidup seperti biasa. Dia tak sedar yang anak dia juga suffer, kawan baik isterinya pun sama, mak mentuanya pun suffer juga. Tapi tak semestinya kita dok nak tunjuk sedih dan protes sampai kita pulak yang mati dan paksa orang ikut sedih dengan kita dan tak boleh move on.





2. Kita berkorban dengan anggapan orang lain akan bahagia. Tinggalkan mereka dan bawa diri. Sedangkan yang berkorban dan terkorban dua-dua pun suffer sebab tak boleh nak proceed dengan perasaan masing-masing. Yong-pil minta putus sebab dia rasa tu punca Ko Mi-ja sakit. Sam-dal minta putus sebab bapak Yong-pil merayu jangan teruskan perhubungan. Masing-masing berpisah tak explain punca sebenar. Bahagia ke dengan pilihan begitu? Tak jugak.





3. Kawan baik akan sentiasa menyokong waktu senang, susah atau dalam diam. Sam-dal memang untunglah, kawan baik dia semua lelaki, pantang dia kena serang, penyerang confirm kena balik Sebab depa tau Sam-dal tak bersalah. Kadang-kadang kita ni tak kuasa dan tak kuat nak defend diri sendiri. Tapi itulah, ada kawan-kawan yang speak out the truth, kita jadi yakin sikit dengan tindakan kita seterusnya.




4. Peranan seorang mak. Mak-mak ni, walaupun diam, walaupun nampak tak kisah tapi banyak yang dia fikir. Dia banyak perhati, dia banyak juga menegur. Dan tegur pada waktu yang sesuai. Back up anak waktu anak diserang kalau dia percaya anak dia tak salah. Tapi tak membabi buta, dia dah clarify dulu dengan anaknya. Baru bertindak. Orang buli anak dia, ambik dia bagi sedas makan tak habis. Kena simbah cuka lagi memang padan muka si Bang Eun-ju dengan Cheong Chun-gi. Huuuu masa ni memang rasa satisfying gila!





5. Orang yang nak buat aniaya kat kita ada saja di mana-mana. Sengaja reka cerita, tak boleh tengok orang lebih. Sengaja nak menjatuhkan kita. Fuh media sosial ni kadang kita banyak tertipu ja kalau tak selidik betui-betui. Sentiasa ada ruang saja orang nak aniaya kita sebab dengki. Tapi... tapiiii kalau memang orang yang berniat jahat, sedangkan kita tak buat atau bukan salah kita, lama-lama akan terbongkar juga sebab yang buat kat kita tu akhirnya akan kena balik kat dia. Bang Eun-ju tu... agaknya in real life memang banyak staf bawahan perangai macam ni. Depa ingat depa boleh celen bos sedangkan belum layak dan banyak lagi kena belajar. Tapi itulah perasan bagus dan pendengki ni kita susah nak ajaq. Bongokkkkkkk!





Okeylah. Akak ada lagi few episodes untuk catch up cerita ni. Apapun yang pasti, drama ni banyak keluarkan kita punya feeling atau emosi juga. Juga macam mana nak berdepan dengan situasi yang sama. How to respond and react. 

UPDATE:
Akak dah habis tonton. Memang satisfying gila dengan ending. 

Yang jahat dan khianat akhirnya dapat balasan juga.
Yang tenang dan sabar akhirnya akan berjaya.

Apapun, untuk KUAT dan BANGKIT, sangat penting kalau orang sekeliling dan keluarga SOKONG dan PERCAYA.

Akak bagi 5/5 bintang!


Like dan Follow Facebook Journey of Something tau!

19.1.24

Menu Ekspres dan Sedap: Masak Lemak Telur dengan Kacang Panjang

Hari ni Akak tanya husband nak makan apa untuk lunch, since Akak dah tak tau nak masak apa.

Anak kata, sambal telur pecah, tapi abahnya kata masak lemak telur pulak lah sebab selalu sangat dah sambal telur pecah tu.

Ha okeylah, memang setujulah sebab senanggggg!

Terus singgah kedai Acheh beli santan, daun kunyit, serai, kunyit hidup.

Balik zas zus zas siap.

Cuma sayang sikit terlebih air. Berkuah penuh periuk. Haha jadi kurang rasa lemak santan tapi okeylah.

Akak letak sikit kacang panjang. 

Lebih kurang macam gambar nilah. Akak tak sempat nak ambik gambar, laju habis pulak anak-anak makan masa dinner. Masa lunch tadi depa buat tak retiiiii je


Kredit foto: Cookpad (Julia ALeen Aireish)

Kemain anak bongsu cakap sedap, sedap. Dia suka telur tu. Hirup kuah lagi. Bertambah nasi. Akak buat tak pedas pun, letak bawang lebih (bukan versi Nismilan), guna cili merah ngan hijau je buat ghaso ghaso.

Gitulah anak-anak, kalau kita tak kenalkan, tak galakkan depa makan, mungkin depa tak reti pun. Akak cuba-cuba je bagi depa rasa. Ni antara menu kenangan masa Akak sekolah dulu. 



Like dan Follow Facebook: Journey of Something

13.1.24

Partners in Justice: Apabila Pakar Forensik dan Pendakwa Raya Bergabung

Akak layan movie ni sebab terpengaruh tengok satu dua episod di TV2. Sebab episod tu dah tengah-tengah memang tak tahu hujung pangkallah, tapi tertarik nak tengok sebab dia berkenaan sains forensik.

Bedah mayat, penyiasatan kes jenayah yang melibatkan pembunuhan.

Akak actually tak suka sangat kalau cerita yang bunuh-bunuh orang ni tapi sebab dia pasal forensic and medical, akak gagahkan jugak dekkk


Poster Season 1
Kredit: IMDb



Memang best oi!

Dan baru sedar rupanya dah 2 season. Haha ending Season 2 sangat mengundang Season 3 ye. Tazzabarrrrr

Kalau rasa Season 1 punya dah thrill, tengok Season 2...lagi double thrill. Plot twist gila

Yang pasti tetap Dr Baek Beom terpaling function. Biasalah ala-ala Dr House la. Dia punya instinct saja yang menyelesaikan masalah. Hahaaaaa. Nama pun drama kannnn

Tapi kalau jenis seram seram ngeri tu takyahlah tengok drama ni. Dia tunjuk mayat semua lagu tu ja, cuma blurkan sikit part sensitif. Tapi, yang kita boleh belajar, macamana rupa manusia selepas mati.

Mayat reput, mayat kemalangan, mayat dibunuh, mayat mati semula jadi, macam-macam kes.

Apapun, setiap mayat ada tandanya yang menunjukkan punca kematian.

Dalam drama ni jugak kita boleh belajaq apa yang dibuat masa post mortem.

First, depa akan belah tengah, keluarkan jantung, timbang dan belah tengok kalau ada heart failure.

Then, ambik perut, timbang, belah dan bau apa yang tinggal dalam perut tu. Contoh, makanan belum hadam ka, pil, ubat, dadah, apa-apalah. Kalau ada makanan, Dr boleh check tahap kehadaman dan tentukan last makan pukul berapa. Kalau ada pil, nak check pil tu menyebabkan maut ke tak. Kalau ada traces of medicine, kena check nak pastikan ubat apa untuk penyakit apa.

Then lain-lain akan diperiksa jugak. Suhu mayat (ambik kot rektum, ada termometer khas). Kesan-kesan kecederaan kalau ada, kat kepala, seluruh badan. Helaian rambut pun diambik untuk check kalau ada kesan ubat, bahan kimia dan lain-lain.

Jadi pakar forensik akan bekerjasama rapat dengan pathologist, toxicologist. Macam-macam lab tests kena buat untuk check. Darah mayat pun akan ambik buat sampel.

Season 1 punya toxicologist, Dr Stella Hwang paling best. Selamba je tapi bijakkkkk

Cerita ni serius tu serius tapi ada part lawak jugak... Dr Jang, Polis Cha Soo Ho.

Untuk Season 2, bertambah thrill. Actually ada kesinambungan daripada Season 1. Uiks tak terjangka tapi plot lagi power.




Oh Man Sang si keji tu memang complicated kisah dia sampai ke episod akhir baru settle. Rupanya semua kes bersambung-sambung berkaitan dengan dia. Cis

Ada juga Dr Jang Cheol dengan split personality (Dr K), hensem tapi psycho. 

Masa tengok Dr Jang ni, eh macam pernah kulihatttttt tapi cerita apa yaaaa?


Baru ingat cerita Pasta. Feveret akak ngan husband. Dalam cerita tu, dia berlakon best gak, jadi chef kat restoran Itali.

Tapi watak dia dalam ni lagi power la.

Selain tambah ilmu forensik, dalam drama ni kita akan tau jugak cemana kerja pendakwa raya, peguam bela. Yang korup, yang buat kerja betul, yang cekap, yang boleh diharap.

Begitu jugak, yang kebulur pangkat, yang hadap sangat kuasa, yang jilat bontot orang kaya, yang ambik kesempatan dan yang mempergunakan orang lain untuk kepentingan diri.

Season 2, rasa nak mencarut je kalau nampak si Gal Dae Cheol. Jahat sejahatnya manusia la dia niiiiii!

Minta-minta dalam Season 3 dia dah takde sebab dok dalam penjara!

Apapun, looking forward sangat nak tengok sambungan. Mesti lagi thrill.


Like dan Follow Facebook: Journey of Something

3.1.24

Sarapan Diet Paling Simple: Sandwich Telur Mata

Korang kalau tak ada banyak masa tapi nak makan kenyang dan berkhasiat, silalah cuba sandwich ni.

Memang ekspres dan sedap.


SANDWICH TELUR MATA

Ambik roti 2 keping. Alas dengan daun salad apa-apa yang korang suka.

Goreng telur mata. Angkat, letak atas roti daun salad tadi.

Atur timun. Tomato pun boleh kalau suka.

Sprinkle sikit lada sulah dan lada hitam kasar.

Tutup dengan sekeping roti lagi.

Ah siapppp!



Nak buat bekal pun boleh. Masuk dalam sandwich ziplock bag atau bekas sandwich.

Sihat dan mengenyangkan.

Nak lagi panduan pemakanan dan diet sihat? Haa boleh dapatkan buku resipi ni.





++ Ada 30 jenis resipi diet yang  sihat dan rendah kalori.
++ Ada resipi nasi, mi, pasta, lauk-pauk dan roti.
++ Tip tentang kalori makanan yang kita sering ambil.
++ Diolah dan dihasilkan oleh jurulatih penurunan berat badan 
(Aizat Razak dan Sharini Sepuan - Keknie)



2.1.24

3 Kaedah Nikmati Tortilla Wrap: Gulung, Lipat dan Balut

Korang, kalau nak sarapan sihat, ok juga cuba wrap ni. Tapi kalau nak dibuat lunch atau dinner pun ok, alah sedap jugaaa...

Akak pernah try macam-macam style lipat. Depend inti apa yang Akak ada, depend selera dan mood Akak masa tu. Yang pasti, dengan wrap ni, boleh hasilkan pelbagai menu.

Ini Akak highlightkan tiga cara nak nikmati tortilla wrap.


Kaedah 1: Gulung (Wrap tampal gulung)



Pecahkan telur, goreng dalam kuali leper. Lepas tu terus letak wrap masa telur masih setengah masak, barulah telur boleh ditampal pada wrap tu. Lepas tu terbalikkan, then sapu sos atau mayonis, kemudian gulung je. Siap.

Kredit: Iza Abu Bakar


Kaedah 2: Lipat (Wrap Ayam Cheese)




Bentangkan wrap, potong sampai tengah. Lepas tu letak cheese kat 1/4 pertama, ayam dan sos pada 1/4 kedua, sayur-sayur pada 1/4 seterusnya. Lipat satu demi satu macam dalam gambar. Last akan jadi bentuk segitiga. Boleh terus makan atau kalau nak bakar kejap pun boleh.

Kredit: Eat North

Kaedah 3: Balut (Wrap Ayam)



Ni kaedah paling biasa dan paling selamat. Biasa shawarma guna kaedah ni. Letak wrap diikuti daun salad pilihan, letak ayam. Balut ikut cara dalam gambar ni. Sesuai buat bekal. Nak bakar kejap pun boleh juga.

Kredit: Selera Sakura






1.1.24

Sate Hut, Bukan Sekadar Sate Je!



Nama restoran Sate Hut, dah tentulah kedai sate kan. Tapi di luar kedai ada tergantung banner yang katanya "Bukan Sekadar Sate"... diiringi pelbagai menu lain macam mi kari, nasi ayam, laksa dan macam-macam lagi. Meriah rupanya menu dia, tak terhad pada sate je.


Ini sate ayam dan daging. Timun, bawang selambak tak kedekut fresh fresh lagi. Kuah kacang dalam mangkuk besar siap senduk dan mangkuk kecik. Konsep style Sate Kajang, cedok kuah masing-masing. Puas hati kuahnya banyak dan tak pedas sangat. Cuma akak rasa agak cair, susah nak berpalut kat sate, jadi nak makan tu meleleh-leleh kuahnya. Adehhh.. nasib baik ada mangkuk kecik. Hehe

Satenya sedap. Terasa perapannya. Mungkin perap semalaman kot. Bakar pun sedang elok, tak keras dan tak hangit sangat. Sesedap rasa. Betullah sate cita rasa klasik, saiz sate pun taklah besor gedabak atau kecik sangat. Okeylah sekali ngap seketul seketul tu. Harga 1 cucuk dalam RM1.30 (ayam) dan RM1.40 (daging) kalau tak salah. Rasanya sate perut dengan sate kambing pun ada.




Feveret Akak sepanjang zaman. Jarang jumpa laksa cam gini. Kuahnya tak pekat dan tak cair sangat. Yang penting tak kuat rasa belacan dan cilinya kisar halus. Telur rebus separuh. Ada hirisan timun dan bawang. Laksanya jenis yang licin tu, itu jelah yang Akak tak berapa minat berbanding laksa beras. Portion laksa banyak bethol, boleh kongsi dua orang ni. Yang ni Akak approved. Sedappppp!



Ini set nasi dengan daging masak hitam. Pun approved juga. Dagingnya lembut bethol, lerai-lerai. Rempah ratus, kicap, warna hitamnya tu ngam sangat. Nak seakan-akan dendeng tapi tak terlalu berempah. Dihidangkan bersama hirisan carrot dan timun, keropok warna-warni.



Nasi ayam penyet pun ada. Krup krap dia tu rangup bethol. Sambal penyetnya tak terlalu pedas, sesedap rasa je. Sup pun ok. Ayam, tempe dan tauhu pun sedap. Dihidang bersama timun dan daun salad. 

Dine-in boleh, order online pun boleh. Ada Grabfood, Foodpanda dan satu lagi delivery service tak ingat Lalamove atau Shopee Food. 

Kalau nak dine-in atau order delivery, orang sekitar Puchong, boleh pilih cawangan ni.




Sate Hut Puchong Perdana
No 33, Jalan Perdana 3/4, 
Taman Puchong Perdana, 
47100 Puchong, Selangor





Kurus 2024: Semoga Tak Ke Laut!

Syukur Allah panjangkan umur dan bertemu dengan tahun 2024. 

Tahun-tahun lepas yang mencabar, begitu juga tahun yang mendatang ini. Apapun, semoga kita mampu hadapi segala yang Allah takdirkan untuk kita.

Akak dan keluarga mulakan tahun baharu ni dengan mengemas rumah. Sejak penghujung tahun lepas lagi, apabila dapur diserang cikti. 

Hikmahnya dapur berkemas dan lebih bersih.

Kadang-kadang kita tak sedar kita menyimpan barang yang entah apa-apa. Tak diguna pun, ada tu yang dah expired dah. Jadi, boleh sisih barang untuk dibuang, dikitar semula, didermakan atau diolah menjadi benda lain.

Akak asalnya simpan botol sabun basuh Jasmine7 10 kg dengan niat nak potong dan dijadikan pasu. Hmm tersadai je belakang rumah sebab mood berkebun ke laut. Sayang, tapi itulah kadang tak bertempat! Haha

Beg tangan, baju dan mainan lembut anak-anak yang dah tak digunakan atau dipandang sepi tu nak dikitar semula. Terjumpa tong kitar semula tepi jalan, tinggal nak packing dan masukkan dalam tong.

Jadi antara misi 2024 ini adalah meminimaliskan rumah. Dengan saiz rumah yang terhad, elok simpan barang yang mana perlu dan penting aje.

Satu lagi misi tahun baharu yang ongoing sejak beberapa tahun lepas, dah tentukan misi kurus.

Biasalah, ada turun naik. Nak turun kemain payah, nak naik tu senang je kannnnn!

Jadi, misi mengurangkan berat badan masih diteruskan. Akak akan share journey kurus Akak untuk kita sama-sama semangat nak kurus.




Akak pun masih struggle nak dapat berat yang Akak target tapi yang penting tetap kena terus berusaha ye dak.

Jangan putus asa, cari sumber inspirasi dan coach fitness yang tepat, jangan ikut Tiktok yang bukan-bukannnnn... insya Allah slowly but surely mesti ada hasil.

Selamat tahun baharu 2024.

Jom terus berazam kurus!