Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2019

Work Out Asas Di Rumah, 15 Minit Sahaja

Seminggu dua ni start balik work out routine macam yang akak belajar masa personal coaching dulu (baca: tahun lepas). Coach akak mulakan dengan yang basic aje. Tapi ni akak dah modify sikit. Korang yang baru nak mula boleh cuba rutin ni. Mula-mula mungkin rasa berat sikit kalau dah lama tak exercise tapi after a while, insya Allah okey kalau konsisten buat at least 3 kali seminggu. Warm up Skipping without rope 10x Jumping jack 10x Butt kick 10x Wall push up 10x Crunches 10x Leg raise 10x Russian twist 10x Plank 20 sec Ulang 2-3 set Kalau rasa pening, nak pitam sila berhenti. Kalau larat setakat 1 set, memadai. Next session tambahkan. Coach akak pesan jangan paksa kalau tak mampu. Tapi cuba untuk ulang set dan tambah rep sikit-sikit sampai badan mampu terima. As for makan, akak bolehlah kembali sikit ke suku suku separuh. Akak ni cabaran terbesar nasik, nasik, nasik! Then snacking petang. Aduh but I guess I am progressing cuma a bit slow sebab kesukaran mengawal napesu. H...

Menu Sihat Ikan, Sayur

This morning stock up fresh proteins and veggies from Pasar Tani. Syok gila shopping ikan, sayoq semua. Ikan mayong Ikan tenggiri Ikan mabong Ikan cencaru Bayam merah Bayam hijau Kangkung Tomato Peria katak Timun jepun Ikan mayong tu actually paling sedap buat gulai. Tapi tu lah dilema akak kalau buat gulai mampuih la bertambah nasik. Aku stimkan sajalah kot! Mana tau sedap khennnn Ayam masih ada stok. Hari tu hasben beli ayam frozen Dr Zainol. Tadi buat ayam goreng rempah kari. Daging ada sikit tetel la tapinya. Sedap buat dalca ni. Tapiiiiii bahaya jugak ni bisa menambah makan jugak niiii jadi kita tangguh sat dulu. Hihi Ikan paling mudah buat kukus atau bakar jelah untuk pilihan sihat. Nak buat eat clean pun boleh. Lagi bagus. Paling ringkas gaul garam, kunyit, lada hitam then panggang. Kukus pun senang, bahan yang sama cuma tambah halia sikit bagi rasa. Nak tukar selera boleh buat pindang, singgang, asam rebus. Kalau cencaru, lagi senang. Akak tak perap apa pun, g...

Journey Kurus Bersambung Lagi

Bukan main mendadak lagiiii naik berat badan akak ni ha sejak hari raya. Beberapa kali percubaan dok jaga makan pun asyiklah terbabas dek tak tahan menahan selera. Susah sungguh nak mengawal napsu. Punggah! Lepas kakak ipar akak tegur muka 'bengkak', akak rasa perlu sangat akak disiplin kurangkan balik berat ni. Simptom yang sama akak alami tahun lepas seperti baju dan seluar tak muat, tudung membulat, perut ke depan, muka berjerawat... dah elok turun dulu ni naik balik lagiii banyak. Apahalllll Maka insaflah kembali (harap-harap lebih komited dan konsisten). Akak recap balik menu eat clean dan suku suku separuh disertai work out routine yang Fit Gang Ladies guide dulu tu. Memang berkesan. Cuma perlu disiplin saja. Minggu ni akak cuba balik jaga makan dan start work out semula. Makan, setakat ni tak berjaya sepenuhnya lagi sebab ada jeeee laki aku tapaukan makanan maha sedap yang kalau tak rasa rugi. Haha dan entahlah selera kat nasi tu kemain. Lagi satu faktor tak cukup ...