Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2019

Cara Buat Telur Separuh Masak yang Betul

Sekian lama akak buat telur separuh masak guna satu alat yang khusus, yang dapat masa cabutan bertuah sewaktu makan malam syarikat. Memang senang kerja. Letak je telur dalam alat tu, tuang air mendidih dan tunggu hingga air tu habis turun ke bahagian dasar alat tersebut. Itu tandanya telur dah sedia untuk dipecahkan dan dinikmati. Tapi dah lama tak guna, entah dah ke mana-mana alat tu dah. Sampai beberapa minggu lepas teringin nak sarapan begini, dok buat tapi tak menjadi. Frust jugalah. Bila google, rupanya senang saja buatnya. Sebelum ni cara akak salah. Itu yang kejap telur suku je masak, kejap terus jadi telur rebus. Yang betulnya, gini caranya kalau nak buat telur separuh masak. 1. Didihkan air. 2. Dah mendidih, tutup api. Terus masukkan telur. Cepat-cepat tutup. 3. Lepas 5 minit keluarkan telur. 4. Pecahkan ke dalam mangkuk. 5. Korek baki isi putih telur, titiskan kicap lemak manis dan beberapa cubit lada sulah. Ambil roti bakar, patah du...

Farm in The City Part 2

Okey setelah sekian lama akhirnya berjaya juga sambung kisah kami ke FITC. Part ni akak cerita apa aktiviti yang korang boleh buat masa kat dalam tu. 1. Pony Ride Ada la sekor 'pony' untuk bagi anak-anak merasa naik pusing-pusing. Bayarannya 7 token (RM7 kot kalau tak salah). Boleh la pusing 1 round. Tapi ride terhad untuk budak yang dah besar. Dalam 3 tahun ke atas gitulah. Kalau budak kecik nak naik, bahaya, takut jatuh. Nak dok atas pony then bergambar, boleh lah. 2. Feed the animals Yang ni ikut sukalah. Kalau beli makanan untuk bagi haiwan makan tu, ha sua lah ke mulut kuda, kambing, arnab. Kebanyakannya memang lapar. Kuda yang kami tengok tu sampai tersua mulut keluar pagar minta makan. Kalau ikan, asal baling je palet tu, bercempera mengibas ngibas datang makan. 3. Talk + activities Ada satu corner, beberapa staf akan bagi penerangan tentang haiwan. Haiwan apa, dependlah. Masa kitorang datang, ni ha haiwannya. Nak participate dalam aktivi...

Spray & Wash, Sembur dan Cuci, Tak Perlu Memberus!

Masa quick sale sempena Parkson kata area rumah akak ni nak tutup, akak rembat satu benda yang nampak best ni. Tinggal pun sebotol je, ambik ajelah sebab terpengaruh dengan USPnya. Hahaha korang tau ka usp tu apa? USP - unique selling point Spray & Wash ni, katanya just spray aje kat kotoran pada pakaian ke fabrik ke, then biarkan maksimum 5 minit. Lepas tu terus campak masuk dalam mesin basuh. Wahhh senangla keje akak khennn. Maklumla anak-anak ni baju kalau tak tertumpah milo la, aiskrim paddle pop la, cokelet la... bukan budak kecik la namanya. Jadi akak pun cubalah hari tu kat baju anak dara yang terkena milo. Cuma after 5 mins tu, akak tenyeh la juga nak tengok kesan kotor tu tanggal ke idok. Wallahhh hilang! Best best. Then campak masuk mesin basuh macam biasa. Lepas ni gamak dah habis entah la kat mana akak nak cari. Dan lepas ni nak pulak try kat baju sekolah anak yang dah kelabu asap, kena tanah la, apalah. Geram je akak nengoknya. Syokla mai...