Teks: Zaila Hafni
Imej: Amanz
Tahun lepas, akak tukar line telco dari Celcom ke Tune Talk. Tapi rupanya jodoh dengan TT tak panjang, awal tahun ni akak tukar ke Celcom semula sebab akak tak mampu nak top up bebanyak masa guna TT. Udah le akak bisnis online. Nak guna banyak data.
Masa guna TT, terasa laju benor data habis. Udah le mahai. Habih komisen bisnis akak buat top up aje. Hasben masih tetap setia dengan Celcom dari dulu. Beliau la yang dok meracun akak dengan pelan-pelan data Celcom yang ohsem tu. Berbulu je akak tengok beliau melayari internet tanpa gusar. Nak tengok video, browse kat Google tak payah fikir data laju mengalir macam air sungai lepas hujan.
Kalau akak, nak view video kat Pesbuk pun tak berani. Habih laaa data akak.
Maka azam tahun ni pegi tukar line telco. Pergi hari Sabtu, kat Celcom branch di Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam. Ramai gak orang tapi kaunter pun banyak buka walaupun hujung minggu. Best gila. Efisien efisien.
Memula masuk, ada sorang brader sambut depan pintu dan tanya kita nak buat urusan apa. Lepas tu dia tolong tekankan nombor giliran. Kita ambik then tunggu jelah kat kerusi.
Dah sampai giliran, bagitahu kat brader kaunter (ye, akak semua berurusan dengan brader-brader), saya nak tukar line. Dia akan tanya postpaid or prepaid. Kes akak, ke prepaid.
Ye, akak masih pengguna prepaid dan akak selesa begitu. Yang kata orang miskin je guna prepaid, sila muhasabah. We ols bayar dulu sesiap tahu. Nak guna cemana pun tak risau. Ada duit ada line. Takdak duit dok diam diam dulu. Kah kah kah.
Ok kembali kepada urusan kaunter. Brader tu hulurkan borang, jadi akak isi. Lepas tu dia uruskan. Kejap je pun. Dia bagi terus simkad Celcom baru. Then salinan borang pendaftaran. Tak payah bayar apa-apa. Dah siap. Tunggu je proses port out port in selesai dalam 48 jam. Atau senang kata, sampai simkad TT dah tak boleh guna a.k.a takde line. Itulah masanya kita kena tukar simkad.
Macam akak, proses within 24 hours je. Cepat gile. Then nak guna, kena la top up dulu.
Then the rest is history lah.
Top up RM50, subscribe data plan 5Gb sebulan RM30. Ada balance untuk call RM20.
Agak tak cukup boleh subscribe pelan data 10Gb RM50.
Nak add on data Youtube, RM7 seminggu dapat 20Gb. Hang tengok la video sampai lebam.
Add on data untuk Pesbuk dan late night pun boleh tapi akak tak pernah try lagi.
So far, guna macam nak tercabot telepon ni pun data dok ada banyak lagi. Tak laju sangat pun habihnya. Banding TT, memang akak jimat banyak la. Maka boleh la akak sopim kat Lazada n beli buku sikit.
Syok weh.
Jadi dengan berlambaknya line telco ni, pilih la mana yang sesuai dengan keperluan kita. Banyak call ke, guna data ke, ada line kat tempat kita tak. Kalau rasa tak berbaloi dengan pelan sekarang, tukor ajelah. Nombor boleh maintain. Janji kita dapat jimat.
Entri ni tak dibayar oleh Celcom. Ini pandangan pengguna saje ye.