Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2014

Motivasi Jumaat

Carilah motivasi anda. Sama ada individu, persekitaran, lagu atau benda. Motivasi perlu dicari dan dipupuk. Dan perlu dibaja. Hilang motivasi, hilang semangat. Jangan biarkan ia hilang.

Semerbak Bau Asam Pedas Pari

Apa saja yang mak kita masak walaupun yang seringkas mungkin mesti sedap di mulut kita. Makan bertambah. Pasti. Lagi-lagi kalau mak masakkan apa yang kita suka. Asam pedas ikan pari, contohnya. Tapi versi arwah mak saya dengan versi mak mertua saya tak sama. Jauh berbeza sebab satu versi utara, satu versi selatan. Saya yang selama ni hanya tahu asam pedas adalah yang jenis rebus. Pernah cuba nak masak tapi tengok resipi jenis tumis. Baru saya tahu rupanya ada dua versi asam pedas 😊 Walau apapun, kedua-duanya sama sedap. Kedua-duanya dimasak dengan ikhlas dan kasih sayang. Cukup rencah dan rasanya. Walaupun masakan saya tak sesedap kedua-dua mak saya, tapi saya tetap akan usahakan supaya anak saya akan merasa sama macam yang saya rasa terhadap masakan mak-mak saya. Cuma perlu rajin untuk masak 😉 Berbalik kepada asam pedas, bahan utama kan daun kesum dan bunga kantan. Daun kesum - saya suka baunya. Bau laksa. Bunga kantan... harga terkini RM4.90 sekuntu...

Hilangkan Mengantuk di Waktu Siang

Bab mengantuk waktu siang, cepat letih, selalu lesu, takde mood nak kerja, kemurungan selalu jadi kat ibu bekerja kan? Mana taknya, ibu-ibu yang bekerja ni mana la berhenti 'kerja' sepanjang hari. Kena urus masa dengan baik -- ya, tapi tak boleh nafikan nak konsisten agak sukar dek dah habis tenaga, yang penting nak tidur. Saya memang ada masalah mengantuk waktu pagi, kadang-kadang hilang fokus memandu (yang mana sangatlah berbahaya) dan lesu bila dah sampai ofis. Nak mengadap kerja 9-5 terasa sungguh la panjang. Semua kerja dirasakan bosan. Memang tak produktif langsung. Dan bila nak hilangkan mengantuk, pegi pulak buat kopi. Sebenarnya terlalu banyak kafein dalam badan pun boleh buat kita letih lesu. Itu 'penyegar' sementara saja. Dan bila kandungan kafein banyak sangat dalam badan, ada kesan jangka panjang juga. Hati-hati dengan pengambilan kafein sehari-hari dan minum banyak air kosong untuk detoks. Selain jadual tidur yang berubah masa puasa-raya, huru-hara...