Skip to main content

Posts

Berapa Banyak Protein yang Diperlukan oleh Badan dalam Sehari?

Doktor pernah nasihatkan Akak, masa sarapan, kurangkan karbo, lebihkan protein dan sayur. Kita ni yang dah terbiasa nasi lemaklah, nasi kerabulah, nasi gorenglah -- nak tukar rutin tu terkial-kial juga sebab tak biasa kan. Tapi, untuk kesihatan terpaksalah akur. Nak sihat, makan kena jaga. Lagilah dah kena darah tinggi ni, tak bolehlah nak makan sebarangan ikut suka sangat. Akak search menu-menu sarapan yang high protein dan berapa banyak protein kita perlu sehari sebenarnya, supaya mudah Akak nak plan menu. Terbaca post coach Qurus Rangers, setiap kali makan perlu ambil 20-30 g protein, dalam sehari kita perlu dalam 100 g. Karbo taklah kena tinggal terus, tetap diambik tapi dalam portion yang terkawal untuk bekalan tenaga. Protein yang kena pastikan cukup. Kredit foto: Ziana Che Saad (Cookpad) Daripada post Kevin Zahri pulak, dia kongsikan macamana rupa satu hidangan 20 g protein tu, maksudnya sekali makan berapa banyak. Ni ha panduannya. Protein yang agak mudah (lagi-lagi...

Putra Heights Pasca Letupan

Selepas jalan dalam Kampung Tengah dibuka untuk laluan umum, barulah Akak nampak secara dekat keadaan terkini rumah di sekitar kawasan letupan gas tu di Putra Heights. Orang kampung situ kata ni dah ok, berbanding masa baru kena, lagi seram dan menakutkan dengan pokok habis kering, rumah rosak memang betullah macam padang jarak padang tekukur. Macam dalam filem pun ada. Sunyi. Antara rumah yang terjejas teruk. Ini memang betul-betul sebelah perumahan Putra Heights, sebelah tembok je. Memang total loss seperti yang dilaporkan berita. Ni dari tepi jalan je la. Pokok tu pun habis kering. Lokasi kejadian kat seberang sana tu. Yang deretan bangunan putih tu la lokasi kejadiannya. Tepi jalan kat kampung ni memang banyak pokok. Pokok pisang antara pokok yang banyak orang kampung ni tanam. Ni pun ambik masa nak hidup balik. Akak ambik gambar ni dari dalam kereta je, sambil lalu. Ni lepas 2 bulan lepas letupan. Pokok-pokok baru nak hijau balik. Masa mula-mula lalu tu, memang tak terbayang waktu...

Idea Menu Suku Suku Separuh

Idea menu suku suku separuh.  Akak kena keluarkan pinggan sakti ni baru sedar diri. Haha Ini lauk tapau. Nasi 1/2 bungkus je. Timun jadi lebih sebab diorang kat rumah semua pandang ekor mata je, Akak angkut semua la timun. Nasi 1 senduk, ikan mabong bakar dengan sambal belacan, ulam timun. Yang ni pulak:  Nasi 1 senduk, sambal hitam kawan jual, ikan kerisi stim, brokoli stim. Ikan tu senang je buat. Cencang kasar bebawang, halia, kunyit hidup, lada hitam. Lumur kat ikan, tambah garam secubit. Bungkus dengan aluminium foil. Akak masak dalam air fryer je 200c, 8/5 mins. Kalau nak efek bakar, tak payah bungkus foil.  Menu ni orang pantang pun boleh makan. Telur rebus 3 biji, sayur campur frozen gaul dengan Kewpie mayo merah sikit, lada hitam sikit. Teh O kosong. Roti wholemeal bakar, almond spread, hirisan pisang. Takleh makan selalu ni. Sekali sekala jelah. Nasi 1 senduk, sambal sotong, ikan tenggiri air fried, ulam timun. Makanlah apa yang kita suka. Tapi kena ikut portion...

Kenangan Kangkung

Dua, tiga tahun lepas Akak rajin juga berkebun. Masa tu tengah rajin dan pokok pun banyak menjadi, alhamdulillah.  Merasa jugalah hasil kebun koridor sendiri - daun kari, daun limau purut, selasih, cili. Paling seronok tanam kangkung, sebab sayur feveret hehe Semai guna keratan batang je. Lama jugak nak dapat gini. Akak noob haha Kurus-kurus daun tirus je ni ha. Jadilah buat ghaso ghaso Kangkung pun sekarang, boleh tahan juga harganya. Bukan sayur ekonomi dah sekarang ni. Kadang seikat pun dah 3-4 ringgit. Tapi itulah, kebun koridor Akak dah lama berkubur, sebab hilang semangat lepas pasu-pasu dicemari tinja haiwan peliharaan jiran :( Habis mati pokok. Tanah pun jadi tak elok dah. Buang je semua. Sedihhhhh Nak dapat balik rentak berkebun tu, lambat sikitlah. Tapi insya-Allah Akak cuba lagi sebab seronok tengok pokok-pokok ni (kalau dia tumbuh eloklah) hehe Dalam kenangan jelah kangkung ni ha. Sempatlah harvest sekali, kangkung pun comey je, jadilah :D

Sesi Fisioterapi di URTC (USIM-PNB Rehabilitation & Therapy Centre), Nilai, Negeri Sembilan

Akak dok lenguh-lenguh lengan dan kaki, kadang-kadang tu ada rasa semut-semut dan tak selesa. Nak pergi berurut tapi nak cuba fisio dululah takut ada underlying problems ke apa ke. Buat appointment kat URTC, alhamdulillah ada slot kosong masa yang Akak nak pergi tu. Pusat fisio USIM ni baru lagi buka. Katanya start bulan 9, dan fully operate bulan 12 hari tu. Setakat ni hanya ada sorang therapist dan sorang physiotherapist (sorang lelaki/sorang perempuan kalau tak salah). Akak saja cuba sebab biasa bawa mak follow up check up klinik pakar sini. Lega dapat tahu apa benda masalahnya walaupun sengal-sengal tu masih rasa lagi dek kena urut kat tempat yang memang sakit kan. Urat bersimpul, saraf tersepit katanya. Itu yang menjalar-jalar ke bahagian badan yang berdekatan dan rasa cepat lenguh dan berat. Kalau nak menulis atau menaip lama, lagilah kalau masak (goreng bihun/nasi) mak ai lenguh gila lepas tu. Ni lepas fisio, lega sikit cuma kat part kena tekan tu masih rasa lagilah senaknya :D ...

Review Filem: Architecture of Love (Indonesia)

Review Filem: Architecture of Love (Indonesia) Tertarik nak tonton sebab Rangga. Watak River Jusuf ni pun ala² Rangga jugak pun tapi last² dia macam bijak la sikit. Haha. Heroinnya Putri Marino (Raia). Filem ni adaptasi novel - tajuk yang sama, ditulis oleh Ika Natassa (2016). Dua² hero dan heroin lari jauh ke US merawat luka. Masing² cari ilham di tempat yang jauh dari punca luka derita, dengan harapan dapat lupakan atau sekurang²nya dapat semangat baru. Sorang arkitek, jalan² kota sambil buat sketches. Sorang penulis novel, berusaha untuk atasi writers block untuk selesaikan manuskrip terbaru. Kadang² bukan pasal tempat sahaja bagi ilham. Orang yang kita jumpa pun boleh jadi ilham jugak. Dalam filem ni bukan setakat dapat tau sejarah bangunan di New York, tapi jugak macam mana nak tangani emosi bila kehilangan orang tersayang tiba², apabila cinta ditolak, macam mana nak mula hubungan baru, macam mana nak hormat perasaan orang lain. Ceritanya best cuma part intim tu lah agak tak kena ...

Review Drama: While You Are Sleeping (Korea)

Review Drama: While We Were Sleeping (Korea) Apa perasaan kita kalau ada kelebihan (atau keburukan?) untuk nampak perkara yang berlaku pada masa depan? Stres sebenarnya memikirkan - antara nak bertindak untuk mengelak musibah yang dipertonton dalam mimpi tu atau biarkan saja. Tapi dalam drama ni, happy endinglah. Bila mana insiden kemalangan, pembunuhan dapat dielak sebelum berlaku. Kisah pasal seorang wartawan (Nam Hong-ju) dan prosecutor (Jeong Jae-chan) dan anggota polis (Han U-tak) yang selalu mimpi benda yang melibatkan satu sama lain dan orang yang terdekat dengan mereka. Kita dapat belajar macam mana wartawan jenayah lapor berita - sama ada ikut bos, pendapat awam atau pendapat peribadi. Betapa powerful berita yang wartawan atau stesen tv laporkan tak kiralah betul atau salah yang akan mempengaruhi pendapat orang awam. Prosecutor kadang² kena kerja lebih daripada biasa bila melibatkan kes rumit dan berprofil tinggi. Juga lawyer (Lee Yu-beom) yang licik, pandai ambik kesempatan d...