Skip to main content

Posts

Rezeki Jenahak

Teks: Zaila Hafni Pagi Ahad ni, husband ada program memancing. Program ofis dia. Memang tiap-tiap tahun ada dan tiap-tiap kali itu jugalah dapat rezeki ikan besar, segar seekor. Ni tahun ketiga, tiga kali dapat ikan jenahak. Dapat saja, sebab husband AJK program. Hihi. Pehhhh sedap tau ikan ni. Ahkak memang suka. Dok terpikir-pikir dah nak buat masak apa dengan ikan ni. Kepala ikan sedap ni kalau buat gulai ke sup ke. Adui lama tak makan kepala ikan. Lain-lain part, rasanya banyak goreng atau masak pedas ke sambal ke. Dah itu je yang orang dalam rumah ni nak makan. Cik abang sayang tak makan ikan berkuah sangat kecuali asam pedas ikan pari. Ikan-ikan lain tak payah la masuk dalam kuah. Tak dimakannya der. Jadinya ikan tu kena goreng asing. Kuah buat asing. Moh ler berjenahak seminggu!

Ipoh Glamour

Teks: Zaila Hafni Baru semalam saya tahu pasal isu Ipoh tu. Punyalah ketinggalan keretapi, dah hampir seminggu baru tau apa yang berlaku. Haha Sebenarnya dah nampak berita tu dalam The Sunday Star. Husband dok baca, kita intai-intai je. Niatnya nak baca tapi lupa dah lepas tu. Dek kalut dengan kanak-kanak ribena. Rupanya ada 1 group ni rajin dok pi panjat signboard Ipoh tu ye. Panjat satu hal, selfie kat atas tu satu hal lagi. Perempuan pakai tudung belaka yang berani-berani tu. Kalah ahkak memang mampu tengok daripada jauh je laaaaa. Well... signboard tu memang best. Ahkak suka. Tiap kali balik Penang, excited bila lalu situ. Yelah kita ni IC Perak. Dah memamg mak beranakkan ahkak pun kat Ipoh. Tu yang sentimental sikit. Pasal diorang panjat tu, ahkak agak kurang setuju juga. Bahaya tu. Tapi dari segi lain, tahniah la sebab berani. Apapun, lain kali pikir la dulu keselamatan. Walaupun katanya berpengalaman luas tapi better safe than sorry.

2017 Dah Tiba

Haa dah masuk tahun baru dah, hari ni masing-masing dah kembali bekerja dan anak-anak pun dah balik ke sekolah dah. Saya, masih diam kat rumah. Maklumlah anak belum pi sekolah lagi. Jadi belum lagi nak kalut macam mak ayah lain on the first day of school. Kekeke. Tahun ni, alhamdulillah. Sudah bertambah ahli keluarga. Tanggung jawab juga bertambah. Tanggungan pun bertambah jugalah. Walaupun ada ketika struggle juga nak hidup kat bandar ni tapi kita tetap usahakan mana yang boleh. Kena kerja lebih lah. Selebihnya biar Allah yang uruskan. Tahun ni, tak set beria-ia pun azam tahun baru. Dan takmau juga awal-awal tahun beria semangat lepas tu down. Saya lebih kepada membuat perkara yang saya suka dan minat dan dapatkan pendapatan daripada itu. Sedang menuju ke arah itu dan nampaknya alhamdulillah, dapat peluang seperti mana yang diimpikan dan sekarang hanya perlu fokus dan jalan terus. Tiada resolusi yang mustahil dicapai tahun ini, semuanya yang realistik dan insha Allah sesuai den...

Habis Pantang

Alhamdulillah, habis pantang sudah. Walaupun rasa macam sebelum 44 hari tu dah tak pantang sangat tapi akhirnya survive jugalah. Hehe. Misi kali ni nak berpantang dengan sempurna kurang tercapai jugak. Tough jugaklah bila pantang sendiri ni. Dengan anak dah tiga, memang kelam kelibut hang jadinya! Apapun, alhamdulillah setakat hampir 2 bulan ni baby sihat walafiat. Mudah-mudahan berterusan begitulah. Menyusu pun ok, siap berebut dengan abang. Abang nangis, dia pun sama nangis. Bila dia nangis pun, abangnya pun sama naik. Memang naik jugaklah stres ummi haaaa. Lagi 2 hari dah nak 2017. Moh la kita berazam baru belaka. Kihkihkih

Cerita Pantang Hari ke 38

Aman dan tenangnya rasa bila tiga-tiga askar dah lena. Sebelum tu kemain nak pecah rumah dah gayanya dengan perangai sorang-sorang. Masing-masing buat perangai bila dah ngantuk. Yang sulung tadi nangis-nangis dok kira 1 sampai 10 sebab tu syarat abah dia nak bagi tengok video Ultraman. Dia kira tak betul, dia pulak yang marah-marah. Padahal bukan tak reti tapi agaknya dah lama tak monitor, dia lupa. Hakak pun kalut dengan baby tak sempat nak cara ke situ. Dan lama tak pasang video education. Balik-balik Upin Ipin ngan Oddbods je. Huhuhu. Yang nombor 2, panjat sana sini, rabat katil nak usik adik baby dia tido. Abang dia baring, dia sibuk tarik baju, tarik rambut. Hangin la orang tu dah la mood tak baik sebab gagal kira 1 sampai 10 tadi. Yang ni punya ligat sampai tahap kena wrestling dengan dia ni. Tu lah aktiviti dia sebelum tido. Alih-alih penat, mai cari nenen. Mujur adik baby dah tido. Boleh la dia nenen ngan aman. Yang nombor 3, biasa pukul 9 lebih dia lelap dah sampaiiiii la...

Mak Borek Anak Rintik

Mulut ni! Kadang senang sangat keluar perkataan-perkataan marah kat anak-anak. Masa ada anak sorang dulu, masih boleh kawal. Sesungguhnya kawal amarah, kawal emosi. Sebolehnya tak tunjuk semua tu depan anak. Maklumlah anak kan mesin fotostat, boleh copy semua kata dan perbuatan kita. Sangat berjaga-jaga. Masuk anak yang kedua, makin menipis dah kesabaran dan kawalan emosi tapi dalam fasa terkawal jugak lagi. Tahan je mulut kalau nak terkeluar apa-apa. Masuk yang ketiga ni memang hampir tak boleh nak kawal. Dengan 2 orang anak yang membesar ni, macam-macam kerenah, perangai dan amukan, rasa tak boleh nak kawal kesabaran. Dari mak yang cool jadi mak yang garang. Mak yang senyap kepada yang banyak leter. Ohai, mak beranak tiga sudah berubah karakter. Mula-mula tak perasan juga sampailah yang sulung copy ayat kita bila cakap dengan adiknya. Cara dia bercakap pun macam kita (part marah). Aduhai. Baru lah nak terkena batang hidung sendiri. Kan anak dah copy. Betullah, besar sunggu...

Rumah Sihat vs Anak Sihat

Rumah sihat - rumah yang kemas, bersih, tersusun. Maksudnya bila-bila masa saja boleh terima tetamu ni. Anak sihat - boleh main, aktif, nak makan minum dan 'sepahkan barang'. Istilah rumah sihat tu sebagai kiasan saja ya. Saya cuma nak buat perbandingan antara rumah yang berkemas rapi dan bersih dengan anak-anak yang aktif dan lasak. Faham ke? Ok macam ni. Situasi 1 Rumah kita dah kemas, dah susun semua barang in place, dah bersih dari ruang tamu sampai ke dapur. Lega dan sejukkkk je mata memandang keadaan macam tu kan. Tak semak perut, tak semak mata. Tapi anak kita macam-macam kita larang. Banyak sangat peraturannya. "Jangan panjat meja tu!" "Jangan sepahkan buku. Ummi dah susun" "Sapa suruh sepahkan mainan ni, kan ummi dah simpan dalam bakul" Tu antara ayat-ayat saya kat rumah. Yelah kita dah penat mengemas semua, sekelip mata je pemandangan berubah jadi huru-hara. Hati mak mana yang tak sakit, betul tak? Tapi, kita tak sedar yang b...