Skip to main content

Posts

44 Days: Cara Pulihkan Luka Bersalin dengan Cepat

Saya sebetulnya ada lagi rasa trauma kalau fikir luka bersalin masa melahirkan anak pertama. Orang kata, biasa la anak pertama. Kita belum ada pengalaman dan 'jalan' pun belum ada. Jadi yang kedua ni, berharap sangat luka tak terlalu besar dan cepat baiknya. Alhamdulillah kali ni luka kecil saja dan makin pulih, sekaligus memberi ruang saya untuk sihat bertenaga lebih cepat. Hampir 2 minggu berpantang, saya dah boleh buat kerja rumah yang ringan-ringan dan mengendalikan baby. Kalau dulu... banyak urusan mak mertua lah yang tolong sebab saya tak boleh bergerak banyak dan nak bergerak pun sakit. Antara petua nak pulih luka bersalin dengan cepat (untuk episiotomi, bersalin normal bukan pembedahan): 1. Sapu / letakkan ubat kuning atau ubat luka. Ubat ni disediakan hospital. Pastikan kawasan luka kering dan dicuci dengan air suam. Lepas tu letak ubat pada kapas dan tekapkan pada luka. Atau nak cepat, boleh siram perlahan-lahan (untuk luka yang agak besar). 2. Jangan duduk ber...

44 Days: Tukang Urut dan Jururawat Masyarakat

Semalam, masa tengah diurut, nurse datang melawat. Kalau sebelum ni, nurse yang datang yang muda2... tapi semalam yang dah agak senior. Tu pun sorang-sorang dia je. Sebelum ni mesti datang 2 org. Nak jadi cerita, tukang urut saya kenal rapat pulak dengan nurse tu. Haha. What a small world. Maka berboraklah mereka. Dengan saya dan mak mertua sekali lah. Meriah tiba-tiba. Haha. Tapi antara yang best dalam perbualan semalam: - Bila bawak anak ke klinik, tak payah la nak pakaikan anak dengan baju yang fancy sangat. Nak timbang dan ukur boleh ambik masa lama sebab hegeh2 nak tanggal dan sarung baju anak. Tak masuk yang pakai hair band ke apa lagi tu. Nurse tu kata...menunggu kamu ni dah boleh siap 2 orang baby dah. Hoho. Sentaps. Moral of the story, pakaikan anak baju yang paling senang nak diuruskan. Macam romper ke. - Saya inform nurse kaki anak macam naik bintik gatal. Dia dengan tak tengok pun terus kata ruam panas tu. Pakai baju nipis2 je. Hehh. Sebelum ni bagitau nurse lain dan2...

44 Days: Urutan Lepas Bersalin. Penting Ke?

Preparation menyambut ahli keluarga baru ni boleh kata agak kelam kabut bagi saya. Dengan shopping last minute, tu pun mujur banyak juga barang dan baju serta kelengkapan lain yang masih elok sejak anak sulung tak perlu dibeli baru. Tapi itu lah, sayu pulak tengok si adik baby ni pakai baju-baju lama si abang. Hehe. Ada jugak baju baru dia. Takde la tak beli langsung. Sama lah kes dengan tukang urut. Sebenarnya dah lama cari. Tapi biasa lah ada kekangan di sana sini. Kos pun antara satu faktor. Mahal atau murah, biarlah sesuai dengan pakej ye tak. Saya mintak biras tolong carikan, ada lah sorang. Tapi macam agak mahal dengan pakej yang dia tawarkan. Maka out. Alternatif lain, tukang urut yang biasa urut saya masa bersalin dulu. Tapi saya yang nak kena pergi ke rumah dia. Dan khabarnya makcik tu pun makin sukar dihubungi. Buatnya dah sampai depan rumah dia, dia tak ada. Sesia dan buang masa sahaja. Maka sekali lagi...out. Alternatif satu lagi. Nasib baik mak mertua saya teringat jir...

44 Days: Jaundis

Ok. Nampaknya tak terlepas juga anak kena jaundis atau sakit kuning. Tapi, alhamdulillah bukan sampai tahap kena warded. Yang sulung, memang umur 2-3 hari dah masuk wad duduk bawah lampu. Dan masa tu pulak saya memang hopeless dan macam depressed gila. Hasben yang uruskan. Saya nak jalan pun tak selesa. Luka jahitan sakit sangat. Anak saja di wad, saya dan hasben bermalam di hotel berhampiran sebab wad penuh. Maka anak memang dapat susu formula. Double sedih masa tu. Tapi alhamdulillah warded 1 malam je, dan kuning dia dah ok. Yang no 2 ni, jaundis baru nak start. Detect di muka dan dada, berdasarkan pemerhatian nurse klinik yang datang melawat. Nebes jugak takut kuning naik, tapi kali ni saya ngan hasben memang usaha lebih untuk pastikan tak sampai warded. Bacaan pertama 192. Masih tinggi sebab normal bacaan TSB kena bawah 150. Tapi tak perlu warded melainkan melepasi 225 (untuk baby usia 4-5 hari tak silap saya). Kalau umur lebih daripada tu, kena warded kalau bacaan TSB 300. Ta...

44 Days: Welcoming Our New Bundle of Joy

Alhamdulillah. I am safely delivered our new member in the family - the 2nd prince :D Awal daripada EDD, 11 hari. Sama macam abangnya dulu. Bezanya abangnya dipaksa keluar (induced) tapi adiknya keluar sendiri. Tak sabar nak jumpa abah ummi abang kot ye. Apapun, alhamdulillah sangat sangat. Proses kali ni Allah mudahkan. Sedikit kronologi pada 31 Mac 2015: 3.06 am: Sakit perut memulas. Ke toilet nak buang air. Tapi takde apa nak keluar. Macam angin pun ada. Ok ada cuak sikit dah kat situ. 3.15 am: Masih lagi cuba ke toilet pun tak ada hasil apa juga. Dalam hati...this must be CONTRACTION. Lantas sambil2 tahan sakit, grab few more things masuk dalam beg. Masa tu dah start dahi berpeluh. Sakit perut sangat-sangat. It comes about 10-15 mins. Husband dah bangun dan mula siap2. We have to go to the hospital NOW! 3.25 am: Gerak ke hospital. Kami memang pilih untuk bersalin di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang. Saya kan ibu berisiko, husband tak mau ambik risiko bersalin di private....

It's 12 Days Away...

Menjelang minggu akhir sebelum bersalin, rasa macam-macam aje belum settle, belum siap. Saspen pun ada juga. Situasi pun lebih kurang sama macam abangnya, yang mana masa ini saya memang dah ada di rumah, bebas daripada kerja di pejabat. Home Office sajalah. Banding dengan abangnya dulu, tahap kesihatan sedikit berbeza. Dulu, seawal minggu 34-35 dah refer ke HTAR. Sebab songsang dan uri di bawah (placenta previa type I). Tambah lagi, ada GDM (kencing manis) dan PIH (darah tinggi). Dulu minggu-minggu akhir tu gilir-gilir la appointment HTAR dengan KKIA... tapi alhamdulillah selamat. Bersalin pada minggu 38, induced. Induced pun sebab warded awal (spotting) dan keadaan dah favourable untuk deliver. Tapi bukaan je tak naik-naik daripada 4 cm sampai 2 hari. Nama masuk waiting list bilik bersalin, iaitu bermaksud asal ada katil kosong, bila-bila masa je saya akan di'bersalin'kan kalau masih tak sakit contraction. Kali ni, seboleh-bolehnya biarlah cukup 39 minggu. Tapi kuasa...

Resipi 15 Minit: Spageti Bolognaise

Semalam, teringin pulak nak makan pasta. Lagi pun dah lama tak masak sendiri. Dan memang ada stok pasta dan sos pasta di rumah. Jadinya, dengan ada sikit ayam, boleh tambah dalam sos pasta tu. Pasta yang saya pilih - spageti. Dan sos pasta yang saya guna, jenis serbuk dalam peket. Sos tomato segera untuk pasta. Tapi kedua -dua bahan ni bukan jenama biasa yang saya guna. Dua-dua bahan ni saya beli kat kedai arab. Mahnaz Food kat Seksyen 22, Shah Alam. Sebelum ni, pernah nampak ada terjual pasta tapi tak terasa nak beli pun sebab matlamatnye pegi selalu nak beli kurma atau madu je. Hari tu, saja la cakap kat hasben jom try mana tau sedap ke kan. Maka beli la serba satu spageti ngan sos pasta tu. Dua-dua produk from Turki. Pasta tu brand Kartal. Sos pasta brand Basak. Nak masaknya sama je macam kita masak spageti brand lain pun. Rebus pasta sampai al dente. Then toskan. Sos pasta tu pulak, mula-mula panaskan marjerin/butter, masukkan air. Then masukkan serbuk sos tu. Kacau hingga ...