Skip to main content

Posts

Senaman Impak Rendah 20 Minit Sehari

Menyedari diri makin gemuk dan berbonjol di sana sini, maka akak terpaksa merajinkan diri bersenam. Makan pun jaga juga, tapi banyaknya cheat day daripada true day! Kah kah Takpe, one step at the time okey. Sebab akak dah lama meninggalkan arena mem-fitkan diri, maka nak mula balik tu mencabar juga. Jadi akak pilih senaman yang impak rendah (low impact) saja dulu. Akak mula dengan senaman kardio untuk beginner. Kalau kita baru nak mula atau dah lama tak bersenam, jangan bercita-cita tinggi sangat ikut yang ekstrim. Tak terbawa nanti. Sakit badan sana sini, risau terus putus asa je nanti terus serik nak bersenam. Jadi, ikut kemampuan badan ye dan mula runcit-runcit dulu okey. Ada banyak video boleh cari di Youtube. Ini akak kongsikan satu. 20 minit saja. Tapi lepas tu tegang juga otot betis. Menderu juga peluh di dahi. Cubalah!

Welcome to Samdal-ri: Antara Sinematografi Jeju, Staf Aniaya Bos dan Suami Terpaling Sedih

Korang yang pernah atau suka tengok Hometown Cha Cha Cha, mesti akan suka juga drama Welcome to Samdal-ri. Masih mengekalkan latar belakang Pulau Jeju, jadi yang pasti sinematografi memang cantik-cantiklah. Laut, hutan, rumah kampung dan kejiranan yang cakna tentang jiran masing-masing. Memang tak tahan betoi kalau satu-satu rahsia pecah. Dapat berita ke sorang mak cik bawang, pasanglah satgi esok satu kampung dah tau cerita. Haha Drama ni macam gabungan banyak cerita pulak akak rasa. Pasal peramal cuaca - macam Forecasting Love and Weather Pasal background Jeju - tentulah Hometown Cha Cha Pasal 5 sekawan yang rapat gila - drama Hospital Playlist, pun 4 lelaki plus 1 perempuan Cho Yong-pil - pun Hospital Playlist, sebab banyak lagu depa cover dalam drama ni, salah satunya daripada penyanyi lejen Korea ni   Setakat yang akak dah tonton ni, memang best.  Antara isu dalam cerita ni: 1. Setiap orang bersedih atas kehilangan seseorang. Tak semestinya pasangannya saja. Dalam cerita ...

Menu Ekspres dan Sedap: Masak Lemak Telur dengan Kacang Panjang

Hari ni Akak tanya husband nak makan apa untuk lunch, since Akak dah tak tau nak masak apa. Anak kata, sambal telur pecah, tapi abahnya kata masak lemak telur pulak lah sebab selalu sangat dah sambal telur pecah tu. Ha okeylah, memang setujulah sebab senanggggg! Terus singgah kedai Acheh beli santan, daun kunyit, serai, kunyit hidup. Balik zas zus zas siap. Cuma sayang sikit terlebih air. Berkuah penuh periuk. Haha jadi kurang rasa lemak santan tapi okeylah. Akak letak sikit kacang panjang.  Lebih kurang macam gambar nilah. Akak tak sempat nak ambik gambar, laju habis pulak anak-anak makan masa dinner. Masa lunch tadi depa buat tak retiiiii je Kredit foto: Cookpad (Julia ALeen Aireish) Kemain anak bongsu cakap sedap, sedap. Dia suka telur tu. Hirup kuah lagi. Bertambah nasi. Akak buat tak pedas pun, letak bawang lebih (bukan versi Nismilan), guna cili merah ngan hijau je buat ghaso ghaso. Gitulah anak-anak, kalau kita tak kenalkan, tak galakkan depa makan, mungkin depa tak reti pun...