Skip to main content

Posts

Menu Wajib Raya

Sejak kahwin ni, biasanya akak memang akan sambut raya pertama kat rumah mak mentua. Iyalah, mak dengan ayah akak dah tak ada, adik beradik pun semua dok area Klang Valley ni aje. Jadi kalau nak balik kampung akak nun, paling awal petang raya pertama. Tapi lately bila adik akak dah kahwin, kami balik kampung akak kemudian sikit. Maka, rindu rinduan lah akak pada hidangan raya macam ketupat palas, rendang ayam, serunding, nasi minyak, mi kuah daging yang biasa sedara mara akak jamu di 1, 2, 3 hari raya. Akak kahwin dengan anak Jawa, jadinya menu raya we ols kalau ke rumah saudara mara adalah pecal dan soto. Tapi hidangan wajib di rumah mentua akak lain sikit. Tiap-tiap tahun wajib ada: rendang ayam, lemang, nasi himpit, kuah kacang, daging masam manis dan ayam masak merah. Kadang-kadang mak buat kuah lodeh. Biasanya hidangan dah siap sehari sebelum raya. Kami memang dah siap berbuka dengan menu-menu ni pada hari akhir puasa. Esoknya pagi raya, makan lagi. Dua tiga hari jugaklah me...

Puasa Ke Laut

Wahhh dah nak dekat separuh puasa baru akak update blog ni. Hehe bukan apa sibuk dok update blog lain. Tapi cerita hari ni nak jugak share kat blog sini. Betapa ke lautnyaaaaa puasa akak. Huhu Dua tiga hari ni, agak mencabar mau kawal napesu makan tak kira masa berbuka atau sahur. Hasben pi pasar ramadan, kemain macem-macem dibawaknya balik. Jiran pun punya sedap bagi juadah nak berbuka. Aduhaiiiiii kasihanilah perotku. Seminggu awal, alhamdulillah. Hasben tak ke pasar sangat, adapun beliau ke pasar yang runcit-runcit je yang tak banyak gerai, maka pembelian agak terhad dek pilihan yang terhad juga. Tapi sejak menjejakkan kaki ke pasar ramadan yang agak grand di kawasan ini, yang gerai-gerainya sepenuh lorong 3 blok kedai telah membuatkan beliau rambang mata lalu pelbagai juadah tiba di meja berbuka. Tak termasuk yang akak masak dan jiran bagi lagi tu. Awal-awal hari tu, akak boleh kata istiqomah makan suku suku separuh gitu khennnn tapi sekarang ni agak jahanem sikit. Mari kita...

Pocket Chia, Mudahnya Bawa Chia Seed Ke Mana-mana

Akak tak pernah makan chia seed, rasanya. Haaa tak tahulah kalau pernah ter-rasa tapi akak short term memory lost. Tapi rasanya idaklah. Tapi teringin nak makan. Ater makanan yang boleh bantu kurus ni memang terbeliak sikitlah mata khennn. Nak beli sebelum ni, tengok semua pek dan botol besar-besar. Tak habih karang membazir. Rasa tak tahu lagi macamana. Maka tergodalah akak bila ternampak botol-botol kecik ni berisi chia seed ni. Namanya pun Pocket Chia. Very the mobile, senang nak angkut ke mana-mana gituh. Saiz botolnye kecik aje, ada 4 botol dalam satu pek. Harga ni dalam RM15 gitulah. Akak beli kat Jaya Grocer. Menurut buku Sudah-sudahlah Tertipu, Menipu, Ditipu - yang ditulis oleh team Root of Science, katanya chia seed ni bukanlah kuruskan badan pun. Tapi tolong kita kawal selera makan. Ala-ala oat jugaklah. Chia seed ni bila dalam cecair dia kembang. Maka bila kita makan dia tu, penuh dan kenyang dah la rasa perut. Takdela nak melantak banyak sangat. Tapi pun kena caref...