Skip to main content

Posts

Pisau 2 dalam 1

Lately akak memang over kagum dengan pisau akak ni. Haha ape ke hei nye kan kagum ngan pisau? Takde. Sebelum ni guna pisau macam biasa je lah potong-potong, hiris-hiris. Tapi pisau yang incik suami beli baru ni actually ada satu lagi fungsi yang marveles sangat. Yang mana fungsi dia tu banyak menyenangkan akak. Pisau brand Zelex ni, kat hujung handle tu ada satu permukaan tajam-tajam macam tool untuk lembutkan daging tu. Permukaan bergerigi. Tapi bila mai tang akak, bukan takat daging, akak titik serai, ketuk halia ngan bawang putih ngan cili padi, pernah tumbuk kasar cabai merah ngan hijau pun akak balun. Baru ni lenyek pisang. Peh lagi syok daripada guna garpu ataupun alat yang orang buat tekan burger tu. Haha Actually akak takde blender ataupun lesung batu buat masa ni. Jadinya hal tumbok tumbok memang guna hujung pisau ni lah. Oklah buat sementara waktu. Pisau akak boleh lenyek, ketuk, tumbok. Pisau korang hado?

Makanan untuk Cirit-birit dan Muntah

Malam semalam, 4, 5 kali jugak akak ke toilet. Sumber: synexclinic.co.uk Aduh sakit perut, pening kepala, muntah. Cirit birit! Tengah malam pun bangun nak membuang dan muntah lagi. Letih rasa. Huhu Jadinya akak google apa makanan yang sesuai dan tak sesuai dimakan bila cirit-birit ni. Maklumlah satgi salah makan, lagi teruk jadinya. Makanan yang Sesuai Dimakan semasa Cirit-birit Sumber: wikihow 1. Nasi 2. Roti (paling baik roti bakar) 3. Pisang 4. Yogurt 5. Applesauce (epal stim) 6. Teh hijau / teh chamomile 7. Air kosong 8. Sup jernih (sup ayam, sup sayur) Makanan di atas ni antara yang disarankan untuk legakan usus dan elak cirit-birit berlarutan. Nama mudahnya BRAT (Bread, Rice, Apple, Toast). Kena ambil banyak cecair untuk cegah badan daripada dehydrated. Elok juga minum ORS (oral rehydration solution) untuk seimbangkan balik elektrolit dalam badan. Selalu kat farmasi ada jual, yang dalam peket kecik kilat-kilat bentuk segiempat tu. Perisa ...

Shopping Buah di MBG Fruits

Tiap-tiap kali lalu depan kedai buah ni, mesti rasa nak singgah biarpun hanya nak beli buah potong. Dulu, ada rock melon, mangga dan macam-macam lagi, sekarang ni buah limau siap kopek kulit pun ada!  Tu dia punya senang nak makan buah, siap duit sajalah kan. MBG FruitShop ni buah-buah dia best juga. Banyak choice dan segar-segar. Jus buah pun ada. Hamper buah pun ada. Check out website MBG FruitShop kat SINI .  Ini jenis-jenis jus buah yang kita boleh request. Hari tu kitorang cuba jus mangga + nenas + epal. Nice, macam mango lassi pun ada. Sedap! Satu lagi cuba jus avokado + sirap kurma + yogurt + susu. Ya ampun sedap gila. Macam jus alpukat kat restoran masakan Padang tu tapi ni lagi ummphhh. Ada 26 jenis jus boleh cuba. Terbuntang mata nampak harga buah ni. Sekilo hampir RM15. Pehhh. Rupanya buah kumkuat China ni memang buah eksklusif. Lagi-lagi nak dekat Tahun Baru Cina ni kan. Baca kat Wikipedia...