Skip to main content

Posts

Nak Masak Apa dengan Sotong dalam Tin?

Beberapa hari sudah, jemu dah makan ayam-ikan-daging, teringin nak makan sotong. Nak beli sotong fresh, almaklum harga boleh tahan juga sekilo. Kita beli sotong tin ajelah kali ni. Huhu. Sotong frozen pun ada kat kedai dekat rumah ni tapi lain kalilah. Hehe Bermulalah pencarian sotong tin. Biasa orang recommend brand Rex. Akak cari kat 99 Speedmart takde. Yang ada Ayam Brand. Oklah daripada takde kan. Sotong juga pun ha. 1 tin kecil RM3.99. Akak beli dua tin. Cukup la untuk makan 1 family. Sotong dalam tin ni, dia didatangkan dalam seketul yang besor. Jadinya, lepas dah keluarkan daripada tin tu, kena potong-potong kecil atau besar mana ikut sukalah. Kalau nak masak seketul tu pun boleh tapi susah sikitlah nak makannya karang. Air sotong tu biasanya kicap. Macam kicap cair gitu. Tapi yang Ayam Brand ni, dia ada 2 jenis. Satu kicap, satu lagi apa entah akak tak ingat. Tapi rasanya tak banyak beza sangat kot. Pernah satu masa dok viral sotong tin ni, jadi akak dah pernah cuba buat...

Lauk Kenduri, Antara Catu dan Ambil Suka Hati

Terbaca satu post di FB berkenaan lauk kenduri. Status FB tuan post tu akak kadang kadang follow juga. Ada yang boleh diterima, ada yang kurang. Begitulah setiap orang berbeza pendapat dan pandangan. Isu lauk kenduri ni, tuan ni suarakan rasa kurang senang bila masa datang kenduri, lauk disendukkan oleh pelayan dan kuantitinya dicatu. Seketul sahaja ayam atau daging setiap seorang. Tuan ni rasa macam tak patut sebab tetamu yang datang terpulanglah nak makan berapa banyak, kan ke meraikan tetamu bila dah jemput. Pada dia, dia rasa tak syok sebab seolah tuan rumah rasa tetamu ni gelojoh sangat ke nak makan banyak. Gitulah lebih kurang. Jadi bila baca komen memang macam-macam. Yang sokong ada, yang kurang setuju pun ada. Yang katerer kebanyakannya komen senario sebenar. Ada yang memang tuan rumah minta buat macam tu sebab nak pastikan lauk cukup untuk semua tetamu. Dan ada juga yang mengatakan supaya tak bazir. Kadang jenis yang ambik makanan setimbun tapi tak habis. Betul jugaklah...

SUSHIKA: Susyi Ala Malaysia

Hari tu, adik ipar ada bawak susyi. Tapi lain macam susyinya. Besar. Dan ada susyi sambal pulak. Haha Rupanya versi Malaysia punya susyi. Intinya dimasak dulu. Dan siap dihias memang beria. Setiap satu susyi pulak didatangkan dalam roll yang dah siap dipotong. Senang la nak makan. Yang adik beli, susyi sambal, susyi udang dan susyi sotong. Yang sambal tu dah macam nasi lemak pun ada tinggal tak ada ikan bilis kacang aje. Inti dia sambal, telur dadar, timun. Ni ok, sedap gak cuma sambal dia agak pedas. Susyi udang yang ada oren-oren kat atas tu. Telur ikan kot. Macam ada cheese jugak agaknya. Yang ni tak pedas. Dia ala lemak berkrim yummy gitu ha. Susyi sotong yang ada daun salad terjojol tu. Dia pakai sotong kurita. Marvellous juga rasanya. Ini pun tak pedas. Overall, sedap dan agak puas hati. Sesuai kalau nak buat makan reramai. Sorang kalau nak hadap benda ni memang kekenyangan macam ulor sawe la. Sekeping susyi tu besar gak potongan dia. Actually 2-3 keping pun agak kenyang ...