Skip to main content

Posts

Nasi Lemak Ekspres

Pagi ni, alhamdulillah diberi tenaga luar biasa sikit. Makanya by 8.30 am tadi dah siap masak sarapan merangkap lunch dan dinner. Makanan untuk 1 hari sekaligus! Haha. Masak nasi lemak je pun sebenarnya. Rebus telur, masak nasi, buat sambal bilis. Memang seekspres dan seringkasnya lah sebab tak larat nak masak yang haibat sangat. Hihi. Yang jadi sekejap je proses masak tu sebab cili kering memang dah siap blend dengan bawang besar dan bawang putih. Buat stok simpan dalam peti ais. Nak masak sambal, tak payah dah nak kupas bawang bagai. Kacang takde takpe. Timun pun takde. Yang ada carrot dengan mixed vege je. Tengok la nanti belasah aje makan dengan nasi lemak, apa salahnya ye tak. Nasi lemak, masuk santan dengan halia aje. Tu pun mula macam mentah, sambung masak, terhangit pulok sikit. Aduyai. Tapi alhamdulillah sikit je hangitnye. Daun pandan takde, takde hal. Tapi kalau ada tu, semerbak harum la sikit kan. Oh ya, resipi follow buku Chef Wan. Haha buat nasi lemak pun ikut buku...

Baca Penjelasan Ini Dahulu Sebelum Buat Keputusan Nak Guna MSG Dalam Masakan

Saya memang tak biasa masak guna MSG atau Pak Aji (Ajinomoto). Tapi guna bahan perisa lain macam kiub ayam, serbuk pati ikan bilis, serbuk sos perang segera selalu jugak dulu. Cuma sekarang dah kurangkan. Garam pun dah ganti guna garam bukit, sebelum ni guna garam laut. Arwah mak pun seingat saya tak pernah masak guna MSG, mungkin sebab tu saya pun tak pernah guna. Lepas tu selalu orang tua cakap lepas makan makanan yang ada MSG ni, akan sakit perut. Bila baca status Dr Hamid Jan ni, baru paham rupanya depend pada badan masing-masing. Lama jugak nak hadam pasal MSG ni, tapi wonder jugak sebab dalam Reader's Digest, yang dulu-dulu la banyak cover pasal Ajinomoto. Depa sungguh-sungguh ni explain MSG tu buat dari apa, buat macamana. Tapi tak cukup nak yakin untuk guna pun. Sebab mindset bila guna MSG ni sebab tak pandai nak perasakan makanan sendiri. Haha. Sebab tu kedai yang banyak guna. Nak bagi sedap. Betui la nak enhance rasa, bagi jadi lebih sedap. Rupanya sama macam kita tamb...

Status Halal Rempah Baba's dan Alagappa's

Beberapa hari kebelakangan ni, dok viral pasal status halal rempah Baba's dan Alagappa's. Saya pun ada baca kat group Telegram. Mula-mula tu eh... hampir terpercaya jugak tapi pikir-pikir balik macam tak berapa nak hadam jenis berita-berita yang dikongsi dalam group macam ni. Memang la niat orang nak berkongsi tapi itulah kadang ada orang lain ambik kesempatan macam ni untuk jatuhkan bisnes orang lain. Saya dahlah memang selalu guna rempah-rempah mamak ni. Rempah kari, serbuk jintan, serbuk cili. Sentap mak nak la jugak masa baca berita camtu. Apapun, ni ha penjelasan sebenar daripada Jakim. --- Dipetik daripada Facebook Bahagian Hab Halal JAKIM: PENJELASAN ISU SERBUK KARI JENAMA BABA'S DAN ALAGAPPA'S 26 Oktober 2016M 25 Muharam 1438H Maklumat yang tersebar berkenaan serbuk kari jenama Baba's dan Alagappa's mengandungi ramuan yang tidak sewajarnya ADALAH TIDAK BENAR DAN TIDAK BERASAS SAMA SEKALI. Untuk makluman pengguna, kedua-dua produk ini merupakan ...