Skip to main content

Posts

Makan-makan di Uncle K Kopitiam SACC Mall

Ini entri tertunda. Makan-makannya minggu lepas. Tapi saja lah nak share buat kenangan gitu haa. Jalan-jalan kat SACC Mall, Shah Alam nak cari makan. Pusing punya pusing, masuk ke Uncle K ni. Mula-mula nak cuba Restoran Only Mee tapi dah nak tutup. Yelah masa tu dah pukul 9 lebih, bila ada 2 group customer masuk, diorang dah letak Closed sign kat pintu. Maka kitorang pun berlalu lah ke Uncle K ni. Tertarik tengok bunting nye ada nasik lemak. Macam best je walaupun belum tentu makan nasik lemak lagi kan. Tengok orang pun takde la ramai sangat, jadinya ok la kot nak cuba. Masuk, dok kat meja dan bagi order. Husband order mee rebus johor, akak order sizzling yee mee seafood hong kong style. Untuk anak order nasik lemak Uncle K, ada sambal sotong dengan ayam rendang (kemain mewah lauk khennn). Air, order 3 layer tea, barli panas dan air ais kosong. Yang mula sekali sampai, air. Lepas tu mee rebus. Itu pun macam agak lama jugak lah, air pun hampir habis masa tu. Huhu. Lepas tu yee mee...

Bayaran Scan Baby di Klinik Sofia Shah Alam

Kalau sebelum ni, akak share pengalaman scan kat Klinik Sofia kan, kali ni akak share pulak perkhidmatan scan yang diorang ada siap dengan harga pakejnya sekali. Senang kalau ada sesiapa yang merancang nak buat scan kat sini. Yang scan 2D tu normal scan je. Nak tengok growth baby. Ukur lilit kepala, tulang peha, berat. Boleh check jumlah air ketuban, kedudukan baby dan uri juga. Biasanya bayaran tak lebih RM100. Kat sini, RM60. Kalau scan 3D/4D, boleh tengok baby lagi clear. Boleh nampak muka dan lain-lain anggota badan. 3Dlah katakan. Boleh gak detect apa yang tak normal pada baby. Akak tak boleh nak cerita lebih sebab tak pernah buat. Cuma yang boleh share, bayaran selalunya dalam RM100 lebih sikit. Kat sini RM120. Dan selalunya kena booking tarikh untuk appointment. Paling ideal untuk buat scan ni, antara 24 hingga 32 minggu. Ada juga detail scan, bayaran RM120 dan scan untuk check Down Syndrome juga, RM150. Semoga bermanfaat untuk sesiapa yang tengah mencari klinik untuk scan ba...

Kisah Video Kes Jaga Anak SM Faisal-Emilia Hanafi

Viral betul video kes penjagaan anak SM Faisal Nasimuddin-Emilia Hanafi. Memang kesian tengok budak tu menangis, akak memang tak tengok sampai habis pun sebab sedih weh! Masa mula tengok video tu, tak perasan pun tu SM Faisal cuma nampak macam bukan sebarang orang jugak ni sebab siap pakai suit semua. Tak reti nak buat kesimpulan apa sebab tak tahu cerita. Tapi tajuk video asal caption 'this is heartbreaking' memang mengundang jugaklah kan. Memang agak heartbroken tapi siapa kita nak judge orang berdasarkan video tu saja? Memang macam-macam netizen komen. Maklumlah kes melibatkan orang ternama. Tapi itulah, sebab dia ada nama, dia kaya dan sebagainya orang luar tetap tak patut nak komen bukan-bukan, dah lah tak tahu cerita. Tak mesti apa yang kita tengok dalam video tu beri maksud sebenar apa yang berlaku. Tukang rakam dan sebar tu yang paling tak bertanggung jawab sebenarnya. Apa tujuan dia rakam dan sebar kita pun tak tahu. Nak aniaya ke, nak buat malu ke, sengaja men...